Header Ads

#TeamNismilan Raya Di Perantauan

Orang dah habis upload gambar raya. Saya baru ada mood nak upload sekeping gambar di pagi hari raya 1 Syawal. #teamnismilan raya di perantauan lagi tahun ni dalam mood PKP. Konon boleh raya balik kampung husband kat Kuala Pilah. Sekali rentas daerah pun tak boleh daaaaa...

Raya tahun ni saja saya pilih tema baju raya warna ceria. Warna bukan favourite atau lebih tepat lagi warna yang saya tak suka. Tapi sekarang dah mula suka dengan warna yang ceria, warna kuning dan oren. 

Hidup kena ceria dan seseekali kena jugak berubah angin. Walaupun suka pink, tak kan setiap tahun warna pink?

Nak acah acah sama tema warna Mira Filzah dan Wan Emir uniqlo raya 2021. Sama tang warna baju je lah ye. Mujurlah saya ada beli sepasang baju kurung kedah Shashalista. Kena pulak warnanya dengan baju tunic orange tu. 

Baju kurung kedah saya simpan, pakai kain dulu. Esok esok baju boleh pakai kemudian jadi sepasang baju baru pulak. Atau boleh je baju tu nanti mix and match dengan seluar.

COV-EID 2021 #fizaidil
boomerang, then convert video to gif

Tudung saya dah beli siap siap beli online butik Al humaira masa sale. Jimat lebih! Basic essential in moss rose, tak berapa nak matching janji nampak sesuai je lah. Kain sampin kita pakai sampin masa nikah je lah. Itu je lah dok recycle setiap tahun.

Tak berapa nak warna sedondon tahun ni. Carca merba selari dengan mood yang tengah upside down. Tapi tetap raya diraikan dengan mood happy di 1 Syawal. 

Pada yang bertanya mana baju raya, baju raya warna apa. Ni dia tema baju raya saya tahun ni, Kuning dan oren. Tahniah kalau ada yang teka tepat. Tapi tak ada hadiah lah ye. 

Seronok tengok gambar raya masing-masing mengikut tema dan bermacam gaya. Dah tak tahu nak gaya apa dah. Saya ambil gambar guna wireless bluetooth remote camera. Nak guna self timer macam penat nak pegi balik pergi balik tengok gambar okay ke tak. Senang guna remote je. Boleh cari kat shopee. Murah murah je. 


Warna viral baju raya 2021

  • Marigold (#EAA221) is a yellow-orange color
  • Cerulean (#007BA7) is a shade of blue ranging between azure and a darker sky blue
  • Rust (#B7410E) is an orange-brown color resembling iron oxide
  • Illuminating (#F5DF4D) is a bright and cheerful yellow sparkling with vivacity
  • French Blue (#0072BB) is a beautiful smokey, grey blue
  • green ash (#A0dAA9) is a medium light shade of green
  • burnt coral (#ED8A81) is a warm peach color that is bright and inviting
  • mint (#3EB489) fresh and icy, mint is a light, vibrant shade of green
  • Amethyst Orchid (#9164AB)is primarily a color from Violet color family. It is a mixture of blue magenta color.
  • raspberry sorbet (#A4445A) is a shade of pink-red
Saja share warna viral baju raya 2021. Ada yang sama tema ke?

هناك 36 تعليقًا:

  1. Mood raya di perantauan yee... Sian jgk nama je dlm n9 tp still x leh nak rentas daerah kan... Bertabah je la ye.. Pape pun.. Kita suka warna2 terang.. Thn ni kita tetiba pakai warna malap hitam putih suci bersih haha

    ردحذف
    الردود
    1. bertabahlah kita tak boleh nak merentas. hehe..tahun ni unplanned tema gitu :)

      حذف
  2. tema kami raspberry sorbet rupanya..hihi..Main bedal je beli ikut kaler beg sandang yang duk usung ke hulu hilir tu sebab malas nak pikir..

    ردحذف
  3. Selamat hari raya, Fiza! (raya kan sebulan...hehe) raya musim pkp ni memang gaya mix&match je la kan, pastu duduk umah...hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat hari raya. Yaa raya sebulan kita. Itulah kan duduk rumah je lah raya kali ni :)

      حذف
  4. Selamat hari raya k.fizah.Tak kisah lah caca merba sekalipun,ni baru betul-betul hipster!!...by the way warna meriah macam aiskrim [kat kepala dah terbayang aiskrim rasbery dengan durian,dap emmm...]

    ردحذف
    الردود
    1. heheh..janji meriah raya..uishh sampai terbayang aiskrim rasberry dan durian sedap :)

      حذف
  5. Saya punya tema warna hari tu French Blue kot..

    ردحذف
  6. Saya satu famili pun takde tema. Pagi raya baru decide nak pakai mana. Comel warna oren dan kuning. Harap dapat bangkitkan mood raya Fizah

    ردحذف
    الردود
    1. lagi ekpress last minit tu sal. okaylah janji kita raikan raya gitu :)

      حذف
  7. Ikut perkembangan, akak guna baju lama warna green ash.
    Oh sipi-sipi betul. Ada warna kuning juga.
    Hehe terima kasih tunjuk.

    ردحذف
    الردود
    1. green ash cantik kak. hehe..ada lah sipi sipi mengena tekaan akak tu :)

      حذف
  8. Sama la kita, tak sedondon. Tapi masih match.
    Akak pun setup tripod siap2, pegang wireless bluetooth je utk snap pic.
    Buat mcm2 gaya, tapi untuk tatapan sendiri la. Yang tayang awam kita kasi yang biasa2 aje..hehe

    ردحذف
  9. Tak apa kak fiza caca marba, mood beraya pun kelaut disebabkan raya dalam pkp huhuhu.
    Tahun ni banyak warna light blue / baby blue theme baju raya kalau yang lalu di instagram or facebook saya

    ردحذف
    الردود
    1. Kann..perasan gak tu banyak nampak warna light blue/baby blue kat medsos :)

      حذف
  10. Pakai baju raya pun tak dapat ke mana2.
    untuk bergambar ajelah.

    ردحذف
  11. akak x banyak gambar raya...2-3 keping je..x macam selalu sebab mood raya xde...plan asal nak beraya dengan family adik no 3 dan 4, last2 diorang pun tak balik

    ردحذف
  12. wak pon xde tema baju rumah.,. raya koboi je tahun ni., ;p

    ردحذف
  13. selamat hari raya... semoga bahagia sahaja tak kira di mana jua kita beraya...

    ردحذف
  14. saya sebenarnya tak suke kalau raya pakai baju sedondon, dah nampak mcm kumpulan nasyid plak, tak pon kumpulan boria.

    ردحذف
  15. Selamat Hari Raya. Tahun ni raya baju tema jalur light grey dan sehelai lagi (tak sempat pakai langsung) warna warm peach color

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat hari raya. Cantik tema tu, dah usha kat blog :) takpe, yang tak pakai boleh pakai next time :)

      حذف
  16. Dah tah tahu nama pilih tema warna baju raya hehehehee. Pakai sajalah baju raya tahun lepas yang tak sempat dipakai tu.Warna baju raya Fiza nampak serinya!

    ردحذف
  17. Selamat Hari Raya again!!! hihi Nampak simple tapi nice.. saya x berani pakai oren.. sebab rasa x sesuai ngn badan.. Muahahaha.. Harap harap esok bangun tidur, Covid dah hilang.. Letih lah hari hari mimpi ngeri...

    ردحذف
  18. Selamat Hari Rayal, Fiza! Cantik padanan warna baju raya kalian berdua.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.