Drama Jangan Ganggu Jodohku
Jangan Ganggu Jodohku, drama melayu bersiri lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae. Drama Jangan Ganggu Jodohku episode 1 mula bersiaran pada 29 November 2021, Isnin-Khamis jam 10:00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Jangan Ganggu Jodohku merupakan adaptasi novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah.
Mula siaran : 29 November 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Orangetree Production
Imran seorang doktor yang berfikiran moden. Sikapnya yang sombong dan riak dengan ilmu perubatan yang dimilikinya. Imran tidak percaya dengan kisah mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang yang warak.
SINOPSIS JANGAN GANGGU JODOHKU
Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya.
Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.
Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!
Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.
Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.
Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.
Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?
DRAMA JANGAN GANGGU JODOHKU
Jumlah episod : 24Mula siaran : 29 November 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Orangetree Production
PELAKON DAN WATAK
- Shaza Bae sebagai Aliza
- Yusuf Bahrin sebagai Dr.Imran
- Norreen Iman sebagai Shahida
- Amerul Affendi sebagai Abu
- Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng
- Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
- Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
- Hasnul Rahmat
- Ku Faridah
- Rosli Rahman Adam
- Azizah Mahzan
- Shah Iskandar
- Zalfa Zin
SINOPSIS JANGAN GANGGU JODOHKU
Mengisahkan tentang kehidupan Aliza (Shaza Bae) yang sering dihantui oleh Saka. Aliza akan bermasalah jika dia berusaha untuk berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya.Aliza mempunyai satu keistimewaan, dia boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu (Amerul Affendi) sejak kecil lagi. Aliza pula telah jatuh cinta pada Doktor Imran (Yusuf Bahrin) yang dibenci oleh Abu.
Imran seorang doktor yang berfikiran moden. Sikapnya yang sombong dan riak dengan ilmu perubatan yang dimilikinya. Imran tidak percaya dengan kisah mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang yang warak.
Mulanya Imran tidak suka pada Aliza tetapi berubah namun selepas dia mula mencintai Aliza. Dia cuba mempertahankan cintanya pada Aliza supaya tidak diganggu oleh Abu.
SINOPSIS JANGAN GANGGU JODOHKU
Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya.
Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.
Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak.

Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.
SINOPSIS NOVEL JANGAN GANGGU JODOHKU
Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.
Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!
Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.
Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.
Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.
Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?
Dari segi sinopsis jalan cerita drama ni macam best . Tak sabar nak tengok
ReplyDeletedrama baru lagi hehee, tak terkejar nk menonton hahaa
ReplyDeleteSelamat menonton dan moga bermanfaat.
ReplyDeleteAkak dah baca novel ni rasanya. Nanti nak tengok ceritanya pula lah.
ReplyDeleteCover novel tu cantik. Boleh la try tengok bila dia tunjuk kat tv nanti. :)
ReplyDeletewah! menarik ni..tapi kol 10 malam..ala takot la nak tengok
ReplyDeleteJalan cerita dia best
ReplyDeleteNovel umie nadzimah ni biasanya boleh tahan jugakkk.
ReplyDeleteSinopsis punn not bad, pasal saka. Macam menarik! :)
Wow.. ini ganti Love Elsa ek... Macam nice ... Siap kena ganggu bagai....
ReplyDeleteTajuk dia memgancam
ReplyDeletetjuk mcm best je..tgok nama pelakon mcm x familiar sgt..sampai google pelakon tu sape..haha..ramai pelakon baru yg x kenal sgt..sis tgok drama msti tgok pelakon dlu..klu pelakon suam2 kuku je mmg x layan sgt drama tu..huhu..pelakon lama jgk best tgok :)
ReplyDeletetajukk diaaa pun wow sgt
ReplyDeleteMenarik ada watak jin juga. Lain sedikit jalan cerita.
ReplyDelete'tajuk dia menarik! adakah sy kenaaa beli novel ni satu. hikhik
ReplyDeleteNovel dia sha dah baca.. best dan kelakar.. macam manalah agaknya drama dia nanti..
ReplyDelete