Tak Terluah

Lima hari lepas, jam 4:30 pagi mak mentua whatsapp husband bagitahu Pak Itam meninggal. Baru je uwan pergi 3 hari lepas (13 Jun 2021), anak sulung uwan meninggal (16 jun 2021) disebabkan stroke. Masa maknya (baca : uwan) meninggal pun masa tu Pak Itam kat hospital. 

Sehari sebelum meninggal doktor dah suruh bawa balik rumah sebab tak dapat buat apa-apa dah. Jenazah dikebumikan di sebelah kubur  maknya (uwan). Al fatihah buat arwah Pak Itam.

Hari yang sama, empat hari lepas juga anak buah saya whatsapp bagitahu abahnya positive COVID-19. Ikutkan 15 Jun sepatutnya abang saya dah berangkat ke Sudan semula bertugas. Tapi lepas swab test 14 Jun dia detected positive. Hari yang sama KKM datang ambil kat rumah dan kuanratin di MAEPS Serdang.

Sehari lepas masuk pusat kuanratin MAEPS Serdang, dia dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan disebabkan ada virus infection. Kakak ipar dan anak anak buat swab test juga.

Semalam result KKM keluar, result kakak ipar positive. KKM ambil kakak ipar dan bawak kuanratin ke MAEPS Serdang. 3 orang anak lelaki yang masa tu ada kat rumah  negative. Tapi masing masing kena pakai gelang juga sebab contact rapat dan cuti bekerja lah 3 orang tu.

Allahu...

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎-There is no might nor strength except through Allah

Sesungguhnya saya speechless.. tak terluah segala kata kata dan perasaan. Tak dapat nak digambarkan dia punya tahap kerisauan, ketakutan dan macam-macam perasaan lagi. Rasa tak kuat! Sungguh!

Abang saya paling jaga SOP, paling duduk rumah, tahu tahu boleh terkena virus COVID-19. Mulanya anak anak pun ingat symptom biasa je lepas vaksin. Lemah dan batuk-batuk. Abang dan kakak ipar vaksin 24 Mei lepas. Rutin biasa keluar untuk restock barang je.

Variant baru sangat sangat sangat bahaya. Bila kepadatan virus dalam udara tinggi, bawaan udara atau 'airborne' boleh terkena pada sesiapa juga yang berada pada jarak lebih daripada 2 meter. 

Ini salah satu punca peningkatan kes baru. Kita tak tahu siapa pembawa. Ada juga kes duduk rumah pun boleh terkena. Mungkin dari orang yang datang atau penghuni rumah yang membawa virus tanpa sedar. 

Result darah abang tak berapa okay. Masih ada virus lagi. Kena teruskan rawatan lagi. Abang saya dipakaikan gelang putih, berisiko rendah. Harapnya semua baik baik je. Kena kuat semangat melawan virus jahat ni. 

Praying hard for them to come back home stronger and healthy.

Abang ketiga saya pun warded beberapa hari sebab darah tinggi. Tiba-tiba pulak, sedangkan sebelum ni tak ada pun penyakit tu. Mak pulak terjatuh tak stabil bila berdiri. Kaki pun belum elok sepenuhnya. Mengadu sakit kaki sampai kena dukung jugaklah lepas appointment doktor haritu.

Macam macam perkhabaran sedih beberapa hari ni. Sungguh tak terluah. Allah uji anak dengan sakit mak ayah. Mak ayah juga diuji dengan sakit anak-anak. Hanya mampu berdoa dan semoga semuanya akan baik-baik je. Aaminn...

Menyepi dua tiga harini rasa macam tak tahu nak cerita apa dah. Tak terluah apa nak diceritakan. Sehari dua ni pun sakit perut. Kerap masuk bilik termenung. Sehari lebih 5 kali masuk. Makan buang makan buang je lah kerjanya. Silap makan agaknya atau terlebih makan buah. Makan buah oren je kot. Tak kanlah kot. Silap makan ni. 

anxiety attacks can be triggered for no reason at all

Semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi situasi pandemik ni.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
-Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
-Hadith Riwayat Abu Daud

22 comments:

  1. Allahu..bertubi-tubi dugaan Fiza..bab covid ni mmg menakutkan..kita yg betul-betul jaga SOP dan hanya duduk di rumah pun akan terkena kalau kurang nasib baik..x boleh elak kalau kena..family members akak pun skrg ada kat spital seremban..50-50 dan di intubate..sedih bila tgok VC dia dan family...

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar!
    Memang besar sungguh dugaan yang Fizah sekeluarga hadapi. Tabhkanlah hati menerima dugaan ini. Usaha dan ikhtiar sudah dilakukan. Seterusnya doa dan tawakal moga semuanya baik-baik saja. Anak beranak termasuk ibu ayah, dan anak-anak terus diduga dengan ujian berat dimusim wabak semakin mengganas.
    Fizah jaga kesihatan, jangan biar perut kosong. Mungkin perut masuk angin. Makanlah sesuatu yang memberi tenaga.

    ReplyDelete
  3. Salam takziah fizah,
    Juga moga diberi kesembuhan buat mak, dan abang-abang kak ipar fizah, risaunya hati bila org tersayang kita tak sihat, lagila disebabkan covid ni

    ReplyDelete
  4. Allahu..banyak dugaan untuk family Fiza minggu ni...

    macam family akak juga dugaannya berderet-deret..lepas mak mertua meninggal, akak kena covid..lepas akak da potong gelang, bapak akak pulak masuk emergency sebab ada infection kat kaki..

    semoga Allah berikan kesembuhan buat semua yang tengah tak sihat...kesembuhan yang tak akan ada sakit lain lagi selepasnya...ameen ameen..

    ReplyDelete
  5. AllahuAkbar...
    Banyak perkhabaran sedih, mungkin itu pun menyumbang masalah perut Fiza. Rasa stress.

    Semoga ahli keluarga Fiza diberi kesembuhan dan dipermudahkan Allah segala urusan.

    Akak pun dapat khabar sedih semalam, adik ipar yang serumah dengan mentua positif covid. Dah di bawa ke pusat kuarantin di Pasir Gudang. Risau fikir hasil ujian untuk isterinya yang sarat mengandung, anak2 kecil dan mak mentua. Moga mereka terhindar.

    Kita menghadapi masa-masa sukar. Kepada Allah saja tempat kita bergantung harap.

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar Fiezah...
    Kita yang baca ni pun dah rasa berat nya...
    apatah lagi fizah dah keluarga..
    Semoga semuanya sembuh dengan cepat ya..

    ReplyDelete
  7. Salam takziah. Moga terus thabat ye. Al Fatihah

    ReplyDelete
  8. Allah...semoga kembali sihat semuanya, dan salam takziah atas kehilangan :(

    ReplyDelete
  9. terus kuat Fiza. semoga baik2 saja kita dijauhkan dri covid19 dan diangkatlah virus ne dari muka bumi. serius, rindu nak bergerak tanpa batasan.

    ReplyDelete
  10. allahu.. semoga semuanya takde simptom berat2.. semoga cepat sihat semuanya ye. mmg bahaya variant baru ni

    ReplyDelete
  11. Allahu..semoga dipermudahkan segala urusan & diberi kesembuhan yg sebaiknya..

    take care Fiza..jgn depress, kita hanya mampun berdoa dari jauh..

    ReplyDelete
  12. Terlampau risau boleh affect sistem pencernaan jugak, maybe sebab tu Fizah sakit perut. Semoga ahli keluarga Fizah sihat dan diberi kekuatan. Awak pun jaga diri ye.

    ReplyDelete
  13. Allahu..bertimpa timpa ujiannya. Semoga semuanya baik baik aje..

    ReplyDelete
  14. Allahuakhbar.. salam takziah. harap fiza banyak bersabar dengan dugaan yang datang.. insyaAllah ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  15. Ujian demi ujian yang menimpa. Salam takziah kak fiza. Semoga kak fiza dan keluarga diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ujian tersebut. Be strong kak fiza. Banyakkan berdoa, moga moga Allah cepat cepat hapuskan ujian yang menimpa kak fiza dan keluarga.

    ReplyDelete
  16. Banyak betul ujian yang kak fiza kena tempuh ye. Semoga tabah mengharungi semua. Harap dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  17. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    ReplyDelete
  18. bertabahlah, fiza.
    moga semua sekali beransur pulih dan ok ok je.

    ReplyDelete
  19. Sedih yang membaca ni... Ya Allah, sembuhkanlah mereka yang sedang sakit sekarang ni... Jauhkanlah kami dari penyakit Covid 19 dan lelain yang merbahaya.. Amin ya Allah...

    ReplyDelete
  20. Salam takziah fiza..Allah mnguji hambanya yg kuat dan benar2 boleh harungi ujian darinya..MOga semua berjalan dgn baik..dan lancar urusannya..

    ReplyDelete
  21. Akak pun sekarang macam ada perasaan gemuruh. Rasanya blog tempat akak baca cerita untuk hilang rasa sayu. Entah tidak tahu macam mana nak beritahu perasaan.
    Jaga diri ya.

    ReplyDelete
  22. Allahu Akbar!. Betul-betul ujian buat Fiza sekeluarga..
    Semoga semuanya baik-baik sahaja sekarang..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.