Resipi Sambal Telur Terpaling Sedap

Telur, bahan asas masakan yang wajib ada di dapur. Hidangan telur paling ringkas boleh masak telur goreng makan dengan nasi dan kicap. Itu pun dah sedap dan nikmat. Makan pagi dengan sebiji dua telur rebus pun dah memadai. Kan?

Ada telur pun dah kira cukup untuk buat lauk. Macam-macam jenis menu masakan berasaskan telur yang boleh kita pelbagaikan selain telur goreng dan telur rebus. 

Aneka masakan telur 

  • Telur dadar
  • Telur dadar kucai
  • Telur masak kicap
  • Telur masak lemak cili api
  • Sup telur
  • Sambal telur pecah
  • Kari telur
  • Telur masak kurma
  • Telur air asam
  • Rasam telur
  • Telur bistik
  • Gulai telur
  • Scrambled eggs
  • Telur bungkus
  • Parpu telur
  • Telur masak taucu
  • Tumis telur cili api
  • Telur gulung
  • Sandwich telur goreng

Ada banyak lagi resipi telur yang boleh dipelbagaikan, sila tambah sendiri. Tak tahu nak masak apa untuk berbuka semalam, stok barang basah cuma ada ikan kembong dan udang sikit untuk buat rencah rencah. 

Masa ni lah kena jadi kreatif gunakan apa yang ada kat dapur tu. Tak rasa macam nak makan ikan. Teringin makan sambal telur pulak. So masak sambal telur je lah untuk berbuka semalam.

baca juga : cara simpan telur yang betul 

Bahan masak sambal telur pun tak banyak mana. 
 Resipi Sambal Telur Masak Cara Fiza

Bahan masak sambal telur

4 biji telur 
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji potong bulat)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili api (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1/4 garam bukit
Minyak masak
1 sudu gula pasir
Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Cuci telur dan rebus. Telur dah masak, buang kulit dan kemudian goreng garing. Lagi garing lagi sedap. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. Gunakan minyak yang sama mennggoreng telur tadi untuk menumis. Jika minyak banyak, kurangkan minyak sikit.
  3. Tumis sampai naik bau dan garing. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan gula pasir. Biar garing sikit baru tambah air sikit.
  4. Masukkan telur rebus yang dah digoreng, hirisan bawang potong bulat, garam dan kacau rata. Siap!
Macam tu je lah resipi sambal telur masak cara saya. Kalau malas nak merebus tu, boleh je buat sambal telur mata goreng. Ataupun paling paling malas, boleh buat sambal telur pecah. Lagi senang, tumis bahan-bahan dan pecahkan telur je. 

Sambal telur terpaling sedap ikut selera saya dah tentulah telur rebus dan goreng dulu sebelum disambalkan. Resipi pun kadang kadang berubah ikut apa yang ada. 

24 comments:

  1. Lauk masakan telur paling senang. Tidak perlu siang macam ikan. Akak lagi suka sambal telur pecah.

    ReplyDelete
  2. Setuju. Ada telur pun dan boleh bertambah nasi.

    ReplyDelete
  3. kakmim dr semalam cr idea menu dengan telur.. asik mkn ayam je.. boring pulak

    ReplyDelete
  4. Betul kak fiza, ada telur pun dah boleh buat laukk dah hehehe. Kalau malas, goreng telur makan dengan kicap hehehe

    ReplyDelete
  5. betul
    telur sambal memang sedappp
    peminat telur di umah akak ramai ha haa
    telur dadar telu sambal kejap telur mata

    ReplyDelete
  6. rasa nak buat telur sambal la malam ni , sedap pula tgk

    ReplyDelete
  7. Ni memang dah terbukti sedap ni, cheq pun suka 🤓👍🏻

    ReplyDelete
  8. Saya suka sambal telur goreng, tapi tak nak pedas. Makan dengan nasi je, sampai 2 pinggan

    ReplyDelete
  9. resepi time da boring makan ayam..heheh biasanya guna telur puyuh..hehe

    ReplyDelete
  10. Sedap sambal telur rebus, goreng ni. Hirisan bawang besar buat tambahrasa manis sambal.

    ReplyDelete
  11. sedapnya! okay nnt nk cuba resepi fiza..
    fiza boleh ke req nk tgk studio mini fiza shoot gmbar
    org kate disebalik tabir tu heheee ^_^

    menarik betul shida tgk gmbar2 fiza..terinspirasi tau! <3

    ReplyDelete
  12. Ok.. ini antara resepi yang saya boleh buat.. hihi.

    ReplyDelete
  13. nampak menyelerakan... sekali sekal makan masakan dari telur mmg sedap..

    ReplyDelete
  14. Suka menu telur!!!! Nanti nak try la buat nii.. suka bila telur direbus dulu baru goreng..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya Fiza. Akak peminat telur, tapi dah lama tak masak macam ni.

    ReplyDelete
  16. Palig suka telur hancur masak masak dgn sos cili.. perghhh zaman sekolah je suka buat ni, menu palingn simple..

    ReplyDelete
  17. Dah lama tak masak macam ni. Sebab bila goreng telor rebus tu, dia suka letup-letup, percik minyak. Hehe.. Biasanya, akak goreng telor mata je, buat sambal. :)

    ReplyDelete
  18. sama la kita. lepas rebus, goreng telur rebus tu, fiza.
    then baru gabungkan dgn sambal.
    da terbiasa dari kecik. cara mak aida masak.
    kalau tak goreng, mcm bogel aje telur rebus tu :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  19. Sha jarang buat sambal telur rebus.. Selalu buat telur mata.. Menarik juga sesekali buat macam nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.