Header Ads

Jumaat Terakhir Ramadhan 2021

Harini 25 Ramadan, Bermakna kita hampir ke penghujung Ramadan. Hari ni juga merupakan hari Jumaat terakhir Ramadan 2021. Masih dalam fasa 10 malam terakhir Ramadan 2021 untuk kita mencari malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Jumaat Terakhir Ramadhan 2021


Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang terpaling istimewa kepada orang-orang beriman yang sentiasa mencari keredaan Allah SWT.

  • Membawa maksud 'agung' kerana pada malam itu diturunkan sebaik-baik kitab iaitu kitab suci Al-Quran.
  • Membawa maksud 'sempit' kerana pada malam tersebut dunia menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun.
  • Membawa maksud 'hukum' atau 'keputusan' kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah SWT.
  • Membawa maksud 'kemuliaan' kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.


Umum kita tahu yang malam Lailatul Qadar itu tidaklah kita tahu dengan tepat. Ada Hikmah kenapa  waktu malam Lailatul Qadar disembunyikan seperti yang disebutkan oleh para alim ulama.

  • Bagi menjadikan orang beriman sentiasa sibuk dengan ibadah sepanjang Ramadan khususnya pada waktu-waktu akhir di Bulan Ramadan.
  • Bagi menjadikan orang beriman beribadah pada semua malam dan tidak hanya tertumpu pada tanda-tanda malam Lailatul Qadar sahaja.
  • Supaya sentiasa dalam keadaan ibadah dan tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ini kerana melakukan maksiat pada malam Lailatul Qadar adalah satu kerugian yang sangat besar kepada pelaku maksiat.
  • Bagi mendapat pahala yang berlipat kali ganda disebabkan usaha mencari dan sentiasa istiqamah dalam meminta kepada Allah.
  • Untuk menunjukkan kehebatan Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui seperti mana firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui.
sumber : mstar

Pagi Jumaat yang tenang. Ramadan kali ni banyak ujian yang datang. Mari kita teruskan kuat dan sabar ya.

هناك 17 تعليقًا:

  1. sungguh beruntung mereka yg beribadah di mlm agung ini..

    ردحذف
  2. sekejap je masa berlalu kan? semoga kita bertemu lg dgn ramadhan thn dpn... jom gear 5 pecutan terakhir ramadhan

    ردحذف
  3. Itu la dia, cepat betul ramadhan berlalu. Sayu pulak rasa.

    ردحذف
  4. Rasa macam baru jer kan start puasa..kejap je dah abis dah...

    ردحذف
  5. Assalamualaikum pheezah. Sayu pulak rasa dihujung2 Ramadhan ni. Semoga kita antara yang terpilih di malam Lailatul Qadar. Amiin Yaa RAbb.

    ردحذف
  6. Ramadan kali ini terasa banyak menguji kesabaran. Dugaan datang silih berganti. Namun sebagai hambanya kena belajar redha atas ujian yang diberi. Mudah-mudahan ada pintu rezeki untuk bertemu dengan malam lailatulqadar. In shaa Allah.

    ردحذف
  7. Moga sampai ke akhir Ramadan dan next Ramadan mendatang... Amin

    ردحذف
  8. Hehe ujian boleh tertutup mata waktu solat tarawih malam Jumaat.
    Haah rasa puasa ini kuat dugaan berbanding puasa tahun lepas.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.