Gigih Betul 'Dia' Hacking Twitter dan Instagram

Tiba tiba keluar notification twitter "There was an attempt to log in to your account, on Jun 16, 2021 that seems suspicious. Review it now." Masa ni macam, ahhh malas nak fikir sebab kepala pun tengah serabut.

Dalam  masa yang sama, ada jugaklah gelabah dan risau. Terus abaikan je notification tu sebab tengok account twitter okay je tak ada apa yang pelik berlaku. Plus, twitter saya pun tak ada apa yang menarik. Tam pamham akum (baca dengan gaya Daud M).

Apa entah yang nak dicari dan ambil dalam twitter tu pun tak tahulah. Lepas seminggu berlalu 'dia' usaha lagi tu hacking account twitter semalam 22 Jun 2021. Dapat notification yang sama juga.

"There was an attempt to log in to your account, on Jun 22, 2021 that seems suspicious. Review it now."

Saya abaikan juga. Tapi lepas tu dapat pulak notification lain yang betul betul rasa macam kena ambil peduli kejap. 

"There was a login to your account from a new device on Jun 22, 2021. Review it now. "

Ahhh sudah. Ingatkan nak abaikan juga. Sekali 'dia' berjaya jugak ek hacked account twitter saya. Kau dah kenapa gigih sangat ni?

someone logged into my twitter account

Dapat juga notification twitter via email. New login in location dia kat Manhattan guys. Jauh sangat tu. Apa dia cari dan nak tak tahulah. Saya terus terfikir scammer yang saja pedajal lepas tu mintak kita bayar kalau nak dapat semula account. Dah banyak juga kes tu berlaku, kan? 

someone logged into my twitter account

Tahniah lah! Percubaan kali kedua dia berjaya hacked dan saya tak dapat login masuk account twitter tu. Apa saya buat? Saya login guna username yang sama dan reset password dengan alasan someone hacked my account. 

someone logged into my twitter account

Lepas dapat email dan verify account dengan code yang diberikan. Terus dapat login dan tukar password baru. Alhamdulillah dapat semula account saya tu.

someone logged into my twitter account

Saya aktifkan terus two-factor authentication tu untuk security. Lupa pulak twitter tak buat lagi sebab dulu jarang bertwitter.
 
Semalam juga dapat notification instagram melalui email " Sorry to hear you're having trouble logging into Instagram We can help you get straight back into your account." Tapi yang peliknya tak keluar pun notification dengan app instagram tu sendiri.

cara nak dapatkan balik instagram yang kena hack

Bila google ada yang kata phishing email cubaan untuk hack instagram account. email pun suspicious juga dari : security@mail.instagram.com. 

Memang saya kurang percayalah sebab dari pengalaman lepas akaun instagram kena hacked tahun 2016, email instagram yang saya report melalui email support@instagram.com dan help@instagram.com je.


Jadi, saya abaikan je sebab dalam instagram saya semua gambar photography je dan sedikit memory. sebab dah banyak archieve. Tak ada job product review sangat pun. Slow down sejak setahun dua ni. Ada pun satu dua job je yang mana bersesuaian. 

Sejak instagram kena hacked tu dulu dah siap siap on two-factor authentication. Kuat lah sikit kot security tu. Facebook pun dah siap siap jugak on two-factor authentication. Kalau ada yang gigih juga tak tahu lah nak kata apa.

Dapat notification macam ni, tersilap langkah dengan terklik apa apa link/url memang bahaya. Dengan teknologi yang ada tersilap cara boleh buat kita hilang apa yang kita ada. Bila account media sosial kena hacked, of courselah kita akan gelabah dan orang pun ambil kesempatan. 

Samada ugut kena bayar baru dapat account semula atau login account kita untuk sebarkan fitnah atau dm (direct message) kawan-kawan kita untuk pinjam duit. Banyak dah kes jadi. Jadi, kita sama-sama ambil pengajaran. Sebelum terkena, terklik apa apa kita google dan selidik dulu. 

Blog pun, kena pastikan kita ada backup juga. Letaklah dua tiga email yang berbeza as admin. Jangan letak satu je. In case jadi apa apa, kita ada backup macam tu.


15 comments:

  1. jahat betol la hacker.. gigih nk akaun org..
    buat jela akaun sndiri kan sng.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Macam2 sekarang. Akaun twitter ngan instagram pon nak hack. Kite ni bukan org ada2 pon….

    ReplyDelete
  3. Kat FB ramai yang kena macam ni. Dahlah kena hack lepastu post gambar bukan2 plak tu. Setakat ni alhamdulillah, Syu tak pernah kena lagi😊.
    BTW kak, jemput join bersegmen dengan Syu untuk pencarian bloglist yer 👉🏼https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html

    ReplyDelete
  4. Sama ngan akak la baru- baru ni...mengarut jer..takde kerja lain ke selain nak hack account org...

    ReplyDelete
  5. derang ini xde keja lain eh nak hack akaun orang lain? tau tak susah nak buat akaun kat socmed ini huhuhu

    ReplyDelete
  6. Eh eh. Beriaaa betul.. xde keje btl hacker niii

    ReplyDelete
  7. Betul betul gigih ni hack akaun orang. Saya pernah kena gak, tapi di ig. Tapi dapat balik sebab akaun ig saya sendu je hahaha, hacker pun boring kot dengan ig saya hahaha

    ReplyDelete
  8. Hishhhh hish hisshhhhh! Saya tak buat lagi.. tapi haritu macam ada percubaan jugak... Nanti try lah... Oo . untuk blog pun kena jugak kan... sy tak try plak . sebab fikir blog biashe2.. tapi kalau kena hack, mahu gila sy... haha

    ReplyDelete
  9. atie kena juga tiga hari lepas... terus tukar password.. sighhhhh lecehhh betul la

    ReplyDelete
  10. Ada-ada saja si hacker ni. Buatlah kerja lain yang mendatangkan faedah, yang tak susahkan orang.

    ReplyDelete
  11. Paling takut kena hack tapi kita tak tahu. Tetibe member tanya, nape share benda pelik-pelik. Adoi seram. Huhu

    ReplyDelete
  12. macam-macam betul sekarang ni kan.

    ReplyDelete
  13. bahayanya fiza..benda mcm ni la plg takut sekali..

    ReplyDelete
  14. Akak pun masa hantar telefon dibaiki(kena masuk wad kedai) pun fikir bukan-bukan. Haha risau blog tidak kemaskini.
    Nasib baik Fiza bijak tangani masalah.

    ReplyDelete
  15. Entah apa yang nak dicari agaknya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.