Diskaun Bil Elektrik 2021

Seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC), bermula Julai ini TNB akan memberikan diskaun bil elektrik 2021 antara 5 hingga 40 peratus dalam tempoh 3 bulan. 

diskaun bil elektrik 2021 PEMULIH

Rebat elektrik 2021 ini diberikan untuk pengguna domestik dan juga bukan domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi secara bersasar. 

5% diskaun diberikan kepada pengguna elektrik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian spesifik di bawah voltan rendah yang akan memberi manfaat kepada 1.6 juta pelanggan TNB.

10% diskaun diberikan sehingga 31 Disember ini kepada pengguna elektrik di enam sektor perniagaan terpilih menerusi inisiatif Pemerkasa Plus iaitu :
  • pengendali hotel
  • agensi pengembaraan dan pelancongan
  • kompleks beli-belah
  • pusat konvensyen
  • taman tema
  • pejabat syarikat penerbangan tempatan

Diskaun bil elektrik ini sekurang kurangnya dapat membantu mengurangkan kos bil elektrik tinggi semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sedia maklum, bil elektrik PKP tinggi disebabkan kita semua duduk di rumah je.

Jadi penggunaan barang elektrik sudah tentu lebih daripada biasa. Sebelum ni juga ada diskaun bil elektrik semasa PKP dibawah program Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan. Lega juga lah ada rebat. Tak perlu bayar bil elektrik sebulan masa PKP1.0 haritu. Siap ada negative lagi tu.

Syukur jugalah bila ada diskaun bil elektrik PKP3.0 juga. Sedikit sebanyak mengurangkan beban kita nak membayar bil elektrik tinggi ni. 

baca juga : punca-punca bil elektrik tinggi
                      cara bijak jimat elektrik

Diskaun bil elektrik pemulih untuk penggunaan elektrik bermula 1 Julai 2021. Selain itu, penangguhan pemotongan bekalan elektrik akan diberikan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 September 2021.

26 comments:

  1. dpt juga la ringan beban rkyt yg dh lama terkurung nie smpai hilang pndptn

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah, dapat ringankan bebanan yaang sedia ada ini hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ringankan beban bayar bil.

    ReplyDelete
  4. Sekurang-kurangnya perkara sebegini dapat membantu rakyat malaysia

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Memang bagus ada diskaun bila bil elektrik tinggi masa pkp ni.

      Delete
  6. shida punya bil xpernah lebih RM30 fiza..jrg duk rumah kot hahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriouslah Shida..sikit tu. tak pening kepala nak bayar. Jarang duduk rumah tak banyaklah guna, kan.

      Delete
  7. erkkk tp bil k ret sentiasa tinggi ni heheh.. ssh nak kurangkan bil..
    aissh... x merasa la diskaun nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham tu KakRet, susah juga nak berjimat bila terperap 24jam dalam rumah ni. Ada tu dapat diskaun.

      Delete
  8. Masing-masing mengadu bil meningkat, yelah dah semua duduk rumah. Dengan wfh, pdpr lagi.
    Alhamdulillah ada rebat gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya, duduk rumah tak kemana kan. Bagus sangat ada rebat ni.

      Delete
  9. Alhamdulillah, sekurang kurangnya dapat membantu meringankan beban bayar bil walaupun bil selalu tak mahal atleast ada pemotongan jugakkk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sangat membantu. At least kurangkan sikit nak membayarnya.

      Delete
  10. Syukur Alhamdulillah. Dapat kurangkan beban pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada juga bantuan untuk meringankan beban

      Delete
  11. alhamdulillah atas apa juga bantuan yang diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..betul tu, segala bantuan kita perlu bersyukur terima

      Delete
  12. Alhamdulilah. Agak terasa lockdown nii. Bil naik sbb kat rumah jee kan.hehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah . Sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat

    ReplyDelete
  14. Harap- harap betul la ada diskaun...at least ringan sikit beban kan

    ReplyDelete
  15. huhuhu.. tak merasa pun.. malah rasanya bil elektrik jd lebih melambung pula..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.