Buah Jambu Batu Tanpa Biji @Guava Seedless
Stok buah kehabisan. Nak beli buah rock melon tak jumpa-jumpa. Buah epal hijau dah biasa makan. Tiba-tiba teringat dah lama tak makan buah jambu batu. Terpandang serbuk asam beli jeruk mangga susu masih ada lagi. Macam sedap je pulak makan dengan jambu batu, kan?
Alang-alang husband keluar membeli barang, listkan sekali buah jambu batu. Tengok tengok dia beli guava seedless atau bahasa melayu dia jenis jambu batu tanpa biji. Tak pernah rasanya makan buah jambu batu tanpa biji.
Husband main hentam beli. Janji ada membeli untuk isteri dia ni. Sebenarnya saya nak jambu batu yang biasa tu je. Dia pun first time beli buah jambu batu. Tak tahu nak beli yang mana katanya. Dia ambil guava seedless ni je lah. Tak kisahlah janji jambu batu.
Buah tanpa biji ni mahal sikit. Kira premium, saya expect rasa pun premium. Tapi silap jangkaan saya. Isi buah jambu batu ni agak lembik tak rangup macam jambu batu biasa tu. Ada juga bijinya pun. Tapi mudahlah tak perlu susah payah buang biji.
Nampak macam rangup tapi tak ye. Ke sebenarnya dia sejenis kurang rangup macam jambu batu biasa? Tak rangup pun habis juga saya makan sorang. Syukur ada rezeki dapat makan. Sekali makan, sebiji saya habiskan taburkan serbuk asam tu. Sedap betul!
Sila jangan tiru makan dengan asam, dia akan jadi makanan kurang sihat. Sesekali craving boleh dimaafkan tak? Hihi...
Harga 4 biji buah jambu batu tanpa biji RM8.63. Sebiji RM2 lebih. Boleh tahan juga harga dia. Buah jambu batu tanpa biji ni bentuk bulat tak macam jambu batu biasa yang lebih lonjong sedikit.
Baru tahu buah jambu batu ni boleh ditanam dalam pasu sebab pokoknya renek rendang macam tu. Ada yang bercita cita nak tanam buah jambu batu, boleh mulakan menanam.
Sekali sekala makan takpe kak fiza, dimaafkan :P
ReplyDeleteHihi..kurang feel mengunyah tu sikit sebab tak rangup.
Deletesuka yg ni sbb dia lembut hahaha.. dah tua2 ni takut gg goyang makan keras2 wkakakakka :D
ReplyDeleteOhhh terbalik pulak kita. Hihi..ado laie gigi tu :)
DeleteDi R&R Tapah banyak jual seedless guava ni. Selalu kami singgah beli di sini. Kami panggiljambu Tapah hehe .. Buahnya rangup & manis, sedap digigit gitu je. Macam jambu batu biasa juga
ReplyDeleteAkk rasa mungkin buah yg husb fiza beli ni buah lama kot, sbb tu lembik.
Ohh sana kaya dengan buah buahan lokal yang rare kan.
DeleteTak pasti buah lama ke apa, 2 kali beli sama jugak rasa dia. Memang jenis lembik sikit kot rasanya.
Jambu ni memang mahal sikit.Tapi sedap.Kalau rendam dalam air ais,rasa dia jadi crunchy jer bila makan.Kena pulak tu cicah dengan serbuk asam.memang layan lah.
ReplyDeleteOh ye ke? Bolehlah cuba kalau beli lagi nanti. Kena makan dengan serbuk asam baru sedap layan.
DeleteMakan dengan serbuk asam. Sedap
ReplyDeleteItu sudah pasti :)
DeleteRasa mcm tu tp harga boleh tahan ye..atau kena pndai pilih buahnyee. Jambu ni shida kurg mkn skali boleh la..pernah beli kat pasar jambu batu manis..sedap rasa manis dia..mkn begitu saja :)
ReplyDeleteAgaknya lah tu kena pilih pilih jugak. Tapi yang dah siap balut tak dapatlah nak membelek. Kalau dapat yang sedap tu best lah makan macam tu je.
Deletesedapnya slu duk mkn sejak mengandung...
ReplyDeleteOh ye? Bagus juga makan buah jambu. Banyak khasiatnya.
DeleteKecoq ayaq lioq teringat jambu batu sejuk cicah serbuk asamko 🤤
ReplyDeleteHihi..nampaknya kena membeli buah jambu dan asam ni nanti.
DeleteAlamak teringin pulak. Tapi cecah sambal gula belacan pedas >.<
ReplyDelete00:29am | Mini Purse
Kecur pulak cakap gula belacan pedas tu. Yang tu biasanya makan dengan mangga muda sikit. Bertambah kecur air liur camni. Huhuhu...
DeleteSusah penanaman dan penjagaan pokok jambu tanpa biji ni berbanding jambu batu biasa.
ReplyDeleteOhh ye ke wak. Jenis seedless memang mahal pun sebab macam wak cakap tu lah susah nak tanam dan jaga.
Deletekakmim suka pink guava.. hehehe... manis selalunya
ReplyDeletePink guava lagilah susah nak jumpa kakmim. Saya tak pernah lagi kot makan fresh guava pink tu.
DeleteKalau kat pasaraya ni cepat je habis.
ReplyDeleteSebab ramai cari yang seedless kot senang nak makan
Deletekadang ada yang ranggup dik, kalau lembut selalunya dia macam dah masak gitu... sebab biasa jugak beli yang ranggup... dia sedikit keras
ReplyDeleteYang rangup seedless tak jumpa lagi. Beli 2 kali dah sama jugak agak lembik. Dah masak lah tu agaknya kan.
DeleteOklah kalau tak rangup sangat, orang tua takde gigi and kanak-kanak mesti suka. Nak try la nanti, tapi rasanya mesti jarang ada.
ReplyDeleteUntuk mereka okaylah kan. Kat rumah ni saya berdua je. Itu yang prefer yang rangup lagi. hihi
Deletefavorite busyra ni... sedapnyaaa..
ReplyDeleteFavourite saya jugak. Sedapkan! Lagi lagi lama tak makan
DeleteSedapnyaaa. Da lme xmakan buah nii.. agaknya percenaan pon dah xelok nii..
ReplyDeleteSedap! Haaa kena makan buah buahan baru okay penghadaman.
DeleteSedapnya . Selalu kalau pergi bercuti wajib singgah RnR tapah . Jambu sana besar2
ReplyDeleteSedap sesekali makan. Kat situ memang kaya dengan buah jambu kan
Deletesedappp
ReplyDeleteYep, sedap!
DeleteSedap, lama tak makan jambu
ReplyDeleteMemang sedap buah jambu batu ni. Cuma tu lah kurang rangup sikit
DeleteHahahaa... samalah dengan suami Kak Amie, main hentam jew kalau beli apa-apa. Tapi terpaksa terima sajalah sebab tak ikut sama membeli. Jambu tanpa biji memang senang nak makan, lebih lembut dan kurang rangup. Sedap juga kan.
ReplyDeleteHihi...asalkan beli dan ada gitu dari tak ada kan. Sedap jugak even kurang rangup sikit.
DeleteSedapnya..dapat pula yang rangup. Dah lama tak makan jambu tanpa bijik ni
ReplyDeleteSedap tu kalau dapat yang rangup seedless ni.
DeleteBuah buahan yang seedless ni harga selalu camtu gayanya.. macam anggur tanpa biji, mahal boleh tahan.. tapi tuhla . memudahkan proses waktu makan... haha.. Pssst.. sesekali taruk asam takpa... sy suka je dedua.. ada asam or not.. hhhh
ReplyDeleteYep, betul tu. Jenis seedless memang mahal sikit. Faham sebab premium dan mudah makan. Nak tanam dan jaga pun susah. No wonderlah mahal. Sedap juga makan begitu je tanpa asam.
Deletesedapnyaaaaa cicah asam ....lama tk jmp buah jambu....
ReplyDeleteMakan dengan asam memang sedap!
Deleteakak beli jga smlm Rm10 dpt 6 biji je
ReplyDeletememang suka buah ni he hee
Murah tu kak. Boleh makan hari hari
Deleteakak suka yang lembut..kekadang, yang masih rangup tu sengaja biar lama2 tak potong makan, nak bagi dia lembut hahahahhaha
ReplyDeleteOhhh macam tu pulak. Terbalik pulak kita. Hihi
Deletefeveret aida ni.
ReplyDeletekalau dulu ke famili store, ada seedless guava,mesti beli.
suka. cicah asam la, fiza, baru syok :) hi hi hi...
Saya tak jumpa lagi seedless rangup. Kalau ada best makan rangup rangup cicah asam.
Deletesedapnya. lama sungguh tak makan dengan asam2 ni.
ReplyDeleteMemang sedap sesekali makan bila dah lama tak makan. Makan dengan asam lagi sedap
DeleteBaru tahu ada jenis kurang biji.
ReplyDeleteAda kak. Kalau jumpa boleh cuba beli.
DeleteSha pun lebih suka yang ada biji.. Lebih rangup tapi kalau tak ada, yang nie pun okay je.. hehehe.. Sedap pula kalau dapat makan jambu.. hehehe
ReplyDeleteYang ada biji tu memang rangup baru sedap makan dengan asam. Kena mencari buah jambu batu pasni KakSha.
DeleteLama tak ke RNR, lama tak makan jambu ni, rindu..
ReplyDeleteSejak PKP ni lagilah tak menjengah RnR kan kak. RnR pun mesti tak semeriah dulu. Kena mencari kat mall jugalah nampaknya 😊
Delete