Rahsia Cucur Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Bercucur lagi selagi stok corn kernel masih ada. Selagi masih belum jemu. Ahad lepas saya buat cucur jagung ala potato fritters. Kali ni saya buat cucur versi rangup di luar lembut di dalam.
Rahsia dan tips cucur rangup dia silalah tambah nasi yang dikisar bersama bahan bahan lain. Resipi cucur rangupada di bawah.
Boleh label cucur rangup kayangan sebab mewah dengan segala rencah. Segala sayur yang saya suka, saya letak. Cuma saya tertinggal nak letak daun kucai sebab dah terlampau banyak rencah saya masukkan.
Ini bukan cucur versi mudah ye. Bagitau awal-awal. Sebab kena kisar bahan bahan tertentu. Alah, sesekali buat cucur banyak rencah why not? Sendiri nak makan sedap, kenalah rajin. Tak gitu?
Asalnya resipi cucur ni saya tiruvasi dan olahkan dari resipi cucur nasi viral. Jadikan cucur rangup tu lebih sedap banyak rencah macam welcome-welcome sayur dan udang.
Rencah yang lain ikut suka nak tambah sayur dan rencah apa. Sesetengah orang tak suka sayur, jadi tak perlu letak sayur. Boleh je buat ringkas cucur bawang rangup, cucur jagung rangup, cucur ikan bilis rangup ke. Yang penting, tips cucur rangup dia tambahkan nasi yang dikisar dalam adunan tepung gandum tu.
Asalnya resipi cucur ni saya tiruvasi dan olahkan dari resipi cucur nasi viral. Jadikan cucur rangup tu lebih sedap banyak rencah macam welcome-welcome sayur dan udang.
Bahan-bahan A
1 cawan nasi
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili api
1 biji bawang besar
1/2 isi jagung (corn kernel)
4 ekor udang
1 keping hashbrown (ini sebab malas nak sagat kentang)
Air secukupnya
1/2 sudu camca garam
* Kisar semua bahan di atas
1 cawan nasi
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili api
1 biji bawang besar
1/2 isi jagung (corn kernel)
4 ekor udang
1 keping hashbrown (ini sebab malas nak sagat kentang)
Air secukupnya
1/2 sudu camca garam
* Kisar semua bahan di atas
Bahan-bahan B
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan isi jagung (corn kernel)
1 batang carrot (disagat)
2 batang kacang panjang (dipotong²)
Kobis (dicincang halus) *terpulang nak letak banyak mana
Inilah dia resipi cucur rangup tanpa telur. Nak tambah telur pun boleh tapi saja saya tak letak telur. Rasa dia, of course lah sedap. Ada rasa manis jagung, bawang dan udang. Rasa pedas cili api sipi-sipi je. Yang penting, luar rangup isi dalam lembut.
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan isi jagung (corn kernel)
1 batang carrot (disagat)
2 batang kacang panjang (dipotong²)
Kobis (dicincang halus) *terpulang nak letak banyak mana
Cara membuat cucur rangup
- Selepas kisar bahan A, campurkan bahan A ke dalam bekas bersama bahan-bahan B. Gaul rata. Adunan kalau cair, tambah tepung. Kalau pekat, tambah air sikit sikit.
- Panaskan minyak, dan sendukkan adunan menggunakan sudu. Goreng sampai kekuningan dan garing.
- Setelah masak, angkat dan toskan minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Rencah yang lain ikut suka nak tambah sayur dan rencah apa. Sesetengah orang tak suka sayur, jadi tak perlu letak sayur. Boleh je buat ringkas cucur bawang rangup, cucur jagung rangup, cucur ikan bilis rangup ke. Yang penting, tips cucur rangup dia tambahkan nasi yang dikisar dalam adunan tepung gandum tu.
Cucur rangup di luar lembut di dalam memang sedap betul dibuat sarapan atau kudapan petang. Temankan bersama secawa minuman panas kegemaran...walaaaaa! Enak banget.
ReplyDeleteMemang terbaik kak, hidang bersama kopi kaw :)
DeleteSedap ..rangup dan lembut je bila makan
ReplyDeleteye, memang sedap bila rangup dan lembut :)
DeleteBunyi rangup masa gigit tu dah buka selera sebenarnyakan.
ReplyDeleteBetul tu, rangup rangup tu sedap
DeleteAlaa... sedap lak cucur ni. Bahan pun special juga tu...
ReplyDeleteBanyak rencahnya baru sedap :)
DeleteNampak sedap la fiza..akak nak cuba buat nanti...maybe weekend ni la kot..
ReplyDeleteSedap kak. Cubalah nanti :)
Deletesedap juga layan cucur begini..
ReplyDeleteYa, memang layan rangup rangup lembut.
DeleteAkak tak pernah buat cucur letak nasi, tau. Boleh cuba nanti. :)
ReplyDeleteBoleh cuba nanti kak Nur :)
Deleteidea ni...idea... sebab kadang tak tau nak masak apa dah kat rumah
ReplyDeleteYa, idea baru. Boleh cuba KakYan
DeleteRangupp tu yang sedapppp. Saya biasa ganti sayur dengan ikan bilis heheh sebab tak makan sayur. Makan panas panas cicah sos cili lagiii sedapppp hehehehe
ReplyDeleteBetul tu Atiqah. Faham faham tak makan sayur. Ye sedap cicah sos cili.
Deletewah sedapnye..
ReplyDeleteMemang sedap Naia.
Deletewah boleh cuba buat
ReplyDeleteSelamat mencuba Iena.
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteYe, sedap cucur nasi ni rabia. Boleh cuba nanti.
Deletesuka yg rangup
ReplyDeleteye, samalah kita.
Deletesedapnya cucur jagung
ReplyDeleteya, memang sedap!
Deletewah boleh cuba la nanti tambah nasi. takdelah membazir kalau ada lebihan nasi nanti
ReplyDeleteye, tak membazir kan. Selamat mencuba
Deletetq share resepinya fiza!
ReplyDeleteboleh cuba cara fiza share ni :)
sama sama. Selamat mencuba Shida.
DeleteOkayh, camtu rupanyaaaa ye.. sy suja rangup, tapi takleh tebal sangat tepungnya
ReplyDeleteye, kalau suka nanti boleh cuba nona.
Deletecekodok. time pkp ni kerap aida goreng utk sarapan.
ReplyDeletetu yg paling ringkas, fiza.
dpt yg rangup di luar, lembut di dalam = ohsem!
kalau ptg, couple dgn kopi panas, fiza. feveret aida la.
makan kat tepi laman tu hah. wow!
memang ohsem dapat buat yang banyak rencah, rangup diluar lembut didalam. Lagi syok hidang dengan kopi panas.
DeleteMeriah betul isi cucur fiza.. Sedap bila rangup di luar dan lembut didalam..
ReplyDeleteye KakSha, meriah dengan rencahnya. Sedap!
DeleteBagus jugak idea ni. Sebelum roti menghampiri tarikh luput, elok buat cucur.
ReplyDeleteini cucur nasi. cucur roti latest entry. Ya, memang bagus elakkan pembaziran :)
Delete