Smokey Grill Chicken Sedap Tapi...

On the way balik rumah selepas membeli dan blah, perut rasa lapar pulak. Padahal baru je lepas berbuka sebelum keluar tu. Kononnya dapat lah membeli makanan masa kat AEON tu tapi dah terlambat, kedai pun dah tutup. Balik dengan kecewalah kita.

Macam teringin makan smokey grill chicken Sobrian. Western food terpaling sedap yang pernah saya makan dan berkali-kalai repeat order. Masa PKP1.0 tahun lepas kerap juga order sebab dekat. Tapi sejak kedai dia pun dah berpindah tak jauh mana dah jarang order. 

Jarang order sebab delivery by foodpanda lebih mahal. Kalau dulu harga Smokey Grill Chicken RM11 je. Sekarang beli terus di kedai RM12. Dah naik RM1. Kalau order food delivery by foodpanda RM17.90 macam tu. Jauh beza kan?

Lagi satu jarang order terus ke kedai sebab ramai gila orang kat kedai. Dah 2 kali jugak husband pergi balik dengan kecewa sebab ramai orang. Tak gigih nak menunggu. Kebetulan semalam balik rumah lebih kurang pukul 10 lebih macam tu tak ramai orang pun. Yang ada satu meja dah siap makan.

Tak lama menunggu. Kira rezeki saya lah dapat makan makanan favourite yang dah lama tak makan. Rasa smokey grill chicken maintin sedap tapi...

Smokey Grill Chicken Sedap Seremban

Saya perasan saiz ayam tu macam  lebih kecil daripada yang saya pernah makan sebelum sebelum ni. mungkin stok ayam dia kecil kot. Tapi itulah tak sepadan dengan harga. Kecewa jugalah sikit tak puas makan rasanya kalau portion comel. Mujurlah dia maintain sedap.

Sos dia pun kena dengan tekak. Tak kedekut sos black pepper. Cuma saiz ayam tu je lah yang kurangnya. Sama juga dengan ayam KFC yang makin meengecil. Itulah kan, stok ayam mentah ni bergantung pada supplier juga. 

Sos Blackpepper Smokey Grill Chicken Sedap

Biasa kalau beli ayam kat Kipmart, harga bergantung pada saiz ayam. Macam tu kira okaylah dari kita beli saiz kecil tapi harga besar. Peniaga makanan pun tak dapat nak buat apa lah kalau dapat stok ayam kecil. Tetap jual dengan harga yang sama.

Dari segi rasa memang saya recommend lah untuk mencuba. Pada saya sedap! Kalau singgah di seremban boleh lah cuba makan makanan western di Sobrian Smokey Grill. Mac & Cheese dia pun sumpah sedap! Murah pulak tu RM10. Itu harga dulu lah. Sekarang tak tahu berapa.

Promote sebab sedap bukan berbayar ye. 

Sobrian Smokey Grill

Lokasi : 761, Jalan Ujong Pasir 1, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu perniagaan :
  • Ahad 5:30–11pm
  • Isnin TUTUP
  • Selasa 5:30–11pm
  • Rabu 5:30–11pm
  • Khamis 5:30–11pm
  • Jumaat 5:30–11pm
  • Sabtu 5:30–11pm
Contact : 011-5773 0562

20 comments:

  1. Kat N9 ada kampung Ujong Pasir Ye. Di Melaka pun ada. Kalau di Melaka, kampung ujong Pasir lebih terkenal dengan perkampungan Portugis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, kat Johor pun ada kampung yang ada pasir pasir juga. Kadang confuse nama dekat dekat kan. Saya baru tahu Kampung Ujong pasir perkampungan Portugis. Mungkin pernah baca tapi terlupa.

      Delete
    2. Maaf, menyampuk.. dekat Johor, ada dua tiga kampung bernama, Kampung Pasir, hehe.

      Delete
  2. Bila peniaga potong bahagian saiz asal jadi lebih kecil itu yang tak best kan Fiza. Kalau pun nak ambil untung, jagalah kepentingan dan kepuasan pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak potong saiz, mungkin bekalan ayam dia kecik. Itulah kan kak, mungkin dia pun terpaksa juga letak harga macam tu.

      Delete
  3. Sebenarnya harga ayam dah lebih mahal sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya, lupa pulak tu. Harga ayam dah naik. Jadi peniaga makanan pun kena tempias sekali.

      Delete
  4. Kannn kak fiza, foodpanda dah mahal gila sekarang ni. Kadang harga tak masuk akal.
    Nak membeli pun fikir banyak kali sebab jauh sangat harga beli di kedai dengan beli di apps foodpanda.
    Pasal ayam tu betul lah kak fiza, ayam kfc sekarang memang dah makin kecikkkkkk. Rasa tak berbaloiii huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Nasib baik sedap. Tapi itulah tidak seronok kalau dapat saiz kecil.
    Hehe barang makanan makin mahal bukan makin murah.

    ReplyDelete
  6. Sy pun akan kecewa jika harga naik tapi portion makin kecik, nasib baik masih sedap macam dulu rasanya tu

    ReplyDelete
  7. mahal betul kalau dengan food panda tuh, lebih baik beli sendiri

    yelah sekarang mana-mana kadang ayam kecik keciwa betul lah

    ReplyDelete
  8. susah nak cari western yang sedap dan murah. selalu ada jer kurang nyer

    ReplyDelete
  9. yer...bergantung pada stok bekalan memntah ayam. supplier ayam pun sekarang semakin hari semakin cepat pasarkan ayam agaknya...hahaha...tu yang semuanya kenit kenit belaka

    ReplyDelete
  10. Ye la, mahal dengan foodpanda. Tu kadang keluar juga beli sendiri. Sedapnya akak tengok smokey grill chicken.

    ReplyDelete
  11. sama macam time akak buka dengan ayam mcd hari tu..kecewa tengok kecik nau..huhu

    ReplyDelete
  12. serious mmg kecewa klu kita nak beli makanan yg kita nak, then kedai tutup

    ReplyDelete
  13. mungkin sbb harga ayam mahal kot sekarang ni... sy pun fikir byk kali sblm beli ayam skrg...

    ReplyDelete
  14. Menyelerakan!! Nak cari jugak ayam smokey kat sini . hoho...

    ReplyDelete
  15. terliur juga tgk..kalau mcm ni..shida pn sggup tgu heheee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.