Nescafe Latte Caramel
Agak mendung cuaca pagi ni. Tapi tak menunjukkan tanda tanda nak hujan pun. Akhir akhir cuaca mendung, hujan pun kejap kejap. Tapi dia punya panas bahang pun tak boleh bawak bincang lansung. Terus rasa malas nak buat kerja. On aircond memerap dalam bilik. Dah sejuk sikit baru off air cond.
Bila bil elektrik dah menunjukkan kenaikan jumlah, kenalah berjimat. Musim PKP kalau bil elektrik tak naik tak sah, kan? Hidangan pagi ni sediakan roti canai. Bukan buat sendiri tapi leftover beli roti canai semalam. Beli extra roti canai kosong. Pagi ni panaskan dan pecahkan telur. Jadilah roti canai telur.
Hidangkan bersama teh o kurang gula rasa pahit pahit sikit dan air nescafe latte caramel. Salah satu hadiah pemberian blogger Nina Cik Suka taip.
Dah lama sebenarnya tak minum air nescafe selain beli semata mata nak buat dalgona coffee. Dan jenis coffee latte pun dah lama tak minum. Lebih gemar kepada kopi pekat kaw tu. Rezeki dapat rasa nescafe latte caramel. Biasanya ada caramel ni rasa dia tak mengecewakan.
Rasa nescafe latte yang sedap, hujung hujung hirupan rasa tu baru dapat rasa caramel dia. Sesekali menikmati secawan coffee light light lari dari kebiasaan. Just nice. Sesuai untuk mereka yang kurang minum kopi atau nak cuba minum kopi. Terima kasih Nina, bagi cuba rasa nescafe latte caramel.
feveret ni nescafe..mmg tidak mengecewakan..
ReplyDeleteSedap jugak sesekali layan nescafe latte caramel ni.
Deletesedapnya roti canai telo!
ReplyDeletesy beli yg instant lepas tu pecahkan telo.. hihi.. ade lg 2 keping dh bosan mkn roti canai.. terbiar je dlm freezer.. haha
blh try jgk nescaffe tu.. nt nk cr kat mydin..
Sesekali ber roti canai telor. Bukan selalu. Nanti cuba tau nescafe latte caramel ni.
DeleteTeringin nak cuba. Tapi entahla, bila minum nescafe, muka akan keluar breakouts.
ReplyDeleteKalau memudaratkan better jangan sesekali minum nescafe kak.
Deleteperghhhhh cantiknya gambar
ReplyDeleteTerima kasih awak.
DeleteLama jugak tak minum caffe lattee.. siap caramel... Teringinnnn jadiknya.. huhu
ReplyDeleteSedap jugak. Nanti cubalah beli kalau teringin :)
DeleteTempat saya pagi-pagi subuh dah hujan, then mendung :) Cantikkkkk gambar Fiza ambil
ReplyDeleteSejuk sikit pagi pagi kalau mendung.
DeleteTerima kasih :)
Cuaca di sini pun sama Fizah, mendung sekejap panas terik.
ReplyDeleteSemalam sempat keringkan 2 helai carpet sebab cuaca panas.
Terpandang Nescafe panas Fizah terus terbayang-bayang aroma dia lalu depan hidung..
Kena beli untuk stok di rumah, boleh minum bila wfh nanti..
Aroma kopi mengundang rasa macam nak minum kopi jugak kan. Dari gambar pun dah boleh bayang kopi sedap. Nanti beli kak, boleh mengopi bila teringin.
DeleteDah pernah minum.Tapi Syu tak berapa suka sangat sebab rasa dia macam tak ummmmpppphhhh...Syu lagi prefer yang original & rich😁
ReplyDeleteYep, kurang umphh..latte ni light light je kopinya
Deletesalam
ReplyDeletebeberapa bulan ini bil letrik saya naik mencanak. selain guna aircond 24 jm untuk keselesaan ibu_suri juga kerana penggunaan mesin oksijen dia juga... 24 jam.
kesian anak saya yang membayarnya bagi pihak saya. gajinya pun tak seberapalah sangat...
Allahu...Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminnn...
Deletesaya lebih suke nescafe o jer
ReplyDeleteNescafe O pun layan juga kadang. Cicah dengan biskut empat segi tu sedap!
Deletetak pernah try nescafe latte ni, selalu minum yg original je..hehe
ReplyDeleteOriginal pun sedap :)
DeleteCantikkknya gambar!
ReplyDeleteTeringin nak try sebab bau sedapp, tapi tak boleh sebab mudah sangat sakit kepala bila minum air berunsurkan nescafe, kopi dan seangkatan dengannya >.<
Terima kasih Atiqah.
DeleteKena jauhi kopi macam tu.
sebab dah dalam cawan tu, lagi bertambah sedap pulak nampak hehe
ReplyDeleteHihi..terus jadi sedap bila dah dibancuh kan :)
DeleteCantik gambar tu, siap aksesopri biji-biji kopi lagi!
ReplyDeleteTerima kasih kak Amie. Biji kopi sebagai penyeri gambar. Hihi
Deletenescafe jrg2 sgt minum...sbb kan takut tkleh nk tido
ReplyDeleteKalau tak biasa memang tak boleh tidur dibuatnya.
DeletePernah minum tidak silap adik beli.
ReplyDeleteOkaylah dapat jugak rasa :)
Deleteda lama xminum nescafe nii sejak selalu sangat migrain -.-
ReplyDeleteBahaya tu. Kena elakkan minum nescafe.
DeleteAntara kesukaan Sha nie.. Cuma sekarang ini je dah lama tak beli sebab layan Nescafe kopi kedah (bukan 3in1)..
ReplyDeleteOhh Kak Sha rajin layan kopi tin. Selalu nampak Kak Sha beli jenis dalam tin jugak
DeleteBrand lagend tetap di hati, bercaramel belum cuba lagi heee
ReplyDeleteBrand legend kegemaran ramai. Sekarang pun dah ada macam-macam jenis flavour nescafe boleh dicuba.
Delete