Tak Sangka Harga Ngepan Iban Bukan Biasa-Biasa

Sehari dua ni tiba tiba pakaian tradisional Iban, Ngepan Iban jadi bualan. Siapa yang tak marah kalau orang kutuk pakaian tradisional kita. Kutuk pakaian biasa biasa pun dah terasa hati, inikan pakaian tradisional. 

Selama ni hanya sekadar tahu Ngepan Iban ni pakaian tradisional kaum Iban je. Rupanya disebalik Ngepan Iban ni, tersembunyi harga Ngepan Iban bukan biasa-biasa. Cecah ribuan ye harganya!

Ngepan Iban

Ngepan Iban adalah nama pakaian tradisional Iban yang dipakai oleh kaum wanita. Biasanya dipakai semasa perayaan Hari Gawai atau semasa perayaan khas seperti Pekit Kumang. Juga dipakai ketika majlis perkahwinan. 

Baju tradisi lelaki kaum Iban pula namanya Baju Burung.

Asal Usul Ngepan Iban

Pada zaman dulu, asalnya dipercayai seorang gadis yang sangat baik di kalangan wanita Iban bernama Kumang pandai membuat kerja wanita seperti menenun, menganyam dan sebagainya. Bukan hanya berbakat dalam kerja tersebut malah beliau juga mempunyai rupa paras yang cantik.

Kemahiran yang beliau ada telah menjadi rujukan untuk pakaian tradisional masyarakat Iban. Kumang dijadikan model bagi pakai tradisional ngepan iban full set yang lengkap denagan perhiasan perak, tembaga, manik dan kain yang diperbuat daripada pelbagai corak.

Begitulah ceritanya asal usul Ngepan Iban. Okay next, kita berkenalan dengan Ngepan Iban Full Set seperti : 
  • Sugu Tinggi
  • Cham Sanggul
  • Tenggak Buah Bembang
  • Marik Empang/Tangu
  • Marik Tali Ujan
  • Selayah/Selampai
  • Simpai
  • Rawai
  • Lampit
  • Tumpa
  • Tumpa Rakup
  • Sementing/Menyawir
  • Buah Pauh
  • Selampai Belakang
  • Kain karap
  • Lumbai
  • Tating Kain
  • Gerunung
  • Tali Mulung
  • Gelang Kaki @ Gerunchung
  • Sementing Buchai
  • Sementing Ringgit
  • Tango

Ngepan Iban Full Set
sumber : google


Dibawah ni harga Ngepan Iban sebenar yang dikongsikan oleh Elanuris Hunter.
  • Sugu tinggi pirak = RM3000-RM4000
  • Cham sanggul pirak = RM200-RM300 satu/pcs
  • Tenggak buah bemban/puru = RM50-RM80 satu/pcs
  • Marik Empang = RM500-RM600 /Pelaga = RM 600-RM700
  • Tali Ujan = RM 200-RM300 semeter
  • Selampai = RM250
  • Rawai lama = RM 1300-RM1700
  • Lampit lama Pirak= RM 1000-RM1500
  • Simpai pirak = RM 500-600 sepasang(2 pcs)
  • Tumpa pirak = RM 1200-RM1400 (12pcs)
  • Tumpa rakup pirak = RM300-RM500
  • Sementing/Nyawir = RM800 pcs
  • Buah pauh = RM 1000
  • Selampai belakang lama = RM400-RM600
  • KAIN karap lama = RM400-600
  • Kain Kumbu = RM500-800
  • Kain sungkit = RM 600-RM1100
  • Tating kain/ringgit lama pirak =RM 50-80 satu /pcs (puluhan pcs dlm satu set pkaian)
  • Gerunong lama = RM 50-RM70 satu
  • Geruncung kaki = RM600-RM800

Buntang mata tengok harga Ngepan Iban ni. Kenapa harganya mahal sangat? Apa yang saya tahu, Ngepan Iban ni handmade. Nak buat dia renyah dan makan masa. Dibuat dengan teliti dan kemas. Jadi, faham lah kenapa harganya mahal. Sepadan dengan usaha dan pembuatan tangan. 

Cara Pemakaian Ngepan Indu Iban

Setiap pemakaian Ngepan Indu Iban mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dipakai. Jika si pemakai memakai ngepan dengan sembrono, ia akan memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban. 

Cara permakaian yang salah juga boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong. Contohnya jika sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. 

Corak ngepan kain juga mempunyai peranan. Bagi seorang gadis haruslah warnanya terang. Ini kerana untuk menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.

Jika ada peluang, teringin juga nak sarung Ngepan Iban ni. Tapi versi menutup aurat lah kalau ada yang labuh dan lengan panjang. Kemudian pakai tudung hitam ke merah, sesuai ke? Kena tanya yang lebih pakar kalau nak pakai. Silap pakai, jadi bahan kecaman pulak nanti. Tanya yang lebih pakar.

Harga mahal-mahal ni, kalau sewa mesti agak mahal jugak tak? Dapat peluang pakai sekejap ambil gambar pun jadilah.

Pemakaian tradisional kenalah kita kekalkan untuk kita tahu budaya kita yang dahulunya. Setiap pakaian tradisional ada keunikan dan keistimewaannya. Jadi, janganlah kita sesuka hati mengutuk dan memburukkan apapun yang berkaitan dengan agama, adat, budaya dan tradisi orang lain. Konsep dia, kena hormat.  

sumber : wikipedia

23 comments:

  1. kak ret pun baru je terbaca pasal influencer tu..
    malu je la org msia bole gurau2 pasal ni..
    Tak jaga sensitiviti langsung...

    mmg baju ni mahal, nampak mcm biasa je kan.
    Kitrg pernh buat show guna baju2 sabah n sarawak...
    memang rasa takut2 je nak pakai kan...
    baju mahal ko.. nak jaga pun kena hati2 bila nak buat show...

    ReplyDelete
  2. oi makk... mahal rupanya... kalau sekalipun harganya tidak mahal..itu bukanlah tiket untuk memperlekehkan budaya dan kesenian bangsa lain

    ReplyDelete
  3. suka tengok pakaian tradisinal sabah dan sarawak. nampak unik dan cantik :)

    tak tahulah apa masalah budak sekarang sampai xreti nak respect budaya orang.

    ReplyDelete
  4. mahal jugak harga ngepan iban ni tapi cantik n unik :)

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak buat tu semua. Kalau guna mesin saja, mungkin boleh murah lagi. Tapi kalau dibuat manual guna tangan, memang mahal le.

    ReplyDelete
  6. suka tengok org pakai pakaian ni tapi tu dia harga dia mahal rupanya

    ReplyDelete
  7. Kalau buat pakai tangan memang boleh faham lah kenapa mahal. Amboi influencer mana tu?

    Rindunya nak gi Sarawak bila tengok gadis berbaju Kumang tu

    ReplyDelete
  8. Ini pakaian yang sangat unik buatannya, semuanya pakai manik, padanlah harganya mahal, cuma orang yang berkemahiran saja yang boleh membuatnya, bukan orang sembarangan yang boleh membuatnya..

    ReplyDelete
  9. Itulah kerana kontroversi baru tahu mahal ngepan dan rupanya pembuatan secara tangan. Selalu fikir mudah buat, jahit pakai mesin.
    Itulah kita ini kena berhati-hati apabila berkata atau tunjuk apa di sosial media. Haha akak kadang-kadang fikir patut tidak tulis dalam blog.

    ReplyDelete
  10. Kita pun terkejut bila tahu harga dia mahal gila. Bukan biasa biasa harganya, tapi bab influencer tu tak boleh buat apa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara, kecam jawabnya. Tapi macam kesian jugak, orang babitkan dengan anak yang dalam kandungan isteri dia. Baby tu tak salah apa apa pun. Tapi orang siap doakan kematiannya :')

    ReplyDelete
  11. tgh viral ni hehee..harga dia mampu tgk je kan fiza ^^

    ReplyDelete
  12. Whoaaa.. teringin jugak pakai .. tapi tuhla. nak yang versi muslim punya . kwn sy kawen ngn laki sana... mak mertua suh pakai gini.. walaupun dia org Johor... tapi dia ok je.. bangga lagi dapat pakai

    ReplyDelete
  13. Disebabkan isu ngepan viral, ada rezeki kita semua untuk lebih tahu tentang kecantikan hasil seni busana ni.

    ReplyDelete
  14. Sebagaimana kita mahu orang hormat budaya kita, begitulah kita juga perlu hormat budaya orang lain. Budaya itu identiti sesuatu kaum dan keturunan.

    ReplyDelete
  15. memang mahal sesuai dengan kesusahan dan kerumitan untuk membuatnya

    ReplyDelete
  16. Ngepan ni kalau diwarisi dr nenek moyang dulu mmg lg mahal... sbb semuanya hand made.. tp ada jugak yg xda mmg boleh beli.. tp harga mcm tu lah.. kena beli sikit2 utk dijadikan koleksi sendiri

    ReplyDelete
  17. Pakaian traditional kalau 100% handmade memang mahal. Semua yg hasil dr tangan memang mahal xkira baju, kasut, bag kan.

    ReplyDelete
  18. mahal dan unik.. teringin nak tengok dpn mata...
    Budaya kita sama lagi nak jaga kalau bukan kita yang jaga..

    ReplyDelete
  19. Cantik pakaian dia.. memang berbaloilah harga tu bila dibuat dengan penuh teliti..

    ReplyDelete
  20. Dua sejarah lisan pakaian wanita Iban mengikut dewi kaum Iban.

    Di zaman dahulu ada dua suami-isteri suku yang sudah lama berkahwin tapi tiada anak tinggal di sebuah rumah panjang suku kaum Iban di Merakai, Katunggau Hulu, Kalimantan Barat. Nama mereka adalah Enggaq dan Chalaqrat. Suatu hari mereka mencari Ikan dengan orang ramai tapi mereka tak dapat apa-apa. Selepas mendapat Ikan, mereka pun pulang dan tinggal Enggaq dan Chalaq sahaja.

    Tiba-tiba dua orang bidadari menggelar diri Kumang dan Lulong menjelma dan memberi mereka seorang anak lelaki baru lahir. Anak itu diberi nama Brauh Ngumbang. Dari itu Enggaq dan Chalaq menceritakan bagaimana pakaian yang dipakai oleh dewi Kumang dan Lulong.

    Ini Siau nusi pasal gamal Kumang seduai Lulong nitihka dipeda Enggaq enggau Chalaq. “Orang tuai nusi, uchu, tak bekepelik aja barang pirak ba tubuh Kumang seduai Lulong, berandus aja ambih tubuh, berinda aja ba atas sanggul, pala.”

    Diketahui umum juga, dewi Kumang dan Lulong tak memakai pakaian yang murah-murahan. Mereka sejenis dewi yang boleh mendapat apa sahaja dengan mudahnya melalui kuasa ahgaib mereka sendiri. Oleh itu benda yang dipanggil Iban zaman dahulu yang berkilat-kilat kat pakaian Kumang dan Lulong itu bukan perak malah Emas Putih. Suku kaum Iban masa itu tak erti emas putih mereka hanya mengetahui perak sahaja logam yang berkilat-kilat. Disini kita boleh menganggap kos pakaian Kumang dan Lulong ini mesti menjangkau jutaan.

    Ini juga berlaku di Merakai di zaman dahulu kerana ada seorang lelaki bernama Garai @ Menggin berkahwin dengan anak Dewa Sengalang Burung yang bernama Dara Tinchin Temaga.

    Dari cerita suku kaum Mualang dalam visi Melayu menceritakan, pada suatu hari Garai menyumpit burung. Tiba-tiba seikor burung disumpit nya jatuh. Burung itu hilang tak kelihatan tapi kain kesumba yang berwarni-warni djumpai Garai di tempat burung itu jatuh. Kain kesumba itu dibawa Garai pulang ke rumah panjang.

    Beberapa hari kemudian, datang seorang bidadari memberi tahu namanya Dara Tinchin Temaga anak kepada dewa Sengalang Burung mencari kain kesumba nya. Disebabkan itu, dia kahwin dengan Garai. Semasa tinggal di rumah panjang Garai, dia sering memakai pakaian yang kelihatan berwarna-warni, berbunga-bunga lazimnya seperti tangguo.


    ReplyDelete
  21. Sering didengar pakaian wanita Iban berpandukan kecantikan Dewi Kumang. Dalam sejarah lisan kaum Iban ada dua jenis pakaian dewi suku kaum Iban yang pernah dilihat dan terus diikuti, walaupun nya banyak telah diubahsuai mengikut selira individu.

    Sejarah pertama.
    Di zaman dahulu ada dua suami-isteri suku yang sudah lama berkahwin tapi tiada anak tinggal di sebuah rumah panjang suku kaum Iban di Merakai, Katunggau Hulu, Kalimantan Barat. Nama mereka adalah Enggaq dan Chalaqrat. Suatu hari mereka mencari Ikan dengan orang ramai tapi mereka tak dapat apa-apa. Selepas mendapat Ikan, mereka pun pulang dan tinggal Enggaq dan Chalaq sahaja.

    Tiba-tiba dua orang bidadari menggelar diri Kumang dan Lulong menjelma dan memberi mereka seorang anak lelaki baru lahir. Anak itu diberi nama Brauh Ngumbang. Dari itu Enggaq dan Chalaq menceritakan bagaimana pakaian yang dipakai oleh dewi Kumang dan Lulong.

    Ini Siau nusi pasal gamal Kumang seduai Lulong nitihka dipeda Enggaq enggau Chalaq. “Orang tuai nusi, uchu, tak bekepelik aja barang pirak ba tubuh Kumang seduai Lulong, berandus aja ambih tubuh, berinda aja ba atas sanggul, pala.”

    Diketahui umum juga, dewi Kumang dan Lulong tak memakai pakaian yang murah-murahan. Mereka sejenis dewi yang boleh mendapat apa sahaja dengan mudahnya melalui kuasa ahgaib mereka sendiri. Oleh itu benda yang dipanggil Iban zaman dahulu yang berkilat-kilat kat pakaian Kumang dan Lulong itu bukan perak malah Emas Putih. Suku kaum Iban masa itu tak erti emas putih mereka hanya mengetahui perak sahaja logam yang berkilat-kilat. Disini kita boleh menganggap kos pakaian Kumang dan Lulong ini mesti menjangkau jutaan.

    kedua ini juga berlaku di Merakai di zaman dahulu kerana ada seorang lelaki bernama Garai @ Menggin berkahwin dengan anak Dewa Sengalang Burung yang bernama Dara Tinchin Temaga.

    Dari cerita suku kaum Mualang dalam visi Melayu menceritakan, pada suatu hari Garai menyumpit burung. Tiba-tiba seikor burung disumpit nya jatuh. Burung itu hilang tak kelihatan tapi kain kesumba yang berwarni-warni djumpai Garai di tempat burung itu jatuh. Kain kesumba itu dibawa Garai pulang ke rumah panjang.

    Beberapa hari kemudian, datang seorang bidadari memberi tahu namanya Dara Tinchin Temaga anak kepada dewa Sengalang Burung mencari kain kesumba nya. Disebabkan itu, dia kahwin dengan Garai. Semasa tinggal di rumah panjang Garai, dia sering memakai pakaian yang kelihatan berwarna-warni, berbunga-bunga lazimnya seperti tangguo. Mereka mempunyai seorang anak bernama Surung Gunting sebelum dewi itu pulang ke pangkuan bapa nya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.