Hujan Di Pagi Hari Dan Menjamu Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Nak makan apa pagi ni? tanya suami. Saya diam, tak ada jawapan untuk diberikan. Belum sempat fikir jawapan. Tiba-tiba katanya nak makan roti canai. Terus saya whatsapp order nasi lemak dan roti canai. Macam biasa beli nasi lemak dua bungkus dan roti canai kosong 10.

Bukan nak makan 10 sekaligus. Buat stok minum petang atau makan malam nanti. Nak tebar roti canai kita tak pandai. Beli je lah. Sekarang dah ada contact number kedai roti canai dan nasi lemak. Jadi lebih senang. Bila dah siap dia akan whatsapp dan ambil sendiri.

Boleh je nak delivery tapi saja nak jimat RM2. Pergi ambil sendiri dan tak perlu beratur. Kedai tu sentiasa ramai orang. Kalau walk in menunggu setengah jam pun boleh jadi juga. Elok je suami sampai rumah lepas ambil makanan, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmat di pagi hari.

Syukur sempat sampai rumah baru hujan. Kalau tidak, mahu lencun sampai rumah sebab naik motor. Hujan kat luar, pokok dalam rumah tak kena air. Kenalah siram manually. Pokok fittonia yang comel lagi cantik.

Hujan Di Pagi Hari

Sejuk sejuk hujan macam ni dapat nasi lemak bungkus daun pisang panas panas terasa nikmatnya. Aroma daun pisang membangkit selera. Zaman sekarang nak cari nasi lemak bungkus daun pisang pun payah. Almaklumlah di bandar ni serba serbi duit. Daun pisang kena beli.

Rezeki hujan di pagi hari. Sesekali cuti masak pagi beli makanan boleh juga bantu jualan peniaga kecilan juga. Dah banyak kali repeat order. Nasi lemak, sambal dan roti canai kena dengan selera.




سورةُ الرَّحمن‏
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحيمِ

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ (13)
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.(13)

47 comments:

  1. Wow, sambal nasi lemak tu nampak menarik sangat. Terliur As...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak, Fittonia kak. Ada banyak jenis. semua daun cantik cantik. senang nak hidup

      Delete
    2. cantik.. fittonia ni nama kampungnya apa? hahaha

      Delete
    3. Alamak, macam tak tahu lah pulak. Tahu fittonia. Dia ada banyak corak daun macam pokok ati ati banyak spesis.

      Delete
  3. Wah sedap, nasi lemak,cantik gambarnya pandai plan siap2 kedepan:)

    ReplyDelete
  4. Betul..pagi ni hujan lebat dan ada sedikit ribut..xde amaran pun...tetiba jer hujan...

    ReplyDelete
  5. Betul kan nak dpt nasi lemak bungkus daun pisang shh skrg ni.. Klu ada pun ciput je nasi nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Sini ada lah 2-3 kedai bungkus guna daun pisang. Tapi yang ni lebih menepati selera.

      Delete
  6. Sedapnya breafast sambil hujan2. Kami sini hujan pun dah lama tak nampak. rinduuuuu! tapi kalau hujan minta panas pulak. manusia manusia. Msuim2 panas ni best sidai baju. sat ja kering. Musim hujan pulak best ja tidur kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia ain, mana pernah puas. Begitulahhh...Alhamdulillah pagi ni dapat makan dalam suasana sejuk sikit dari biasa.

      Delete
  7. hujan hujan ni kalau hidangkan menu apa pun pasti kenyang je masuk perut . berselera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat! Asalkan ada makanan masuk mengisi perut.

      Delete
  8. Senangkan pesan melalui talian, ambil apabila sudah siap.
    Memang suka nasi lemak balut daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. roger dulu, pastu baru amek. Tak payah nak beratur bagai.

      Delete
    2. Ye kak. senang roger dulu. dah siap baru datang ambil. Sedap nasi lemak bungkus pisang. aroma daun pisang wangi :)

      Delete
  9. wah, keliatan lezat sekali nasi lemaknya. cocok untuk makan pagi.. :)

    ReplyDelete
  10. Kat tempat akak ni, lama dah tak hujan. Nampak menyelerakan, nasi lemak daun pisang Fizah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak? Harap harap hujanlah nanti. Sejuk sikit rasa. Asal bungkus daun pisang mesti menyelerakan

      Delete
  11. Ingatkan roti canai 10 tu typo, rupanya memang beli untuk simpan dan perangat. Yelah kan, tak bagus keluar selalu. Bestnya hujan pagi, di KL ni lama tak hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tak typo Sal. Memang biasa beli lebih. boleh buat minum petang ke, makan malam ke atau sarapan esoknya. tambah telur. Itulah musim panas, ingatkan ada jugak hujan turun kat sana.

      Delete
  12. alahai sedapnyaaa... buat nasi lemak tak susah... tapi yang payah nak jadi sambal nya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye KakYan, sambal tu banyak pantang larang dan proses lama. Beli je lah. tapi kalau mood rajin tiba tiba jadi gigih.

      Delete
  13. Kejut kita baca beli roti canai 10, rupanya simpan untuk dimakan lain kali hahaha.
    Tapi bagus lah tu beli banyak terus, tak payah beli or keluar acap kali kan kak fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..simpan boleh makan nanti² tak payah keluar membeli lagi nanti.

      Delete
  14. ya Allah lapar tengok nasi lemak tu..nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi lemak bungkus daun pisang jarang tak sedap 😊

      Delete
  15. Replies
    1. Pagi pagi pekena nasi lemak bungkus daun pisang bertambah lazat.

      Delete
  16. Last week baru makan nasi lemak daun pisang.. tapi dah tengahari baru makan... so dah sejuk sebab orangnya bungkus sesiap dah pastu bior je kat pinggan sana.. kalau nak beli amek situ.. Seda lagi kalau pepanas gitu.... Nanti nak try cari gak pepagi.. tapi now tengah off nasik... haaaaaa.. kalau mampuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sedap nasi lemak panas panas tu terus bungkus. baru naik bau aroma daun pisang tu. Ohh diet ye nona? Sebulan sekali cheat day takde hal lah kan. hihi

      Delete
  17. Gambar yang membangkitkan rasa lapau..

    ReplyDelete
  18. pehh mmg padu. dapat minum kopi o panas pulak tu walaa

    ReplyDelete
  19. Cantik butiran nasi lemak tu Fizah. Sambalnya pun dimasak sempurna. Nasi lemak bungkus daun pisang memang menggamit memori. Sekarang jarang orang jual guna daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak dan sambalnya memang sedap. Menepati selera. Betul Kak Amie, dah susah nak jumpa nasi lemak bungkus daun pisang.

      Delete
  20. tengok gambar yg fiza ambil tu cantik sangat, lagi terasa nak order nasi lemak sekarang juga..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..terima kasih. boleh order esok untuk sarapan pagi :)

      Delete
  21. lama xmkn nasi lemak daun pisang. bertambah sedap sbb dialas dengan daun pisang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa nasi lemak bungkus daun pisang. Alas daun pisang sedap, dibungkus lagilah sedap :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.