Jiran Sebelah Macam Tahu Tahu Je!
Tengah musim buah durian ke sekarang ni? Perasan banyak post buah durian lalu lalang kat media sosial. Dulu masa tak berkawan baik dengan durian, sikit pun tak heran (baca: hairan)
Lepas berbelas tahun tersuka balik dengan durian. Pantang nampak durian, rasa teringin betul nak makan durian. Baru je sembang dengan husband pasal durian. Sedapnya kalau dapat makan durian.
Sambung cakap dalam hati, ini kalau balik kampung cakap nak makan durian je abah dah beria order dengan orang kampung (kalau tengah musim atau ada).
Kalau tak ada pun, abah akan gigih cari juga. Kadang bukan beria nak makan sangat pun. Dapat rasa seulas pun jadilah. Buat lepas rasa tekak teringin makan. Nak beli sendiri kat sini, entahlah. Rasa tertipu dengan harga dan rasa. Tapi kalau teringin sangat, beli jugalah sebiji dua.
Buat masa ni pendam je lah dulu. Harga buah durian pun, bukan biasa-biasa.
Malam semalam, husband baru nak tutup pagar rumah lepas beli barang. Jiran sebelah panggil husband dan hulurkan dua biji durian. Masa buka pintu rumah dah terbau durian dah. Ingatkan husband beli durian. Pelik pulak kalau dia tiba-tiba beli durian. Sebab tak list out pun buah durian. Ke sebab saja beli.
Sekali dia masuk bawa dua biji durian. Achik Mah (bukan nama sebenar) bagi. Alhamdulillah, jiran sebelah macam tahu tahu je je kita nak makan durian waaaak..Allah gerakkan hati jiran berkongsi rezeki durian dengan kami.
Dua dua isi buah durian ni elok. Tak tahu lah buah durian jenis apa. Tahu makan je. Jangan tanya buah durian musang king ke, durian kampung ke, durian kahwin ke apa. Memang tak tahu ciri ciri buah durian sangat. Yang penting rasa isi buah durian sedap.
Memang sedap rasa buah durian dia ni. Ya ampunnnn, rasa nak nangis dapat makan durian sedap ni. Rasa lemak manis durian sedang elok. Tengok gambar buah durian ni terasa rasa kesedapan buah durian. Penangan bila dah masuk group hantu durian kembali.

Ada juga pangsa durian yang tak ada isi. Tapi tak apa, yang penting isi buah durian ni tebal. Puas makan 2 biji durian. Saya lah dapat makan lebih sebab husband tak boleh makan durian banyak. Pening katanya.
Buah durian kena makan fresh baru sedap. Jangan sampai kulit dia dah terbelah dan biar lama tu memang tak sedap. Dah masam tahap buat tempoyak dah tu.
Makan durian ni kena berpada-pada. Badan akan panas bila makan terlebih dos. Disebabkan terlebih makan durian, asbab kematian Mak Lang husband (2018). Masa tu musim durian. Depan rumah dia (rumah taman) ada tanah kosong dan ada tanam pokok durian.
Agak banyak juga buahnya walaupun sepokok je. Petang tu, arwah terlebih makan jadi badan tak boleh nak cool down dengan ubat-ubatan. Tambah lagi ada penyakit lain. Malam tu dapat panggilan, Mak Lang dah tak ada. Al fatihah...
Durian hanya asbab, untuk kita beringat sama. Mana yang ada penyakit lain tu tak boleh makan durian sila berpantang. Makan sekadaran je. Kesihatan itu satu nikmat dan rezeki paling mahal. Lagi lagi musim COVID-19 ni.

Bukan menakutkan jangan makan durian, peringatan kita bersama. Selain buah durian, nampak macam musim buah kundang jugak ye? Kecur air liur tengok. Dapat rasa kemasaman buah kundang muda tu. Dapat yang manis memang syok makan. Buah-buahan rare bermusim ni susah nak dapat. Kan?
Semoga yang rasa teringin, dapat rezeki rasa buah durian juga. Beli sendiri ataupun ada yang baik hati berkongsi rezeki.
Betul..akak pun sama...bangun dari Koma terus jadi hantu durian..hari tu dah makan durian kan..akak tetiba teringin lepas tgok entry ni...aduhaiiii
ReplyDeletewah.. tadi saya jalan2 ternampak orang jual durian, tp hanya mampu tengok jer pasal dalam wallet ade rm10 jer. klu peniaga tu bole terima debit card harus saya borong banyak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. baik sungguh jiran. Buahnya nampak dari jenis yang baik-baik saja.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki dapat durian...kiranya durian runtuhlah tu ye.
ReplyDeleteMemang beul, kena berpada-pada dengan kuantiti makanan. Memang ajal dan maut tu di tangan Tuhan, tapi kalau seseorang iu sudah tahu ada penyakit tertentu, eloklah ambil langkah berjaga-jaga.
Di Sabah belum tiba musim durian. Nanti di penghujung musim di Malaya, barulah bermula musimnya di Sabah.
Macam durian IOI gayanya
ReplyDeletewahhh awalnya dpt makan durian.
ReplyDeletedah start musim eh?
kitorang bau2 durian pun tak lagi ni.
Alhamdulillah rezeki jiran kongsi bersama. Tengok isi durian, kuning tuuuu. Dah terbau bau aroma durian :D
ReplyDeletesedapnya durian...lama dah tak makan
ReplyDeleteYa allah heloknya rupa dia
ReplyDeleteAllah sedapnya kak. Nikmat yang dah lama tak dikecapi. Haha Harga sekarang mampu tengok je kan. Rezeki akak la dapat. :)
ReplyDeleteCanteknyaa isi durian tu
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allah tunaikan hasrat hati Fiza.
ReplyDeleteKami pun belum membeli, ni awal musim..masih mahal.
Selagi belum tahap mengidam, tunggulah nanti dulu.
Alhamdulillah rezeki Fiza.
ReplyDeleteAkk belum ketemu lagi durian musim ni. Tapi hari2 jamu mata tengok durian lalu-lalang hihi...
omg sedapnya!
ReplyDeleteSedapnya durian
ReplyDeletecantik sgt isi nya, fiza.
ReplyDeletealhamdulillah. dpt jiran yg prihatin, jiran tahu tahu aje gini, best!
hi hi hi hi...
Nyum! Semoga jiran akak terus dilimpahkan rezeki.. Boleh belanja doyan lagik.. Kekeke... Saya pun bukan kaki durian sgt... dpt rasa sikit pun dah ok.. huhuuu
ReplyDeleteAllah fiza..kuningnyaaa..fav shida ni fiza ^_^
ReplyDeleteshida abru2 ni beli durian 3 biji RM80..2 elok 1 rosak..sedih rasa..
Alhamdulillah moga murah rezeki jiran Fiza gembirakan orang.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki tu..
ReplyDeleteBila makan durian nie memang kena berpada-pada tambah bila dah makin berusia..