Cara Permohonan Pengeluaran i-Citra Online Bermula 12 Julai 2021
Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC), pencarum KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-Citra. Ikut jadual asal, tarikh permohonan i-Citra KWSP 2021 pada 15 Julai tapi telah diawalkan.
Ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Untuk Semakan status permohonan i-Citra juga turut boleh dibuat dalam pautan web yang sama di atas.
Tarikh permohonan i-Citra online : 12 Julai 2021
Jumlah pengeluaran maksimum i-Citra : RM5000
Syarat permohonan i-Citra
- Baki minimum dalam akaun KWSP berjumlah RM150.
- Pengeluaran minimum adalah RM50.
- Pencarum perlu meninggalkan baki dalam akaun sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya dilakukan.
Permohonan dan Semakan i-Citra 2021
Permohonan i-Citra KWSP online boleh mula dibuat pada 12 Julai 2021 di laman sesawang : icitra.kwsp.gov.myCara permohonan i-Citra
1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan.
A : Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
B : Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk.

5. Tekan TERUSKAN.
6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat dan tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.
Untuk Semakan status permohonan i-Citra juga turut boleh dibuat dalam pautan web yang sama di atas.
Kesimpulan Permohonan i-Citra Online 2021
Jumlah pengeluaran maksimum i-Citra : RM5000
Tarikh akhir permohonan i-Citra : 30 September 2021
Harap ia membantu mereka yang terjejas.
ردحذفHarapnya begitulah.
حذفDulu i-Sinar, akak tak keluarkan. Yang i-Citra ni pun, rasanya tak keluarkan kot. Biarlah duit tu beranak kat dalam. Cukup makan pakai. Alhamdulillah. Biarlah orang yang terjejas pendapatan je yang keluarkan.
ردحذفBetul kak. Bagi yang terjejas bolehlah keluarkan. Yang masih berkempuan sebaiknya simpan dulu
حذفThanks for sharing this, Fiza 😊
ردحذفYou're welcome Kak Farrah :)
حذفYess.. ini yang dinanti nantikan... Boleh try
ردحذفSemoga berjaya Nona
حذفthanks for sharing
ردحذفsama² Kak
حذفterima kasih fiza..siap dah mohon..
ردحذفSama² Shida. Semoga lulus permohonan Shida
حذفMoga moga dapat membantu keluarga yang terjejas disebabkan pandemikkk. Walaupun ini sepatutnya digunakan masa pencen nanti, tapi apa boleh buat kannn.
ردحذفItulah kan. Tapi nak buat macamana, terpaksa juga jika pendapatan terjejas demi kelansungan hidup
حذفTerpaksa mohon. Sebab agak terjejas sbb gaji xde 😆
ردحذفDah boleh mohon
ردحذفAlhamdulillah.. Perkongsian yang membantu..
ردحذف