Bila Nak Sampai Tak Tahu Lah
Ya, memang benarlah penantian itu satu penyeksaan. Sakitnya tu disini menunggu parcel yang entah bila nak sampai tak tahu lah. Parcel 1 seller laju post, ikutkan hari ni pos esoknya dah sampai. Sekali dia stuck terus kat J&T NSN Gateaway sampai ke hari ni tak sampai-sampai lagi.
Banyak parcel stuck terperam kat J&T NSN Gateaway. Nak pergi self collect memang tak boleh sebab kat situ gudang, parcel belum sorting lagi untuk transfer ke branch. Plus, musim COVID-19 ni memang tak dibenarkan ke sana.
Dengar kata tutup 7 hari bermula 16 Jun sampai 22 Jun. Tapi tak ada juga any update tracking number. Nampaknya kena tunggu lagi lah jawabnya. Katanya mereka pun tengah usaha hantar barang-barang yang makin hari makin menimbun tu.
Waktu operasi pun sampai pukul8 malam je. Tak boleh kerja lebih masa dan pekerja pun tak cukup bila dah ramai positive COVID-19. Jadinya bila jadi macam ni kena banyakkan bersabar lah tunggu parcel sampai.
Paling kesian bila barang yang dipos barang makanan. Tahu tahu dapat makanan tak elok dah. Ada juga parcel yang dah rosak. Mujurlah saya beli barang yang tak berapa urgent. Harap harap sampai dengan selamat dan masih elok.
Katanya Shopee dah kembali boleh pilih courier. Tak tahu lah tu. Bolehlah kita pilih courier mana yang lebih baik buat masa ni. Tapi rasanya macam kena pause juga shopping online. Biar reda dulu mana mana courier service.
Updated :
28 Jun 2021
Dua dua parcel, out for delivery. Tunggu punya tunggu tak muncul juga. Ingatkan dorang ada buat delivery sampai malam. Tak mungkinlah sebab sampai 8malam je kan. Redha je lah tunggu esoknya.
29 Jun 2021
Dua dua parcel sampai waktu yang sama. Parcel dua dua dalam keadaan selamat dan elok cuma ada beberapa items crack sikit.
Dua dua parcel, out for delivery. Tunggu punya tunggu tak muncul juga. Ingatkan dorang ada buat delivery sampai malam. Tak mungkinlah sebab sampai 8malam je kan. Redha je lah tunggu esoknya.
29 Jun 2021
Dua dua parcel sampai waktu yang sama. Parcel dua dua dalam keadaan selamat dan elok cuma ada beberapa items crack sikit.
Akak punya aritu lagila orgnya pos 10hb 21hb xsampai lagi, sampai laki akak wassap jnt baru esoknya dia hantar... gila lembab kalau jnt ampang ni geraam
ReplyDeletej&t ni mmg buat hal skrg.. kakmim siap komplen ari tu lepas tu br nmpk status bergerak utk delivery.. hari ni br status delivery 1 lg parcel yg stuck dr 14 jun... mslhnya dh sampai kuching dh cuma masih jadi pekasam oleh j&t ni.. hahaha
ReplyDeleteSsmoga dipermudahkan segala urusan .
ReplyDeleteSabar menanti selagi boleh bersabar.
ReplyDeleteKak Amie pun pernah terseksa dalam penantian. Order bahan makanan. Bila sampai sudah tumbuh kulat. Bagi tahu pengirim, dia kata nak buat macamana, bukannya dia tahu benda tu lambat sampai. Huurrmmmm!
J&T suka bt hal. Paling geram tu main baling parcel. Tak boleh panggil elok2 dan bg ke tangan penerima ke.
ReplyDeleteHaraplah sampai cepat sikit
ReplyDeleteYa Fiza, derang tutup sebab ada yang positif.
ReplyDeleteKami kat sini pun pernah kena gitu (kurier lain). Ingat kenapa la senyap je dah seminggu, call tak angkat.
Pastu pergi la ke tempat dia, baru tau tutup sebab covid. Kena tunggu dia delivery ikut turn, tak boleh datang ambil sendiri sebab dah berlambak sangat.
sama la kite. Tak sampai sampai parcel. Outbound dri SGR Gateway tu berhari dah tapi x sampai2. Risau pula takut rosak je..
ReplyDeleteSetakat ni, j&t perak ok lagi. Hari ni beli, esok dah sampai. Courier lain pun ok lagi, termasuk citylink. Mungkin kes covid kat negeri sembilan tu, tinggi, kot Fizah. Benda pun di luar kuasa kita. Harap bersabar, ye.
ReplyDeleteCabaran tunggu barang yang dibeli. Selagi tak sampai selagi tulah risau.
ReplyDeletejnt bkn skrg hold dl ke operasi dia...lebih2 lagi kat sban sbb kek covid tu kan...
ReplyDeleteHaah kak fiza, haritu ada terbaca gak ada staff j&t yang positif, sebab tu banyak barang tergendala. Apa apa pun semoga selamat sampai barang kak fiza. Frust menonggeng kann tunggu parcel yang tak kunjung tiba ni huhuhu :')
ReplyDeleteSama la..hadiah2 akak yang lain semua x sampai- sampai lagi...masih stuck kat J&T yang sama...
ReplyDeleteI feel you.. jnt branch sama
ReplyDeleteBoleh pilih dah ke? Baguslah macam tu. Musim pkp ni semua benda pun menuntut kesabaran
ReplyDeleteKalau post barang makanan kan nyaya
ReplyDeletebengang khannns
ReplyDeletebawak2 bersabar yer...
ReplyDeletehuhuu..lagi2 kalau brg urgent mmg stress huhuuuu ^^
ReplyDeleteApa parcel tu buat lama-lama kat situ? Camping ke? 😁 Sabar banyak-banyak ya, Fiza.
ReplyDeleteMemang frustrating kan bila parcel kita sangkut begini...
Kalau pos dari Johor ke Johor baru ni, guna J&T masih ok sikit . sy pos harini, esoknya sampai dah.. Laju gila .
ReplyDeletecourier services company sekarang tengah struggle jugak sebab barang terlalu banyak untuk dihantar + staff pun tak ramai atau mungkin ada alasan mereka tersendiri. semoga barang sis selamat sampai dengan keadaan yang baik.
ReplyDeleteApa yang Fiza beli? Dugaan waktu begini laku perkhidmatan kurier jadi tidak cukup kakitangan.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat sudah. Memang akan rasa lega.
Stress betul tak boleh pilih courier sekarang nie bila membeli..
ReplyDeleteMUjurlah barang fiza dua2 selamat sampai..