Resipi Sambal Telur Terpaling Sedap
Telur, bahan asas masakan yang wajib ada di dapur. Hidangan telur paling ringkas boleh masak telur goreng makan dengan nasi dan kicap. Itu pun dah sedap dan nikmat. Makan pagi dengan sebiji dua telur rebus pun dah memadai. Kan?
Ada telur pun dah kira cukup untuk buat lauk. Macam-macam jenis menu masakan berasaskan telur yang boleh kita pelbagaikan selain telur goreng dan telur rebus.
Bahan masak sambal telur pun tak banyak mana.
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji potong bulat)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili api (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1/4 garam bukit
Minyak masak
1 sudu gula pasir
Air secukupnya
Sambal telur terpaling sedap ikut selera saya dah tentulah telur rebus dan goreng dulu sebelum disambalkan. Resipi pun kadang kadang berubah ikut apa yang ada.
Ada telur pun dah kira cukup untuk buat lauk. Macam-macam jenis menu masakan berasaskan telur yang boleh kita pelbagaikan selain telur goreng dan telur rebus.
Aneka masakan telur
- Telur dadar
- Telur dadar kucai
- Telur masak kicap
- Telur masak lemak cili api
- Sup telur
- Sambal telur pecah
- Kari telur
- Telur masak kurma
- Telur air asam
- Rasam telur
- Telur bistik
- Gulai telur
- Scrambled eggs
- Telur bungkus
- Parpu telur
- Telur masak taucu
- Tumis telur cili api
- Telur gulung
- Sandwich telur goreng
Ada banyak lagi resipi telur yang boleh dipelbagaikan, sila tambah sendiri. Tak tahu nak masak apa untuk berbuka semalam, stok barang basah cuma ada ikan kembong dan udang sikit untuk buat rencah rencah.
Masa ni lah kena jadi kreatif gunakan apa yang ada kat dapur tu. Tak rasa macam nak makan ikan. Teringin makan sambal telur pulak. So masak sambal telur je lah untuk berbuka semalam.
baca juga : cara simpan telur yang betul
baca juga : cara simpan telur yang betul
Bahan masak sambal telur pun tak banyak mana.
Bahan masak sambal telur
4 biji telur2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji potong bulat)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili api (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1/4 garam bukit
Minyak masak
1 sudu gula pasir
Air secukupnya
Cara penyediaan
- Cuci telur dan rebus. Telur dah masak, buang kulit dan kemudian goreng garing. Lagi garing lagi sedap. Angkat dan ketepikan.
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. Gunakan minyak yang sama mennggoreng telur tadi untuk menumis. Jika minyak banyak, kurangkan minyak sikit.
- Tumis sampai naik bau dan garing. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan gula pasir. Biar garing sikit baru tambah air sikit.
- Masukkan telur rebus yang dah digoreng, hirisan bawang potong bulat, garam dan kacau rata. Siap!
Macam tu je lah resipi sambal telur masak cara saya. Kalau malas nak merebus tu, boleh je buat sambal telur mata goreng. Ataupun paling paling malas, boleh buat sambal telur pecah. Lagi senang, tumis bahan-bahan dan pecahkan telur je.
Sambal telur terpaling sedap ikut selera saya dah tentulah telur rebus dan goreng dulu sebelum disambalkan. Resipi pun kadang kadang berubah ikut apa yang ada.
Lauk masakan telur paling senang. Tidak perlu siang macam ikan. Akak lagi suka sambal telur pecah.
ردحذفSedapnya
ردحذفSetuju. Ada telur pun dan boleh bertambah nasi.
ردحذفkakmim dr semalam cr idea menu dengan telur.. asik mkn ayam je.. boring pulak
ردحذفall time feveret..
ردحذفlama tk mkn sambal telur
ردحذفSedap . 3 hari lepas CCL ada buat menu ni .
ردحذفBetul kak fiza, ada telur pun dah boleh buat laukk dah hehehe. Kalau malas, goreng telur makan dengan kicap hehehe
ردحذفbetul
ردحذفtelur sambal memang sedappp
peminat telur di umah akak ramai ha haa
telur dadar telu sambal kejap telur mata
rasa nak buat telur sambal la malam ni , sedap pula tgk
ردحذفNi memang dah terbukti sedap ni, cheq pun suka 🤓👍🏻
ردحذفSaya suka sambal telur goreng, tapi tak nak pedas. Makan dengan nasi je, sampai 2 pinggan
ردحذفresepi time da boring makan ayam..heheh biasanya guna telur puyuh..hehe
ردحذفSedap sambal telur rebus, goreng ni. Hirisan bawang besar buat tambahrasa manis sambal.
ردحذفsedapnya! okay nnt nk cuba resepi fiza..
ردحذفfiza boleh ke req nk tgk studio mini fiza shoot gmbar
org kate disebalik tabir tu heheee ^_^
menarik betul shida tgk gmbar2 fiza..terinspirasi tau! <3
Ok.. ini antara resepi yang saya boleh buat.. hihi.
ردحذفnampak menyelerakan... sekali sekal makan masakan dari telur mmg sedap..
ردحذفSuka menu telur!!!! Nanti nak try la buat nii.. suka bila telur direbus dulu baru goreng..
ردحذفSedapnya Fiza. Akak peminat telur, tapi dah lama tak masak macam ni.
ردحذفPalig suka telur hancur masak masak dgn sos cili.. perghhh zaman sekolah je suka buat ni, menu palingn simple..
ردحذفDah lama tak masak macam ni. Sebab bila goreng telor rebus tu, dia suka letup-letup, percik minyak. Hehe.. Biasanya, akak goreng telor mata je, buat sambal. :)
ردحذفsedap ni. nice sharing :)
ردحذفsama la kita. lepas rebus, goreng telur rebus tu, fiza.
ردحذفthen baru gabungkan dgn sambal.
da terbiasa dari kecik. cara mak aida masak.
kalau tak goreng, mcm bogel aje telur rebus tu :) ha ha ah ha...
Sha jarang buat sambal telur rebus.. Selalu buat telur mata.. Menarik juga sesekali buat macam nie..
ردحذف