Sambal Udang Petai Untuk Makan Tengahari
Hari ni tak puasa, makanya kena lah memasak untuk makan tengahari. Macam biasa, tak tahu nak masak apa. Tapi bila nampak ada stok petai dalam peti ais, ting! Idea terus datang masak sambal udang petai. Berbuka semalam dah masak sambal sotong.
Harini sambal udang petai pulak. Dua hari berturut turut masak sambal. Janji perut terisi dan ada selera nak makan. Saya biasa masak untuk sekali makan je. Makan malam masak lain. Baru sedap makan makanan panas-panas.
Melainkan kalau masak rendang ke mee kari ke, boleh makan ulang-ulang kena masak lebih. Lain orang lain caranya. Tapi kalau mood malas, sekali masak je lah. Takpun, beli je sudah.
Sambal udang petai makan dengan sepinggan daun salad. Senang tak perlu menumis sayur bagai. Makan sayur salad bulat segar rangup sebagai ulam ulaman.
baca juga : resipi sambal udang petai
Style mak mentua saya masak sambal udang letak santan sikit untuk jadikan sambal udang petai pekat.
Petai ni beli beberapa hari lepas. Memang niatnya nak buat sambal udang petai, tak pun sambal ikan bilis petai. Nak buat sambal daun kayu nismilan tak ada pucuk ubi dan daun daun yang sewaktu dengannya.
Petai segar tak ada, husband beli petai yang dah siap dikupas kulitnya. Segar bugar dan besar-besar pulak tu isi petai ni. Banyak juga dalam satu pek, RM9.50. Senang kerja dan cepat kerja memasak guna petai ready to cook ni.
Bau dia menusuk betul! Saya simpan letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Ada baki tu bolehlah campur dalam masakan seterusnya.
Masakan yang ada petai ni saya berani makan kat rumah je. Kalau kat luar tak berani nak makan. Nanti ada bau yang kurang menyenangkan pulak. Kat rumah bolehlah kita gosok gigi, kumur dengan listerine. Tapi bab pembuangan tu tak dapat elaklah, tetap berbau juga.
Saya makan petai bila dibuat sambal atau dimasak je. Nak makan mentah buat ulam memang tak lah! Pelik ke tidak? Tak peliklah kan. Macam ada orang makan durian, tapi tak makan tempoyak. Begitulah...
Saya tak makan petai, tapi Isteri saya makan..
ReplyDeleteFaham faham..ada orang memang tak makan petai :)
DeleteMemang sedap masak sambal udang dengan petai bubuh santan. rasa lebih berlemak. Cukup lauk itu jew makan dengan nasi panas, nikmat lazatnya tak terungkap, selera sendiri jew yang dapat rasa heheheee.
ReplyDeleteSedapnya lah tengok gambar kak az. Selalu menggoda!
ReplyDeleteHari tu nasib baik da makan...hilanglah sikit mengidamnya.
Haah, kalau makan petai banyak sangat, memang boleh berbau satu rumah >_<! tapi nak jugak makan....
Udang sedappp, tapi petai takkk sedap (bagi saya yang tak makan petai) hehehehe. Puas kena paksa dengan abang kakak, tapi tetap tekak tak boleh terima >.<
ReplyDeleteSama kita, Fizah. Akak pun makan petai yang dimasak je. Petai mentah, akak tak makan. :)
ReplyDeleteKakau sambal udang petai ni, wak makan udangnya aje
ReplyDeletepetai tak makan
sedap petai ni buat sambal. kalau makan mentah, saya pun tak boleh makan..haha
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteSama tidak makan petai mentah. Suka lauk petai.
ReplyDeletemengancamnya sambal udang petai ni
ReplyDeleteSamalah saya, makan petai kalau hari tak gi opis sahaja. Segan kalau tetibe toilet opis berbau lepas kita keluar. Huhu
ReplyDeleteSedap sambal petai dgn udg. CCL selalu potong2 sekali kulit .
ReplyDeleteBest tengok. Sambal udang makin pedas makin best.
ReplyDeleteAkak x makan petai tapi suka je campurkan petai dalam sambal udang...tgok entry ni terus teringin plak
ReplyDeletewah sedapnya sambal udang petai memang fav..tgk gambar tu terasa sedapnya
ReplyDeletesambal udang petai, nikmat dimakan bersama nasi panas.. hmm
ReplyDeletesedapnya.. baru smlm akak cari petai takde musim lagi la
ReplyDeletemakan dgn nasi panas2 menambah ni fiza ^^
ReplyDeletepetang tu onz.
ReplyDeletetapi tu la, udang tu = elergi.
suka sgt tapi tak boleh makan lebih 2 ekor.
gatal menggila la nanti :(
tu yg kalau teragak sambal petai, buat dgn bilis je.
Besar-besar petai dia.. Puas hati tu..
ReplyDeleteOwh buh santan ye dalam sambal.. boleh cuba nie..