Jun, Bermula Kuncitara Fasa pertama

Hello Jun! Semalam last nama Maybank, harini dah jadi Junebank. Okay melawak  je. Well, Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Jun 2021 dah. Sedia maklum, 1 Jun bermula Total Lockdown @ Kuncitara sepenuhnya fasa pertama sehingga 14 Jun 2021. 

Kedengaran menarik pula gunakan perkataan 'kuncitara' istilah yang popular digunakan di twitter dan jadi perbahasan untuk disama ertikan dengan lockdown Malaysia. Tapi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) belum lagi mengiktiraf istilah Kuncitara sebagai maksud lockdown. Masih boleh digunakan jika bertepatan.

Maksud lockdown dalam bahasa melayu yang tepat adalah "Kawalan @Sekatan Pergerakan penuh".

Apa Erti Kuncitara

Kuncitara adalah singkatan daripada Kunci Sementara.

Sebuah cerpen juga telah ditulisakan oleh Saiful Ghazali yang bertajuk "Kuncitara" (2020) dimana cerpen ni mengkaji impak PKP terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Mengetengahkan isu emosi tak stabil, masalah sosial, ancaman kesihatan, pengingkaran normal, tekanan hidup dan keganasan tingkah laku.

Harini bermulalah episod duduk rumah diam diam selama 2 minggu. Bosan tak bosan hadap je, pengorbanan kita bersama. Bolehlah start mengemas rumah ke, berkebun ke. Ada jugak aktiviti tu.

Bulan June 2021

Me : My hope is as endless as the ocean. I have no fear to dive deep for the treasure that I seek.
Hope : When you feel like giving up, please remember why you held on for so long in the first place.


Cuti Umum Bulan Jun 2021

1 Jun (Selasa) : Hari Gawai (Sarawak)2 Jun (Rabu) : Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
7 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
20 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah( Kedah)

Bulan ni special sikit sebab birthday husband hujung bulan nanti. Nak bagi hadiah apa ek?

Lockdown @ Kuncitara Fasa pertama

When the world says never give up, 'Hope' whispers 'try one more time'.
-Little Mermaid-

Semoga semuanya akan baik-baik je di hari mendatang. Aaaminn... 
Get well soon Malaysia.

22 comments:

  1. Sediakan aktiviti-aktiviti untuk dilakukan ketika sekatan penuh.
    Itulah rasanya ketika ini rumah akan sangat kemas sebab pertama banyak masa untuk kemas, kedua tulang sepah(anak-anak buah) tidak dapat balik.
    Semoga Fiza baik-baik aahaja ketika kena kurung penuh.

    ReplyDelete
  2. wow...kita belajar word baru 'kuncitara'... :)

    ReplyDelete
  3. Itulah, akak siap cari kat web PRPM, memang tak ada ‘kuncitara’.
    Hasil carian akak dapati ia digunakan dalam bahasa Indonesia untuk ganti lockdown.

    Bulan ni pun birthday akak (dan birthday blog..hehe). Suami dah tanya nak hadiah apa. Tak tau lah nak apa, semua macam dah cukup.

    ReplyDelete
  4. Patutlah ada ternampak orang guna perkataan kuncitara. Ingatkan apa tu.. Sebenarnya saya kurang minat/suka bahasa yang disingkatkan. Bahasa yang disingkatkan banyak digunakan di Indonesia. Bukan maksud saya tak suka Indonesia, tapi kaedah penggunaan bahasa sebegitu yang saya kurang gemar.

    ReplyDelete
  5. Menarikkkk jugak sebut kuncitara instead of lockdown hehehe.

    ReplyDelete
  6. Cuti tahunan saya ada 4 hari perlu clear tapi malas nak amik. Bila tak kerja rasa lagi jemu dan macam hari lambat berlalu. Boleh cuti tapi tak boleh berjalan pun bosan jugak.

    ReplyDelete
  7. best sangat perkataan kuncitara, I like.

    ReplyDelete
  8. june bulan paling dinanti dan dlm family ramai sambut besday june
    adik sis, adik bungsu(sepupu) kakak sulong,kelahiran sis jga
    anak2 buah pun ramai besday june
    dan masa ada arwah makayah June dinanti sb anniversary makayah yg sama tarihk dgn besday sis

    ReplyDelete
  9. lamanya dah tak lawat..wow wajah baru la..
    kuncitara yea

    ReplyDelete
  10. Kuncitara..hehe ingatkan ape la maksudnya:)
    7 cun cuti eh..bila wfh ni cuti kadang tak perasan

    ReplyDelete
  11. June dah tiba, please sembuh Malaysia, nak raya haji pula... Sobbbss.. Moga kita dipanjangkan umur, dan sihat selalu.. Amin

    ReplyDelete
  12. kuncitara..dh tgk beberapa org update..june bln birthday utk ankdara akak

    ReplyDelete
  13. Kuncitara tp shida betul2 x berjalan oo..bz niaga sebelah pagi..pkl 12 balik rumah msk pulak..

    ReplyDelete
  14. ari tu tgk kt twitter netizen twit DBP tanya maksud kuncitara ni.. lawak pulak baca... isnin ni cuti lagi yeay! walaupun mmg hari² dok umh.. hehehe

    ReplyDelete
  15. wah,cantiknya calender nii. harap bulan nii untuk bulan yang baik baik jaa

    ReplyDelete
  16. Cantiklah istilah 'kuncitara' tu. Eloklah digunakan secara meluas oleh rakyat negara kita.

    ReplyDelete
  17. ooo..lockdown..hehe..menarik motivasi Little Mermaid..

    ReplyDelete
  18. Ooo, baru tahu perkataan kuncitara.
    Besday husband, masak masakan feveret suami, Fizah. :)

    ReplyDelete
  19. tq for sharing, fiza.
    dpt ilmu perkataan baru.

    da pun hampir complete 4 minggu.
    adakah bakal bersambung lagi 2-4 minggu? :(
    kes masih lagi tak kurang 4000 sehari hu hu hu...

    ReplyDelete
  20. Suka dengan perkataan Kuncitara tu.. Tapi tak suka Kuncitara Covid19 ini..
    Aduh.. Bilalah nak boleh rentas daerah dan negeri balik.. sadis rasanya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.