Oh Nasi Kerabu Ku!

Nak makan apa pagi ni? Husband tanya. Nasi lemak ke nasi kerabu tanyanya lagi. Tak tahu nak makan apa, saya jawab. Beli je lah apa yang ada. Takut musim cuti raya ni masih ada lagi yang tak bukak kedai.

Balik balik dia bawak nasi kerabu. Oh nasi kerabu ku! Favourite menu sarapan pagi. Teringat dulu masa study di UiTM Penang, ada orang jual nasi kerabu pagi pagi. Saya pun pelik, biar betul makan nasi kerabu pagi-pagi. Sebagai bangsa Johor  yang dah biasa nasi lemak, lontong dan soto agak peliklah.

Tapi itu biasa je sebenarnya di sesetengah negeri. Bukan nasi kerabu je, nasi dagang pun kira hidangan biasa untuk sarapan. Bukan lagi menu pelik. Sejak itu, saya pun dah biasa dengan makan nasi kerabu untuk makan pagi. Nikmat dapat makan pagi pagi. 

Seperti biasa, beli nasi kerabu ulam muda Abe Din. Sebelum ni pernah beli nasi kerabu ayam bakar. Ayam bakar tak ada pulak, ayam goreng pun boleh lah.

Nasi Kerabu

Tapi kali ni tak ada solok lada pulak. Dah habis agaknya kot. Takpelah, janji nasi kerabu maintain sedap macam biasa. Cuma kurang pedas. Mujur ada stok sambal pedas saya tu. Baru syok makan pedas-pedas.

Nasi kerabu ni ada macam-macam jenis nasi kerabu di Malaysia. Antara yang popular :

  • nasi kerabu Golok
  • nasi kerabu kuning
  • nasi kerabu Siam
  • nasi kerabuTerengganu
  • nasi kerabu Singapore
  • nasi kerabu Shah Alam
  • nasi kerabu Kota Bharu

Yang nama dari luar Malaysia tu tak pastilah rupa dia sama atau lebih kurang. Yang pasti nasi kerabu kuning tu nasi dia warna kuning bukan biru purple warna bunga telang. Tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi jenis nasi kuning tu. Pernah makan nasi yang warna biru ni je lah.

Selain nasi kerabu, nasi goreng kerabu pun favourite saya juga. Mungkin jenis suka menu nasi ada ulam-ulaman ni. Tapi bab nak masak sendiri nasi kerabu memang tak pernah buat. Padahal tengok resipi nasi kerabu simple macam mudah je.

Tak rajin nak membuat sebab saya sorang je makan. Husband tak suka. Beli je lah senang cerita.

Orang Seremban nak cuba rasa boleh lah membeli nasi kerabu sedap ni. Buka pukul 6 pagi sampai 11 pagi. Kadang kalau lambat sikit, habis cepat.

Nasi Kerabu Ulam Muda Abe Din
Maliki Tom Yam, 1, Persiaran Desa Rhu 1, Taman Desa Rhu, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

33 comments:

  1. Akak suka nasi kerabu daging bakar, kalau dapat daging bakar tu panas- panas lagi mesti lagi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa daging bakar. Mostly ayam goreng je ada. Ikan pun kurang nampak orang jual. Betul tu, dapat panas panas lagi sedap makan.

      Delete
  2. Hujung minggu ni nak cari nasi kerabulah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari kak Farrah. Harap ada rezeki kak Farrah. Aaaminn...

      Delete
  3. Kak, yang warna ungu itu terbuat dari apa ya, parutan kelapakah ?.

    Aku belum pernah mencoba nasi Kerabu karena dikotaku tak ada yang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna tu dari bunga telang. Mungkin disana kurang popular :)

      Delete
  4. Saya pernah sekali sahaja mencuba nasi kerabu.. Sedap juga

    ReplyDelete
  5. Tak perasan pula nasi kerabu apa yang Kak Amie pernah makan. Pernah makan nasi kerabu Siam sewaktu pergi Hatyai...eh nasi kerabu Siamkah? Maklumlah makan di Siam hahahahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah jugak tu kot kak Amie. tak dapat kepastian apa bezanya jenis jenis nasi kerabu tu :)

      Delete
  6. nasi kerabu my fav too. hehe

    cantiknyaaa pinggan tuu. bila kat manaaaa ye? ^^

    ReplyDelete
  7. sedapnya nasi kerabu. lama dah tak merasa

    ReplyDelete
  8. Betul tu kak fiza, kalau di terengganu, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, nasi kunyit tu memang makanan rutin harian hehehe.

    ReplyDelete
  9. Akak sejak kawin orang kelantan, dah biasa sarapan nasi berlauk atau nasi kerabu. Cuba untuk tidak makan hari-hari, sebab nasi kerabu sini, portion dia banyak. Kena share, kalau beli 1 bungkus. Tapi sedap, kan, Fizah, nasi kerabu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari hari memang tak boleh kak, bertambah berat nanti. hihi..portion banyak tu kalau saya 2 kali makan :)

      Delete
  10. Dulu k ret kurang jgk nasi kerabu tp klu kuah nya ayam mcm lemak2 tu, kita ON aje...
    K ret lagi suka nasi dagang...
    Pape pun ayam mesti kena add on hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh KakRet suka makan nasi ada kuah ye. Jarang jumpa yang ada kuah. Biasa ayam goreng dan ayam bakar je. betul, ayam wajib add on :)

      Delete
  11. aduhhhh..fevret kaksha jugak ni...kita sespesis la fiza...sejenis makan je apa yang sedap..hihihi..

    ReplyDelete
  12. tak pernah try makan nasi kerabu walaupun mak rajin juga beli untuk breakfast dulu..hehe

    ReplyDelete
  13. Ya suka nasi kerabu. Suka solok lada. Rasa macam sihat makan makanan ini sebab banyak ulam.

    ReplyDelete
  14. mkn nasi pg x pelik sgt fiza banding mkn sate sewaktu sarapan������ tu yg sy alami ms sek kt kelantan dulu. tekezut mak mkn sate pg2������

    ReplyDelete
  15. Sedap nasi kerabu.. harap dpt masak sendiri nanti sbb dh tanam pokok bunga telang

    ReplyDelete
  16. dah lama plak tak makan nasi kerabu sejak2 puasa ni, ini dah masuk pkp plak.. selalu saya beli kat pasar malam putrajaya...

    ReplyDelete
  17. Dekat tempat Sha nie pun ada satu kedai sedap jual nasi kerabu.. Masalahnya kena rentas negeri.. duduk dekat sempadan selangor perak kan.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.