Tiba Tiba Dapat Hadiah

Minggu lepas dapat satu bungkusan parcel yang dimasukkan dalam peti surat. Apakah? Tiba tiba dapat hadiah. Tak ada notification atau apa-apa hint pun. Bila tengok nama pengirim. Ermm..dia ni memang suka betul buat surprise. 

Tahu-tahu je dah sampai hadiah kiriman si dia ni tau! Siapa lagi kalau bukan daripada blogger Anies tu. Hadiah yang saya dapat dari membantu Anies dalam projek dia. Banyak hadiah yang Anies kirimkan ni. Semua cute-cute. Rasa sayang pulak nak guna.

  • drawstring bag
  • sheetmask aloe vera
  • sticker A-Z
  • extender mask
  • notebook cute

Hadiah Dari Blogger Anies

Bukan hanya saya seorang je dapat. Seramai 16 orang rakan blogger yang membantu Anies dapat hadiah juga. Terima kasih Anies kirimkan hadiah semua ni. Semoga projek mencapai kejayaan dan semoga dimurahkan rezeki Anies. Aaaminnn...

Kita bantu orang lain, kita akan mendapat balasan yang baik juga. Tapi janganlah kita bantu orang semata-mata untuk mendapat balasannya. Bantulah dengan seikhlas hati. Jika mendapat ganjarannya, Alhamdulillah.

Tak sangka juga dengan bantu Anies jawab beberapa soalan, dapat hadiah juga rupanya. Inilah dinamakan rezeki.

Saya tengah slow slow menjengah ke blog kawan-kawan. Baru nak mula catch up blogwalking semula ni selepas berehat hampir seminggu. Maaf ye kawan-kawan kalau lambat menjengah. Jangan marah aaaa...


18 comments:

  1. Wah, sweetnyaaaa blogger Anies ni 😁

    ReplyDelete
  2. so comel semuanya,fiza. beruntung...
    akak sejak PKP mula ari tu, blogging ke laut.
    mood takde :(
    now baru start semula. hmmmmm camne blog akak nak maju gini :) aha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Saya punya barangkali sudah sampai. Saya alamatkan di pejabat.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki dpt hadiah.. rezeki dpt kwn yg baik2 😍😍

    ReplyDelete
  5. Dah sampai ya kak fiza punya, yang saya status delivered tapi tak adaaaa, lupa nak call tanya pejabat pos. Risau hilang je :')

    ReplyDelete
  6. Awesomeeeee.. Tahniahhhh!
    Selamat berbw semula .. Tertanya tanya juga di mana perginya Puan Fiza kita ni .... Moga baik baik saja kehidupanmu kak Fiza ... Amin

    ReplyDelete
  7. sis anies punya hadiah kan smua cute2 mcm blog dia hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Rezeki Allah. Moga terus tambah rezeki Anies dan Fizah.

    ReplyDelete
  9. Comelnya hadiah-hadiah tu Fizah. Tahniah

    ReplyDelete
  10. Semoga bertambah rezeki si pemberi hadiah. Comei-comei hadiahnya. :)

    ReplyDelete
  11. shida pn dapat :)
    menarik sgt hadiahnya ni..Tahniah fiza!

    ReplyDelete
  12. Akak pun muncul semula untuk komen blog Fiza. Alhamdulillah telefon Lenovo kembali ke tangan. Kalau akak tidak jengah blog Fiza bukan sebab tidak sudi hehe tapi tidak boleh buka sebelum ini di telefon lama.
    Akak pun sudah dapat.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. sweet habis hadiahnya.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.