Roket Long March 5B Dijangka Terhempas Ke Bumi 8 Mei 2021
Belum lega dengan masalah Covid-19 yang membimbangkan, satu lagi perkara yang membimbangkan kita. Dikatakan Roket Long March 5B dijangka terhempas ke bumi 8 Mei 2021, hari sabtu iaitu hari ni.
Roket Long March 5B, sebuah roket yang dilancarkan oleh China pada Khamis minggu lepas sepatutnya sudah mendarat di bumi. Roket Long March 5B membawa modul utama stesen angkasa lepas telah dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, wilayah Hainan, selatan China.
sumber: The Star |
Kemudian, dilaporkan Roket Long March 5B gagal dikawal dan dijangkakan terhempas ke bumi hari ni. Boleh jadi serpihan kapal angkasa itu boleh jatuh dimana-mana kawasan yang belum pasti lagi. Apa yang membimbangkan jika serpihan tu jatuh di kawasan penduduk.
Serpihan daripada roket tu bukan ringan ye. Seberat 21 tan boleh jatuh dimana-mana saja dalam lingkungan kawasan terbabit. Harapnya jatuh dikawasan tak berpenghuni dan tiada jiwa terkorban. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn...
Serpihan daripada roket tu bukan ringan ye. Seberat 21 tan boleh jatuh dimana-mana saja dalam lingkungan kawasan terbabit. Harapnya jatuh dikawasan tak berpenghuni dan tiada jiwa terkorban. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn...
Berdebar debar dibuatnya tengok live tracking Roket Long March 5B China melalui CZ-5B R/B Satellite di youtube.
Seorang ahli astronomi yang mengesan objek mengorbit Bumi memberitahu Spacenews bahawa roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.
Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.
“Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.
“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.
Roket Long March 5B yang dilancarkan pada minggu lalu dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China.
Beijing merancang melancarkan sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul sebelum stesen angkasa lepas Tiangong siap dibina pada tahun depan.sumber :https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/05/roket-long-march-5b-dijangka-terhempas/
Made in China.
Updateed : Roket keluaran negara China yang berada "di luar kawalan" dilapor telah jatuh di Lautan Hindi. Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.sumber : https://www.astroawani.com/berita-dunia/roket-china-terhempas-di-lautan-hindi-297185
Mohon dijauhi segala musibah. Moga ia terhempas di tempat tidak berpenduduk.
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur jatuh di lautan.
DeleteAda saja lah... Biarlah jatuh ke tempat lain yang tak der penghuni
ReplyDeletedah jatuh di lautan Hindi kak.
Deletetak senang duduk dibuatnya
ReplyDeleteTahu takpe. Mujur jatuh di lautan.
DeleteMacam - macam hal la...jauhkan dari terhempas ke negara kita
ReplyDeleteSyukur dah terhempas di Lautan.
DeleteMacam macamlah kalau dari negara sana. Tak cukup dengan covid, roket pulak.
ReplyDeleteTadi tengok dah cakap melepasi Malaysia tapi berharap tak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Aamiin.
Tahu takpe, macam macam hal dari sana kan.
DeleteYa Allah macam nak kiamat dah kita ni 😭😭😭😭😭😭😭😭
ReplyDeletebanyak tanda tanda kecil dah muncul.
DeleteTak habis-habis buat hal. Tak senang duduk kita dibuatnya. Ya Allah...kalau jatuh biarkan menimpa kawasan yang tidak berpenghuni.
ReplyDeleteBelum reda yang satu, tambah satu lagi melibatkan satu dunia. Syukurlah jatuh di lautan.
Deletemugo2 jatuh terhempas menjadi jongkong emas., aminn
ReplyDeletejadi jongkong emas untung juga tu
DeleteYa Allah, jatuhkanlah roket long March 5B di kawasan yang tiada berpenghuni dan bukan di Malaysia ini... Ya Allah, lindungilah kami rakyat Malaysia ... Amin ya Rabb.... Serammm sangat ni.. ya Allah..
ReplyDeleteAaminn..syukurlah jatuh di lautan.
Deletealhamdulillah..dah landed dekat Lautan India pagi tadi..
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur jatuh di lautan.
DeleteSekarang dapat berita dah terhempas dah. Tapi kat Lautan Hindi.
ReplyDeleteye, akhirnya jatuh di lautan.
DeleteSyukur kita ini banyak laut besar. Harap mereka ambil pengajaran jangan lancarkan sesuatu tanpa fikir kesan pada negara lain dan alam sekitar. Takut pula kes pencemaran laut ke.
ReplyDeleteAlhamdulillah tak jadi di tempat penduduk. Tapi itulah, hidupan laut jadi mangsa.
Deletefollow jugak ni dari ari sabtu tu.rasa berdebar2 jer tgk..nak2 masa dia lintas Msia pastu Sbh Swk.. Alhamdulillah jatuh ke tempat yang sepatutnya... teringat satu komen kat YT time tu,
ReplyDelete"barang china takde yang tulen..yg tulen, COVID aje" ekekek
Betul tu kak, berdebar debar setiap kali menghampiri Malaysia dan kawasan penduduk.
DeleteSyukur dah jatuh di lautan.
COVID sah tulen tu. huhu
this is just something scary kan
ReplyDeleteduh ada2 saja yah bencan yang dtang hehe
ReplyDelete