Header Ads

Rahsia Cucur Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Bercucur lagi selagi stok corn kernel masih ada. Selagi masih belum jemu. Ahad lepas saya buat cucur jagung ala potato fritters. Kali ni saya buat cucur versi rangup di luar lembut di dalam. 

Rahsia dan tips cucur rangup dia silalah tambah nasi yang dikisar bersama bahan bahan lain. Resipi cucur rangupada di bawah.

Boleh label cucur rangup kayangan sebab mewah dengan segala rencah. Segala sayur yang saya suka, saya letak. Cuma saya tertinggal nak letak daun kucai sebab dah terlampau banyak rencah saya masukkan. 

Ini bukan cucur versi mudah ye. Bagitau awal-awal. Sebab kena kisar bahan bahan tertentu. Alah, sesekali buat cucur banyak rencah why not? Sendiri nak makan sedap, kenalah rajin. Tak gitu? 

Asalnya resipi cucur ni saya tiruvasi dan olahkan dari resipi cucur nasi viral. Jadikan cucur rangup tu lebih sedap banyak rencah macam welcome-welcome sayur dan udang.

Resipi Rahsia Cucur Rangup Lembut

Bahan-bahan A
1 cawan nasi
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili api
1 biji bawang besar 
1/2 isi jagung (corn kernel)
4 ekor udang
1 keping hashbrown (ini sebab malas nak sagat kentang)
Air secukupnya
1/2 sudu camca garam

* Kisar semua bahan di atas

Bahan-bahan B
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan isi jagung (corn kernel)
1 batang carrot (disagat)
2 batang kacang panjang (dipotong²)
Kobis (dicincang halus) *terpulang nak letak banyak mana

Cara membuat cucur rangup

  • Selepas kisar bahan A, campurkan bahan A ke dalam bekas bersama bahan-bahan B. Gaul rata. Adunan kalau cair, tambah tepung. Kalau pekat, tambah air sikit sikit.
  • Panaskan minyak, dan sendukkan adunan menggunakan sudu. Goreng sampai kekuningan dan garing. 
  • Setelah masak, angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Inilah dia resipi cucur rangup tanpa telur. Nak tambah telur pun boleh tapi saja saya tak letak telur.  Rasa dia, of course lah sedap. Ada rasa manis jagung, bawang dan udang. Rasa pedas cili api sipi-sipi je. Yang penting, luar rangup isi dalam lembut.

Rencah yang lain ikut suka nak tambah sayur dan rencah apa. Sesetengah orang tak suka sayur, jadi tak perlu letak sayur. Boleh je buat ringkas cucur bawang rangup, cucur jagung rangup, cucur ikan bilis rangup ke. Yang penting, tips cucur rangup dia tambahkan nasi yang dikisar dalam adunan tepung gandum tu. 

هناك 40 تعليقًا:

  1. Cucur rangup di luar lembut di dalam memang sedap betul dibuat sarapan atau kudapan petang. Temankan bersama secawa minuman panas kegemaran...walaaaaa! Enak banget.

    ردحذف
  2. Bunyi rangup masa gigit tu dah buka selera sebenarnyakan.

    ردحذف
  3. Alaa... sedap lak cucur ni. Bahan pun special juga tu...

    ردحذف
  4. Nampak sedap la fiza..akak nak cuba buat nanti...maybe weekend ni la kot..

    ردحذف
  5. Akak tak pernah buat cucur letak nasi, tau. Boleh cuba nanti. :)

    ردحذف
  6. idea ni...idea... sebab kadang tak tau nak masak apa dah kat rumah

    ردحذف
  7. Rangupp tu yang sedapppp. Saya biasa ganti sayur dengan ikan bilis heheh sebab tak makan sayur. Makan panas panas cicah sos cili lagiii sedapppp hehehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu Atiqah. Faham faham tak makan sayur. Ye sedap cicah sos cili.

      حذف
  8. wah boleh cuba la nanti tambah nasi. takdelah membazir kalau ada lebihan nasi nanti

    ردحذف
  9. tq share resepinya fiza!
    boleh cuba cara fiza share ni :)

    ردحذف
  10. Okayh, camtu rupanyaaaa ye.. sy suja rangup, tapi takleh tebal sangat tepungnya

    ردحذف
  11. cekodok. time pkp ni kerap aida goreng utk sarapan.
    tu yg paling ringkas, fiza.
    dpt yg rangup di luar, lembut di dalam = ohsem!
    kalau ptg, couple dgn kopi panas, fiza. feveret aida la.
    makan kat tepi laman tu hah. wow!

    ردحذف
    الردود
    1. memang ohsem dapat buat yang banyak rencah, rangup diluar lembut didalam. Lagi syok hidang dengan kopi panas.

      حذف
  12. Meriah betul isi cucur fiza.. Sedap bila rangup di luar dan lembut didalam..

    ردحذف
  13. Bagus jugak idea ni. Sebelum roti menghampiri tarikh luput, elok buat cucur.

    ردحذف
    الردود
    1. ini cucur nasi. cucur roti latest entry. Ya, memang bagus elakkan pembaziran :)

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.