Cerita 30 Jun Birthday Si Dia
30 Jun, Happy birthday husband! Dah plan harini beli kek. Ikut kebiasaan beli sehari awal untuk celebrate tepat jam 12:00 30 Jun. Tapi sebab semalam mak mentua dan adik ipar belikan brownies red velvet.
Tak jadi lah nak membeli petang semalam. Bukan dapat browies je dapat buah durian dan buah mangga jugak. Alhamdulillah...
Setelah sekian lama husband kata nak makan aiskrim, kita pun tunaikan lah selera dia sempena birthday. Beli kek aiskrim Baskin Robbins. Tahun lepas sempat juga celebrate staycation kat Bayfront PD. Tahun ni celebrate kat rumah. Kita kita je lah.
Husband pilih kek design Happy Pinwheel Red, flavour aiskrim Cookies n Cream. Kalau ikut taste saya paling favourite mint chocolate chip. Last makan aiskrim Baskin Robbins ni masa birthday saya tahun lepas.
Macam biasalah nak makan kek aiskrim ni kaedah nak makan dia cedok je senang. Sedap flavour aiskrim cream n cookies ni.
cream n cookies
Vanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.
Ada pulak beberapa ketul biskut oreo red velvet favourite saya. Memang sukalah dengan design dan flavour aiskrim tu. Ngam dengan selera kami berdua. Tak salah pilih.
Harga dan flavour yang ada, sila lah rujuk website Baskin Robbins : https://www.baskinrobbins.com.my
Harini agak sibuk sebenarnya, dah malam baru nak update. Semalam nak basuh baju, tiba tiba plug tak boleh switch on pulak. Jammed keras switch off je. Bila dah dapat ON, tak function. Adeh, kena tukar switch & socket baru nampaknya. Extension panjang tak ada pulak.
So harini, alang alang keluar nak beli barang. Beli kek sekali. Sekali bateri kereta kong daaaa.. Baru je sembang pasal bateri kereta macam dah nak kena tukar dah. Lain macam bunyi dia. Bateri dah 2 tahun dah. Sekali harini masanya pulak kena tukar. Syukurlah kejadian berlaku kat rumah.
Husband capai helmet naik motor pergi beli bateri kereta dulu. Pasang sendiri kat rumah. Mujurlah ada kemahiran pasang sendiri. Sebelum ni pandai pasang sendiri belajar kat youtube je. Sama juga cuci aircond sendiri tengok kat youtube. Jimat dah kat situ.
Settle pasang bateri kereta. Pergi cari kedai hardware dan elektronik semua tutup pulak. Non essentials jugak eh? Sudahnya pergi Mr. DIY. Nasib juga section tu dibuka.
Beli sekali spare part tanki flush toilet sebab leaking. Risau pulak kot bil air melambung pulak. Alang-alang dah keluar tu, baik beli sekali apa yang perlu. Bila dah susah payah buat tak fit pulak bendanya. Switch & socket plug settle dah.
Kesian husband kerja keras harini. Macam macam kerja kena buat sempena birthday. Tambah lagi cuaca panas. Terus jadi auto letih.
Cerita lain, harini kakak ipar dah habis kuanrantin di MAEPS Serdang. Masuk 22 Jun haritu. Abang saya pun dah habis kuanratin di PPUM. Anak anak buah pun dah habis tempoh pakai gelang di rumah. Alhamdulillah..lega mendengar berita ni.
Semoga yang baik baik je untuk semua orang. Terima kasih semua atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamin...
Alamak sedapnya kek BR tu.. ni ada yang esok g cari ni hahaha
ReplyDeleteBtw, Hepi besday untuk husband Fizah :)
Sedap! Kenalah cari nanti. Hehe...
DeleteTerima kasih KakRet.
kek tuuu nampak menarik and nampak sedap! happy birthday husband Fiza :)
ReplyDeleteSangat menarik dan semestinya sedap Nadya.
DeleteTerima kasih :)
Comelnya kek! Selamat hari lahir untuk suami kak fiza, semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan sihat sihat selalu! Alhamdulillah, dah cabut gelang, semoga dipermudahkan segala urusan kak fiza dan keluarga :)
ReplyDeletememang comel keknya.
DeleteAaaminnn...terima kasih untuk segala doanya Atiqah.
Nampakkk sedapp kek tuu
ReplyDeleteTak pernah order lg dari baskin Robbins ni
Memang sedap! Nanti cubalah.
DeleteKek itu memang sesuai sebab tema merah jambu, eh tapi suami yang minta merah jambu.
ReplyDeleteAduh dugaan. Teringat ulangtahun perkahwinan emak dan abah ada dugaan besar, elektrik terbakar! Siap mengkarung mati kena renjatan elektrik dekat kawasan bekalan elektrik.
Ya Allah moga Allah ganti kesusahan Fiza sekeluarga dengan perkara baik.
P.S: Akak punya telefon yang hantar wad pun butang On ada masalah dah dapat dibaiki/diganti.
Pilih ikut pilihannya :)
DeleteMacam macam dugaan datang.
Allahuakbar..seram betul elektrik terbakar. Mujur tak menimpa sesiapa. Mengkarung jadi mangsa.
Aaminn...terima kasih kak doakan.
Alhamdulillah..masalah handphone akak pun settle dah.
Sedap tengok kek aiskrim Baskin Robbin.
ReplyDeleteKedai hardware buka sini, tapi kedai elektrik ditutup.
Banyaknya ujian di harijadi.
Semoga Fizah dan keluarga baik-baik saja.
Sedap memang sedap. harga dia tak berapa sedap. hihi..
DeleteItulah tu, banyak pulak ujiannya.
Aaamin...terima kasih untuk doanya kak nur.
Cantik ais krim tu.. Selamat hari lahir buat suami kamu.
ReplyDeleteyep, memang cantik.
DeleteTerima kasih :)
Happy Birthday to your husband!!! Moga Allah sentiasa melindunginya, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berbahagialah you both sampai syurga Allah. Amin... Hardware trmpat sy bukak . tapi yg dlm mall tuu
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Alamin...
DeleteTerima kasih doakan kami.
Besar kek tu, terhabis ke 2 orang? Meh pos sini sikit. Hehe. Hepi birthday untuk suami Fizah ye
ReplyDeleteHihi. Habis makan berdua Sal. Aiskrim kan, cepatlah habisnya.
DeleteTerima kasih Sal.
Paling takut kalau kereta mati di tengah jalan! Kak Amie ni memang buta kayu bab-bab kereta hihihiii.
ReplyDeleteHappy belated birthday untuk suami Fizah. Moga sihat-sihat selalu, bahagia dunia dan akhirat. Kek tu, warnanya lembut romatik, isinya nampak lasak heheheee. Kombinasi warna luar dan dalam yang menarik.
Tahu takpe kak Amie. Kereta mati tengah jalan terus mati akal nak fikir camne. Samalah kita buta kayu bab kereta ni. Tahu drive je lah.
DeleteAaminn..terima kasih untuk doanya.
Ya, isinya agak lasak dan luaran yang menarik.
Kek BR semua nampak sedap hehe. Happy belated birthday bt hubby Fiza :)
ReplyDeleteBetul, semua nampak sedap tak tahu nak pilih mana satu kan.
DeleteTerima kasih nina.
sedapnya kek ni. semoga dipermudahkan segala urusan fiza dan keluarga :)
ReplyDeleteMemang sedap!
DeleteAamin...Terima kasih Tiara.
Sedapnya kek aiskrim tu..
ReplyDeleteHappy belated birthday buat husband Fiza..
Memang sedap!
DeleteTerima kasih kaksha :)
Nampak gambar kek terus terjah sini hehe happy belated birthday buat suami Fiza, moga dirahmati Allah swt. Juga buat keluarga Fiza, Alhamdulillah.
ReplyDeleteHihi..tahu tahu sampai sini ye.
DeleteAaamin..terima kasih kak untuk doanya :)