Al Fatihah Untuk Uwan

Malam tadi sesudah makan malam tengah sambung layan movie, telefon rumah berbunyi. Kami berpandangan sesama sendiri sebab macam dapat jangkakan ‘sesuatu’. Handphone kami dalam bilik. Kebiasannya yang telefon rumah mak je bila tak dapat call handphone.

Oh ya dan scammer yang tak bijak menipu suka jugak call telefon rumah. Mana dia dapat nombor pun tak tahu lah. 

Bila husband angkat call, saya dapat rasakan sesuatu dah. Ada berita yang kurang baik. Husband letak je phone, dia bagitau uwan dah meninggal. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Al Fatihah

Kami ‘kaku’ dan blur sekejap tak tahu nak buat apa. Semua serba tak kena. Dalam kepala tak tahu nak fikir apa. Sedih tu jangan cerita lah. 

Lepas solat isya kami baca surah Yaasin untuk uwan. Kalau tak kerana COVID-19 dah berdesup balik kampung. Pakcik dah uruskan panggil MA Hospital untuk pengesahan dan buat repot polis. Dengan repot yang ada, pukul 1pagi husband pergi hospital untuk dapatkan surat rentas daerah. 

Syukur dapat kebenaran tapi husband balik sorang je. Itupun dah banyak soalnya pulak.

Ikutkan lepas tu husband nak balik tapi pakcik bagitau pihak hospital datang nak bawak ke hospital untuk test COVID-19. Dengan lengkap PPE penuh pihak hospital datang ambil jenazah uwan bawa ke hospital. Kene ikut SOP juga walaupun uwan baru je keluar hospital beberapa lepas dah check tak kena COVID pun. SOP tetap SOP.

Bila hospital dah ambil tugas, fahamlah prosedur dia akan ambil masa. Keputusan dia tak tengahari atau petang. Kalau negative boleh uruskan sendiri. Kalau positive hospital akan uruskan semuanya.

Jadinya buat masa sekarang menunggu keputusan dari hospital dulu. Semoga dipermudahkan segala urusan harini. 

08.09.1931-13.06.2021
09:40pm
Kuala Pilah

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

Al Fatihah untuk uwan, Kamariah Binti Ujang

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Kali terakhir saya jumpa uwan bulan March lepas. Masa tu boleh rentas daerah dan dapat balik kampung. Uwan sihat macam biasa sembang sembang semua. Sebulan dua ni kesihatan dia merosot dan seminggu dua ni keluar masuk hospital dan tak boleh makan apa-apa kecuali minum air susu menggunakan tiub.

Husband je yang dapat jumpa uwan akhir akhir ni sebab uruskan perubatan uwan. 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Result negative dan jenazah uwan dibawa ke tanah perkuburan pada 2:30 petang. Dah siap mandi dan dikapankan di Hospital. Solat jenazah di surau tanah perkuburan. Cuma 12 orang dibenarkan ada di kawasan perkuburan.


18 comments:

  1. Salam takziah fiezah n husband... semoga arwah uwan ditempatkan di kalangan mereka yang solehah...

    ReplyDelete
  2. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

    ReplyDelete
  3. Innalillajiwainnahirajiun. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. inna lillahi wa inna ilayhi roji'un. Takziah buat seisi keluarga

    ReplyDelete
  5. Alfatihah. Salam takziah untuk kak fiza dan keluarga.
    Semoga uwan ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah fiza, semoga roh uwan bersama orang2 beriman 😭

    ReplyDelete
  7. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah untuk arwah Uwan..semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

    ReplyDelete
  9. salam takziah fiza..huhuu byk bersabar dan berdoa utk uwan di alam sana..
    AL Fatihah (dibaca) utk arwah uwan fiza.

    ReplyDelete
  10. Alfatihah. Salam takziah Fizah dan husband ye

    ReplyDelete
  11. al fatihah.. Smoga ditempatkan dikalangan org beriman.. ameen..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah dipermudahkan.. takziah fiza. Moga rohnya dicucuri rahmat.ameen.

    ReplyDelete
  13. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn. Salam takziah buat Fizah dan suami.
    Dalam suasana wabak mengganas begini, macam-macam cerita sedih menimpa. Tabhkan hari, dan banyakkan bersabar. Moga arwah Wan ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. Takziah husband n akak sekeluarga.. Moga tabah seluruh ahli keluarga.. Amin untuk segala doa... moga dipermudahkan urusan di dunia 'sana' kelak. Amin

    ReplyDelete
  15. Salam takziah buat fiza, semoga roh uwan ditempatkan bersama roh para solehin.. Aamiin..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.