Air Kelapa Pandan Lemon Menyegarkan
Masih dalam cuaca musim panas. Mendung pun terasa bahang kepanasan tu bila hujan tak jadi turun. Dan dan tu lah rasa nak minum air kelapa. Bila suami nak keluar, saya tak lupa nak kirim air kelapa. Air kelapa tanpa gula ye, pesan saya.
Air kelapa pandan memang sedap minum tanpa gula. Rasa original air kelapa pandan dah cukup manis dan menyegarkan. Lagi lagi ditambah air batu. Even tambah air batu, masih lagi rasa manis air kelapa pandan.
Kononnya nak campur air gula melaka dalam air kelapa pandan tapi tak jadi. Lain dirancang, lain yang jadi.
Air kelapa pandan memang sedap minum tanpa gula. Rasa original air kelapa pandan dah cukup manis dan menyegarkan. Lagi lagi ditambah air batu. Even tambah air batu, masih lagi rasa manis air kelapa pandan.
Kononnya nak campur air gula melaka dalam air kelapa pandan tapi tak jadi. Lain dirancang, lain yang jadi.
Resipi air kelapa lemon
Campurkan jus dan hirisan lemon dalam air kelapa. Tambah gula untuk rasa lebih manis atau boleh tambah madu.Ada orang buat air kelapa muda lemon garam.
Ehh macam sedap lah pulak. Tak tahu nak describe rasa dia macamana. Rasa air kelapa selang seli rasa lemon. Rasa air yang sangat sangat menyegarkan tekak. Tambah madu lagi sedap kot sebab ada rasa manis sikit.
Tak tahu nak pilih mana satu gambar, letak dua-dua. Tak payah pilih. Benda boleh letak dua, kenapa nak letak satu. Hihi...
Dalam dok cari info air kelapa lemon ni, jumpa pulak cerita air kelapa dan air lemon boleh sembuhkan penyakit covid-19. Dengar boleh percaya jangan sebab tak ada kajian spesifik yang terbukti pun.
Tak salah pun nak minum. Air kelapa ni banyak khasiatnya.
Tak salah pun nak minum. Air kelapa ni banyak khasiatnya.
Khasiat air kelapa
Air kelapa pula mempunyai sifat diuretic kerana ia tinggi kandungan potassium sama seperti buah pisang. Kandungan potassium yang tinggi boleh membantu penyingkiran garam (sodium) dari badan. Air kelapa sangat baik bagi membantu menyeimbangkan elektolit dalam badan dan mengekalkan hidrasi.
Memang elok sangat minum waktu panas ni untuk kekalkan hidrasi. Tapi ada pantang larang minum air kelapa bagi pesakit tertentu yang ada ambil ubat-ubatan. Sama juga macam mitos orang dulu-dulu katanya tak boleh minum air kelapa masa haid sebab air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim sejuk.
Fakta : Tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minum air ais ketika haid boleh meningkatkan risiko terkena penyakit kanser rahim
sumber : https://www.facebook.com/maiwphealthcare/posts/pantang-larang-ketika-haid-baru-baru-ini-terdapat-beberapa-artikel-yang-tular-me/409716366135238/
Fakta : Tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minum air ais ketika haid boleh meningkatkan risiko terkena penyakit kanser rahim
sumber : https://www.facebook.com/maiwphealthcare/posts/pantang-larang-ketika-haid-baru-baru-ini-terdapat-beberapa-artikel-yang-tular-me/409716366135238/
perghhh first time tau air kelapa cmapur lemon ni....
ReplyDeletekena cr buah kelapa plak ni hahaha lemon ada je kt rumah :p
Jangan lupa cuba nanti KakRet :)
DeleteSedap minum time2 panas gini😋💕
ReplyDeleteSemestinya..tapi lately cuaca tak berapa panas. Mendung. Still sedap minum air kelapa :)
DeleteUntunglah mendung. Kat Ipoh ni, hangat pijor dibuatnya!!Nak keluar sampai terpejam2 mata sebab silau.
DeleteCantik prop cawan pada gambar pertama.
ReplyDeleteBelum pernah buat air kelapa lemon. Hehe macam-macam cara buat air.
Glass milk carton tu kak..untuk susu atau jus..saja guna yang tu hihi
DeleteAir zaman sekarang macam macam jenis ada :)
Kalau nak buat ni kena air kelapa yang muda dan manis. kalau tidak memang masam la jadinya
ReplyDeleteKalau guna kelapa pandan ada rasa manis sikit Sal. Kalau kelapa biasa memang kena menambah gula. Tak nak masam sangat. Letak hirisan je tak perlu perah :)
Deleteparents selalu buat air tebu lemon. sedapppp
ReplyDeleteRare jugak tu tebu + lemon. Boleh cuba nanti kalau jumpa air tebu.
Deletesedapnya air kelapa minum tapi tak pernah pula try dengan lemon, menarik tu..hahaha
ReplyDeletePasni beli air kelapa boleh campur lemon pulak :)
DeleteTengok gambar Fiza, teringin pulak nak try. Lawo amat gambarnya.
ReplyDeleteLemon ada ni, kena cari air kelapa muda.
Alhamdulillah..Terima kasih kak. Nanti jumpa air kelapa boleh cuba letak hirisan lemon :)
Deleteterasa nyaman
ReplyDeletekelapa pandan.ni bau wangi je kan
yup, aroma dia wangi sikit lah. Memang nyaman tekak rasa.
DeleteTerasa macam lalu ja dekat tekak ni. Air kelapa + gula + garam secubit sedap manis2 lemak2 mcm tu perghhhhhh
ReplyDeleteUishhh into the scene sangat ni. hihi... saya tak campur garam pulak. next time lah nak cuba.
DeleteCantikkk gmbrrr
ReplyDeleteSedapnyaaa
Terima kasih Rabia. Ye, memang sedap air kelapa lemon ni
Deletegambar cantik la , kagum ccl tengok . ya gabungan air kelapa dan lemon memang sangat sedap . terus tekak jadi segar
ReplyDeleteTerima kasih Lyana. Refreshing sangat tau :)
Deletewah sedapnya ni 😍
ReplyDeleteyaa, memang sedap :)
Deletesedapnya, lega masuk tekak kalau musim panas-panas ni, dekat kulim dah hujan ni dari ptg tadi sampai ke malam, alhamdulillah sejuk sikit..
ReplyDeleteBetul tu CikTimm. Memang syok minum musim panas ni.
DeleteAlhamdulillah hujan..sejuk sikit kan
Tahun ni dua kali demam yang agak teruk dari demam biasa, mak bagi air kelapa campur lemon ni . tapi taklah berais.. sebab satu set dengan selesema dan sakit tekak... Memang nampak surut.. memula makan panadol aje.. taknak lah air kelapa... tapi lepas tiga hari tak kebah.. terus mintak abah belikan air kelapa... mak suh campur lemon.. ok kita try.... Alhamdulillah.. lega dan beransur... cuma jarakkan masa minum air ni dengan makan panadol tu... tetap amek panadol sebab nak cepat sihat... cuma takut berlawanan ubat.. kan.. hoho
ReplyDeleteAlhamdulillah..khasiat air kelapa ni boleh dijadikan ubat. tapi tak sesuai diambil dengan ubat ubatan sekali. Betul tu nona.
DeleteSedapnya... so refreshing!! Kakmim suka air barli lemon.. barli kena pakai yg barli betul2 tu.. selalu kakmim kalo nk order akan tanya dlu guna barli sirap ke barli buah tu... hahaha.. cerewet
ReplyDeleteBarli lemon tak pernah cuba lagi kakmim. Baik, boleh cuba barli lemon pulak nanti. Cerewet tu biasa, haruslah kena dengan apa yang kita nak kan. Kita bayar :)
Deletesedapnya nmpk air kelapa ni.
ReplyDeleteSedap Syu. nanti cuba air kelapa tambah lemon ye :)
Deletesaya belum pernah cuba minum air kelapa dengan lemon. Tapi kak, saya sering minum air kelapa ketika masa-masa terakhir haid, sebab air kelapa seperti membersihkan sisa2 darah dan membantu keluarkan darah-darah haid yang menggumpal. Wallahu'alam.
ReplyDeleteOh ye ke Naia. Saya baru tahu tentang itu. Terima kasih ya share :)
DeleteAir tu dah confirm sedap.. Gambar pun cantik.
ReplyDeleteYa sedap! Terima kasih :)
DeleteAir kelapa pandan memang sedap, manis kan Fizah. Wangi lagi tu. Kalau tambah jus lemon bertambahlah segar rasanya!
ReplyDeleteYa, manis kak Amie tak perlu tambah gula pun sedap dah. Tambah lemon lagi fresh gitu
Deletewah! cantiknya view air kelapa nii. membuatkan rasa nak beli air kelapa ni. hehe
ReplyDeleteTerima kasih Nad. Nanti beli dan cuba letak hirisan lemon :)
DeleteAkak dok belek-belek pic pertama tu.. berseni sangatlah.. tak boleh nak berfikir di luar kotak. bekas tu camne gaya dia..kaca ke tu?
ReplyDeleteBekas dia kaca bentuk macam kotak susu empat segi :)
DeleteNak lagi jelas boleh google 'Glass milk carton'.
Boleh try juga nanti.. Tak pernah lagi minum kelapa campur dengan lemon.
ReplyDeleteDah lama tak minum air kelapa lepas demam hari tu. Kebetulan tempat yang selalu beli tu x bukak. Tak tahu kenapa..
Boleh try Naniey letak hirisan lemon kalau jumpa air kelapa. Sejak pandemik ramai peniaga kecil dah tak berniaga tepi jalan. Mungkin ada sebab masing masing.
Deletesedapnya kalu dpt time panas2 ni����
ReplyDeleteAuto sedap dapat minum air kelapa tengah cuaca panas ni Anies.
DeleteSedappnya pekena air kelapa time panas panas, tapi tak pernah try minum sekali dengan lemon. Curious pulak rasa dia macam mana sebab first time tengok air kelapa campuran lemon ni hehehe.
ReplyDeleteMusim panas memang syok minum air kelapa sejuk. Boleh cuba campur lemon lepas ni.
DeleteNampak pun segar, bole try, cantik gambar berbelakangkan koleksi pokok tu :)
ReplyDeleteAir kelapa memang fresh. Boleh cuba letak lemon nanti kalau minum air kelapa.
DeleteAda fungsinya jua tanam pokok hiasan, boleh buat props gambar. hihi