Header Ads

Siapa Kata Nasi Tomato Tak Cukup Bahan Tak Sedap

Masih tak percaya harini dah 30 Syawal rupanya. Itulah dia, sampai hari dan tarikh pun tak ingat. Baiklah, sempena raya 2 hari lepas habis puasa enam dan harini 30 Syawal penutup raya jomlah kita masak something special.

Okay, macam nak buat nasi tomato lah. Lama tak masak nasi tomato. Pagi tadi husband keluar ada urusan di bank. Kirim sekali beli bahan-bahan. Macam biasa balik dengan tak cukup bahan. Takpelah tak cukup bahan pun. Buat guna apa yang ada je lah.

Saya masak nasi tomato dulu sebelum masak ayam. Sementara tunggu nasi masak boleh siapkan masak ayam. Nasi tomato dan ayam masak merah kira complete dah. Cuma tak ada acar timun dan nanas sebab timun tak ada. 

Dah berkali kali beli barang tetap si timun tak ada. Tak tahulah kenapa timun terlajak laris PKP kali ni. Tak ada timun malas terus nak buat acar. Makan je lah nasi tomato dengan ayam masak merah. Pun sedap jugak cuma tak ada sayur je. 

resipi nasi tomato simple

Saya masak nasi tomato guna resipi nasi tomato simple je. Boleh pilih mana mana resepi nasi tomato simple dalam carian google. Alhamdulillah tak cukup bahan pun sodap. Eh terpuji diri sendiri pulak.



هناك 18 تعليقًا:

  1. Masakan di rumah la paling sedap. Nampak menyelerakan sungguh, Fizah masak nasi tomato dan ayam merah. :)

    ردحذف
  2. Nasi tomato memang kuat perisa jadi acar macam kurangkqn rasa muak.
    Bagus sedap dan memenuhi selera.

    ردحذف
  3. Kann pejam celik pejam celik, dah habis bulan syawal. Sekejap je masa berlalu.
    Eh sekali sekala terpuji masakan sendiri, apa salahnya kak fiza :P

    ردحذف
  4. Sedapnya nasi tomato... hmmm, boleh cuba tanam timun sendiri dah ni, mana tau menjadi 😅

    ردحذف
  5. Gambar yang penuh estetika, makanan pun nampak sedap.

    ردحذف
  6. Tak cukup bahan pun takpe janji sodap...sesekali tukar selera kan

    ردحذف
  7. fiza..pastinya masak apa pun sedap walau xckp bahan kan hehee :)

    ردحذف
  8. Nasi tomato bersama ayam masak merah pun dah cukup sedap tu

    ردحذف
  9. mama suka yg simple dan sedap.. makan dgn ayam pun dh cukup kan.. tapi kalau ada acar lagi umpph.. pelik juga kat sini timun byk juga

    ردحذف
  10. hahahaha. xpernah masak nasi tomato.kenaa try masak nty :)

    ردحذف
  11. Takdak sayur, x dak hal.. janji ayam cukup gak... Hohooo

    ردحذف
  12. Ayam masak merah memang teman istimewa nasi tomato.
    Tak ada acar pun masih boleh nikmati hidangan dengan penuh selera. Barangkali bekalan tak mencukupi atau lambat diagihkan kepada peniaga, itu sebab timun tidak ada. Samalah di LD. Nak masak pun kadang terpinga-pinga sebab tak cukup bahan yang dicari. Akhirnya masak sajalah apa yang ada.

    ردحذف
  13. Sape kata tak sedap tu suruh dia masak sendiri. Haha

    ردحذف
  14. Alangkan nasi putih pun dah sedap...apalagi nasi tomato

    ردحذف
  15. Sedap je bg saya makan nasi ngan ayam masak merah tu….

    ردحذف
  16. Janji ada nasi dan ayam masak merah pun dah cukup sedap dah kan Fiza.. hehehe

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.