Tiba-Tiba Dah Bulan Mei. Selamat Hari Pekerja 2021

Tiba tiba dah bulan mei. Lupa yang sebenarnya bulan april 30 hari je. Bulan mei berapa hari pulak? Bulan mei 31 hari. Ingat dulu guna kaedah guna lekuk jari buku lima. Ingat lagi tak? Itulah kaedah paling mudah nak belajar dan ingat zaman sekolah dulu. Berguna sangat guna kaedah tu.

Apa yang menarik dalam kalendar bulan mei 2021 tahun ni. Masing masing mesti tak sabar nak sambut raya. Ye, raya di perantauan pun kena raikan dengan meriah juga.

Amacam persiapan raya? Kuih raya, baju raya, tudung raya, kasut raya, beg raya, kereta raya, rumah raya.. hebatlah tu kalau semua nak tukar baru sempena raya.

Saya baru beli sepasang je baju raya. Tahun lepas ada sepasang lagi tak pakai. Tiba tiba rasa baju raya tu akan function untuk ambil gambar pagi raya je.

Oh ya, pembayaran BPN bulan mei juga ada disalurkan dalam akaun masing masing. Tarikh bayaran bpn bulan mei saya tak pasti tarikh sebenar. Siapa yang dapat tu nantikan saja. Boleh digunakan untuk persiapan raya nanti atau keperluan lain.

Bulan Mei 2021
Hope : Hey, Me! Once upon a time you were a little girl with big dreams that you promised you'd make real one day. Don't dissappoint yourself.
Hurry, chase your dream now before it is too late!


Cuti Umum Bulan Mei 2021

1 Mei (Sabtu) : Hari Pekerja (Semua Negeri)
2 Mei (Ahad) : Cuti Hari Pekerja (Kelantan & Terengganu)
13 Mei (Khamis) : Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
14 Mei (Jumaat) : Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
16 Mei (Ahad) : Cuti Hari Raya Aidilfitri (Johor & Kedah)
22 Mei (Sabtu) : Hari Hol Pahang (Pahang)
26 Mei (Rabu) : Hari Wesak (Semua Negeri)
30 Mei (Ahad) : Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah)
31 Mei (Isnin) : Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah)

Hari pekerja tahun ni jatuh pada hari Sabtu dan hari sabtu memang cuti bagi yang memang cuti hari sabtu. Jadi tak memberi kesan sangatlah makna cuti tu. 

Kalau jatuh pada hari jumaat untung juga ada cuti 'long weekend'. Apapun selamat hari pekerja dan selamat bercuti.

Tema hari pekerja 2021

"Pembudayaan norma baharu dalam dunia pekerjaan sejagat"

kalender bulan mei
No matter how your heart is grieving,
If you keep on believing,
the dream that you wish will come true
-Cinderella

Semoga kehadiran mei dapat memberikan kita semangat baru dan semoga yang baik-baik je di hari yang mendatang. Aaminn... 

16 comments:

  1. Kann, pejam celik pejam celik dah masuk bulan May.
    Ingat! Memang dari kecik selalu pakai kaedah lekuk jari buku lima hehehe. Senang nak ingat.
    Hahaha betul kak fizah, baju raya tu function di pagi hari je sekadar untuk bergambar, nanti dah siap bergambar terus tukar uniform hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Nanti kejap je dah June pulak. Senang kan guna kaedah tu. Bergambar pun kejap je. Nak beraya pun tak tahu nak kemana je boleh pergi. huhu..sedih pulak

      Delete
    2. Kannn, nak beraya pun tak tahu nak kemana. Last last duduk rumah jelah hahaha. Tengok drama raya

      Delete
  2. Begitu cepat masa berlalu.. Rasa baru sahaja masuk tahun 2021.

    ReplyDelete
  3. Memang sekejap masa berlalu. Alhamdulillah ada juga Fiza beli baju. Persiapan keluarga akak, semalam beli sarung sofa. Ada buat kerepek pisang. Kuih raya belum ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli saja stand by je tu kak. Beli last minit nanti takut tak ada pilihan pulak. Alhamdulillah raya vibes datang dah tu. Dah tukar sarung sofa dan buat kerepek tu kita kuih raya juga tu :)

      Delete
  4. Bagi saya yang bekerja full day hari Sabtu, pastu ads cuti hari Buruh pada hari Sabtu semalam, 1 May ,fuhhh.. amat lah bermaknaaa...Rasa jugak cuti yg panjang.. hehe..

    ReplyDelete
  5. ohh baru tahu kalo jatuh hari sabtu, tak diganti ke hari Isnin untuk negeri2 yang kerja isnin - jumaat..johor memang tak la sebab tak jatuh hari jumaat...

    ReplyDelete
  6. Cepatnya masa berlalu dh nk raya..

    ReplyDelete
  7. tak best hari pekerja jatuh hari sabtu, tak dapat cuti.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Banyak cuti bulan Mei. Sayangnya macam tak ada peluang bergerak luar kawasan.

    ReplyDelete
  9. dua tahun ni , tak rasa nikmat hari hari pun kan...

    ReplyDelete
  10. wpn thn ni x dpt blk raya lg tp sy dah amik cuti raya siap2 kali ni nak raya lama sket hehehe wpn ddk kt rumah je hahahah

    ReplyDelete
  11. Shida masa ni msh btgkus lumus niaga kat bazar..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.