3 Dukun Santet
3 Dukun Santet telemovie ulang siaran yang akan bersiaran pada Sabtu ini 10 Julai 2021, jam 9:00 di Astro Citra dan Citra HD.
Telemovie/Telefilem 3 Dukun Santet berdasarkan kisah benar yang lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, dan Dayang Areeda.
![3 Dukun Santet 3 Dukun Santet Telemovie satro Citra](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1JW-bC2NwCa01MpVNU1ePHImABD1U91Yw9Y5tbC44p534M73uWyLzfxjlms-tvf4xqRntP3-7qNaiijpE4pN0wi_1MJgs_tiQyRtJExarpKQqGfb0OXwByJ5kqwCvEFCee5naxQVE5b2B/s16000-rw/Telefilem+3+Dukun+Santet.jpg)
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Dear Creative Media
Telemovie/Telefilem 3 Dukun Santet berdasarkan kisah benar yang lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, dan Dayang Areeda.
![3 Dukun Santet 3 Dukun Santet Telemovie satro Citra](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1JW-bC2NwCa01MpVNU1ePHImABD1U91Yw9Y5tbC44p534M73uWyLzfxjlms-tvf4xqRntP3-7qNaiijpE4pN0wi_1MJgs_tiQyRtJExarpKQqGfb0OXwByJ5kqwCvEFCee5naxQVE5b2B/s16000-rw/Telefilem+3+Dukun+Santet.jpg)
TELEFILEM DUKUN SANTET
Waktu siaran : 17 Oktober 2020, (Sabtu), jam 9:00 malamSiaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Dear Creative Media
SINOPSIS 3 DUKUN SANTET
Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik iaitu Saiful/Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang telah lama berkawan sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan.Akan tetapi lokasi cafe tersebut agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, aakhirnya Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe itu.
Mereka bertiga suka dengan tempat itu walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi. Saiful pernah mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu tapi tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu.
Mereka bertiga membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku. Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit. Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya.
Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut. Dalam masa yang sama menghalau hantu-hantu yang ada disitu.
Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek. Selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk. Sehingga menyebabkana hubungan persahabatan mereka terjejas.
Rupa-rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka.
PELAKON DAN WATAK
- Umie Aida sebagai Dukun Mek
- Isyariana sebagai Emma
- Zahiril Adzim sebagai Saiful/Epul
- Dayang Areeda sebagai Shasha
- Maria Farida
- Zulhusni Zamir
- Kween Keela
- Silfeny Osman
Berlakon lagi eh Umi Aida ni.. Ingatkan dah pencen. Hihi
ردحذفLast year punya telefilem ni. Tapi latest drama tahun ni pun ada berlakon jugak. Belum nak pencen lagi kot :)
حذفperghhhhh seram ni....!!
ردحذفHaa tu lah. seram cerita dukun dukun ni.
حذفOk.. Save the date! Saya sukaaa genre gini . Huhuuu...
ردحذفtahuuu..Nona memang layan cerita genre seram.
حذفWaaaa umie aida ni selalu berlakon jadi dukunn kannn, minat kalau tengok dia berlakon!
ردحذفKannn..dia punya kepakaran kot.
حذفdatang membaca..
ردحذفTerima kasih sudi singgah
حذفHehe dukun bertudung. Adakah Mek ini terlibat sekali buatkan bertambah gangguan dihadapi mereka bertiga? Persoalan daripada fikiran akak apabila baca sinopsis.
ردحذفImej tak berapa sesuai kan..Kena tengok nanti ceritanya macamana
حذفada tertengok😁 sekejap tapi tak habis he hee
ردحذفPasni boleh tengok full pulak kalau tertengok :)
حذفAkak dah tengok citer ni..best..akhirnya macam x percaya kawan baik mereka yang hantar sihir kat mereka..
ردحذفohh kawan baik dia ke yang buat sebenarnya.
حذفLama tak dengar perkataan 'santet'. Biasanya orang Sabah sebut perkataan tu.
ردحذفsantet, bahasa lembut sikit. tapi maknanya tetap menakutkan
حذفkalau seram2 best lah tgk nanti :)
ردحذفCerita seram yang okay, best lah tengok Shida.
حذفergh!! Drama seram ka.. baru cadang nak tengok.. cam kena kansel je.. hahaha
ردحذف