Ayam Masak Kicap Tak Pernah Tak Sedap
Pagi ni tak secerah semalam. Gelap macam nak maghrib dah. Kedengaran hujan turun tapi sekejap. Mungkin juga akn disusuli dengan hujan lebat. Sarapan pagi ni saya panaskan roti canai yang beli extra haritu. Senang tak payah pening kepala nak masak apa.
Cerita lauk tengahari semalam. Saya masak ayam masak kicap.
Apa beza ayam kicap dengan ayam masak kicap? Atau sama je? Siapa boleh jawab, silakan jawab. Saya biasa dengar nama ayam masak kicap. Ayam kicap tu macam baru familiar sejak ayam masak kicap 3 budak gemuk mula popular tu.
Ayam masak kicap ni tak pernah tak sedap. Ayam masak kicap bodoh pun sedap dah. Nak pedas sikit ayam masak kicap pedas letak cili api atau tambahkan cili kisar. Nak ada rasa sensasi aroma halia boleh masak ayam masak kicap halia tambah kicap.
Cara saya masak ayam kicap suka goreng ayam terlebih dulu. Dan mestilah kena pedas. Baru ngam dengan rasa kicap manis.

Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit baru goreng. Biasanya saya goreng sampai masak. Garing sikit dan nanti terus gaul je dengan sos kicapnya. Goreng half cook kalau nak rasa isi ayam tu juicy.
![ayam masak kicap resepi ayam masak kicap mudah dan cepat](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg99xg20Qpe-dV6OGRznjdcZMmZJXpCfuRb1B9BrlYgtvW3sqhAtJlXxsamRMrtCR4ZDsOGABDlSOI8nK9lB1ZAx3T5wX5Qr5TFjIR9U6Wv_tPFqf2IOJIWQ9WiX_AHxqQRI7PpUDdAm8Rd/s16000-rw/resepi+ayam+masak+kicap+mudah+dan+cepat.jpg)

baca juga : resepi ayam masak kicap mudah dan cepat
Untuk resipi masakan ayam masak kicap cara saya, boleh rujuk link diatas. Saya pernah kongsikan sebelum ni. Sama je kaedah dan bahannya. Masih setia dengan tomato cherry bukan sekadar hiasan. Sedap rasa tomato cherry yang lebih manis.

Sedapnyaa
ردحذفayam masak kicap semestinya sedap :)
حذفmungkin ayam kicap tu gaul dengan kicap je tanpa perlu tumis.
ردحذفMungkin juga tu kan.
حذفAyam masak kicap manis pedas upmhhhhhh! Sedapp kuah pekat sikit kalau ain lah prefer macam tu hehe
ردحذفYaa..saya pun suka kuah kicap pekat.
حذفsedapnya... akak peminat ayam masak kicap dan antara menu kegemaran 2 beranak kat rumah jugak
ردحذفMasakan kicap memang favourite ramai orang. Nasi dengan telur goreng pun kena letak kicap baru ngam :)
حذفmasak kicap suka yg pedas..kalau utk kanak2 bolehlah yg bubuh kicap saja..
ردحذفyup, pedas pedas ni untuk orang dewasa baru feel makan :)
حذفmenu ayam x dibeanrkan buat sementara waktu dalam rumah ni oleh Dania...hahahha..dia dah muak dah...so either ikan atau daging atau seafood lain x pe...sudahnya atuk x tau nak masak apa while mama dia masak time weekend je
ردحذفFaham faham..memang muak kalau ayam hari hari. Jenuh lah atoknya nak pikir lauk apa untuk kakak Dania. hihi
حذفHahahaha tajuk fizah .... kicap mmg sentiasa sedap!! :D
ردحذفSimple nak senang nak buat :D
Haha..Haruslah kena sedap bila ada kicap ni. Yaa, simple dan super sedap!
حذفsaya pulak suka goreng half cook. so, isi ayam tak kering. betul tu, ayam masak kicap tak pernah tak sedap. cuma level sedap jela berbeza. hehe
ردحذفhalf cook pun sedap juicy. Yup, setuju. Level sedap tu berbeza ikut selera masing masing :)
حذفApa pun versi ayam masak kicap semuanya sedap dan ayam masak kicap adalah salah satu masakan paling mudah disediakan.. :)
ردحذفYe betul naniey. Mudah dan sedap yang penting tu.
حذفRasanya ayam kicap itu, ayam goreng lepas itu letak kicap. Ayam masak kicap pula, ayam goreng lepas itu masuk kicap masak juga. Hehe itu pemahaman akak.
ردحذفOh semalam akak buat telur masak kicap. Lauk kicap memang sedap sahaja.
Ohh macam tu ye kak? Mungkin juga kot macam tu. Telur masak kicap sedap selalu :)
حذفapa-apa masak kicap memang sedap..haha..tambah kentang lagi ummpp :P
ردحذفBetul tu. Tambah kentang pun sedap :)
حذفMenu simple gini memang sedap!! Menu gini gak lah punca bertambah2 cedok nasi😆
ردحذفHaha..kita masak nasi cukup cukup. Tak boleh menambah :)
حذفtak pernah la tak sedap ayam masak kicap ni, boleh cuba banyak cara juga :)
ردحذفYa, macam macam cara pun sedap juga rasa dia kan :)
حذفSetuju..ayam masak kicap walaupun versi camne, tetap sedap. Sebab kicap memang dah sedap. Kita tukar2 versi masakan sebab boring asik sama je rasa.
ردحذفBetul kak. Jarang tak sedap kan. Ya, cuba cuba resipi orang lain pun boleh rasa versi masak kicap yang lain.
حذفayam masak kicap paling simple dan juga sedap! sekrang ni dah upgrade bakar dalam air fryer dulu sebelum masuk dalam kuah kicap, nak sihatlah kununnya, hihi..
ردحذفMesti lagi sedap bakar dulu dalam air fryer tu. Good idea :)
حذفsedapnya..nak buat jugakla ayam kicap..btw jom join GA http://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
ردحذفye, sedap. Terima kasih :)
حذفsetuju dgn tajuk entri ni. hehe.
ردحذفsyu suka buat ayam kicap pedas. tak boleh kalau tak pedas.
Kannn..kena pedas manis tu baru sodap :)
حذفMenarik kaedah fotografi.. Menambat selera.
ردحذفTerima kasih. Masakan kicap pasti menambat selera :)
حذفBegitulah style kami kalau olah ayam masak kicap. Kena goreng separuh masak terlebih dahulu. Sedapnya ayam masak kicap. Lama tak makan menu begini.
ردحذفBaru sedap bila goreng terlebih dulu. Pasni masak ayam masak kicap pulak kak.
حذفayam masak kicap paling simple dan sedapppp
ردحذفYa betulll..lauk yang menyelerakan :)
حذفPaling senang nak masak. Saya pun selalu jugak masak ayam kicap ni, malas nak fikir lama lama nak masak apa, janji kenyang je perut hahaha
ردحذفItulah kan, asalkan kenyang perut. Ayam masak kicap pun simple dan sedap je.
حذف