Karipap Pusing Bonda Inti Sardin
Lama betul tak makan karipap pusing. Dapat karipap pusing rangup dan rapuh tu memang sedap. Nak buat sendiri memang tak lah. Bukan tak pernah cuba. Dah 2 kali cuba tak menjadi jugak. Kali kedua cuba buat dengan husband berakhir dengan gelak. Maksudnya failed lah tu.
Jangankan karipap pusing. Karipap biasa pun failed. Apoooo! Nak makan karipap, beli je karipap frozen. Ready to goreng je senang. Tak kiralah karipap kentang, karipap sardin, karipap pusing, karipap daging kentang sekalipun. Kita belikan aje.
Mungkin cara buat karipap pada orang yang pandai senang je. Tapi bagi yang tak ada bakat ni, macam susah. Cara kelim karipap tu pandailah juga. Tapi part buat kulit karipap tu terpaling failed. Inti tu kira senang juga sebab kaedah dia macam masak lauk je.
Kena pratice make perfect lah. Tiba-tiba macam rindu pulak nak makan karipap ikea. Tiada tandingan rasa karipap ikea tu. Dia lebih kurang macam karipap gergasi tu ada letak telur rebus dalam karipap.
Apa jugak jenis karipap kena kulit nipis rangup dan inti sedap. Yang berniaga pun janganlah jual karipap inti oksigen ye.
Maafkan saya, terbebel pulak.
Minggu lepas mak mentua dengan adik ipar ada bagi karipap pusing inti sardin frozen jugak. Karipap Pusing Bonda namanya. Baru minggu ni menggorengnya pun. Mujur teringat ada karipap pusing frozen dalam peti ais. Kadang boleh jadi pelupa jugak. Faktor usia ke faktor stress tak tahu lah.
![Karipap Pusing Bonda Inti Sardin Karipap Pusing Bonda Inti Sardin](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfdGqcqJ4gHnXYI03ejPdefQaNtdrjEObUZHYwz71gV_06OHYc_-4jyMAxXFO-PsKew50bWfRk_49AsCwpUb74K7Dq7THtLdyTZsDraL5OYZjEPxdis883RFirXqxyLD4cj8Vbukzd1D61/s16000-rw/Karipap+Pusing+Bonda+Inti+Sardin.jpg)
Karipap pusing
Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik dan lebih rangup. Lebih mudah dikenali disebabkan lapisan kulit.Yang berdekatan area Seremban nak cuba rasa, silalah order.
![Karipap Pusing Bonda Inti Sardin Karipap Pusing Bonda Inti Sardin](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx7LhNgyrGv4oPHbEw4kWUUfyueow_7xTL8dAqx6EH2AbmgUw-DDVbwDYdCl7pVyEBUObyqvGEQiVX33rOquP4_vYI4LMP2PIa6gtI0eATMiS5liHW2_r7DDmjctOYdAKGoClfJJ1DI2jH/s16000-rw/Karipap+Pusing+Bonda.jpg)
Rindu juga nak makan karipap ikea hahaha... skrg ni mmg cari karipap ala2 ikea je..
ردحذفNasib la terjumpa walau takde la sama kan tp at least ada la rasa nya mcm ikea sket2 hahah...jadi la buat hilangkan kempunan gitu :p
Rezeki KakRet jumpa ala ala IKEA punya tu. Jadilah buat hilang kempunan kan.
حذفAkak adalah penggemar karipap dan akak sememangnya tak pandai buat karipap..pandai beli dan makan je..hahahahha
ردحذفSamalah kita kak. beli je lah senang. nak makan pun sikit je :)
حذفLagi suka karipap biasa daripada karipap puding. Mungkin apabila puding kulit jadi tebal.
ردحذفkaripap mana mana pun kalau inti sedap dan kulit nipis pasti sedap.
حذفsuka karipap pusing...tp tkpernh buat sdiri walaupun mak mmg jual frozen food karipap..anknya tk reti buat..tau mkn je hehe
ردحذفHehe..faham sangat tu :)
حذفwah, apa pula itu karipap pusing? penasaran seperti apa rasanya?
ردحذفdi Indonesia tidak ada ^_^
Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik. Boleh rujuk pada gambar lapisan tu :)
حذفsedapnya karipap inti sardin!
ردحذفkalo karipap pusing ni sy kurang minat skit.. hihi
Sedap inti sardin. selera masing-masing gitu :)
حذفSedapnyaa karipap
ردحذفSedap!
حذفsuka karipap pusing
ردحذفselalu order dgn ank buah yg buat jualan juga di kl ni
Best tu dapat makan selalu kalau teringin.
حذفAkak buat karipap sendiri masa tahun2 awal kawin je. Lepas tu dah senang beli yang frozen, beli kan aje..hehe
ردحذفSejak rumah dekat dengan IKEA ni, memang akak dan suami dah jadi peminat karipap dia pulak. Bolehlah kerap makan sementara duduk sini.
Untungnya dekat dengan IKEA. tapi IKEA sekarang tutup lagi kana kan. Ye betul. Beli frozen je senang kerja.
حذفBukan semua tahu buat karipap pusing ni. Akak karipap biasa je bole buat. Itu pun malas, beli frozen je senang. Hehe..
ردحذفBetul kak. Kita serahkan pada yang pakar buat karipap. Kita tukang support beli frozen je.
حذفnampak gebu dan ranggup
ردحذفya rangup :)
حذفKak Amie suka makan karipap biasa dan karipap pusing yang rangup. Kalau buat sendiri memang kena ikut mood. Ada kawan di dapur memang best buat karipapa, tapi bile sendiri...aduyai! Akhirnya beli saja hihihii.
ردحذفDua karipap kalau rangup memang best makan. hihi..kalau buat sorang memang letih sikit. itulah, beli je senang.hihi
حذفAduih..dan dan rasa lapaq nak karipap, rindu la cheq kat karipap gergasi yang ada teloq rebuih tu 🤤
ردحذفKan..rindu nak makan karipap gergasi tu. Mana nak dapat entah
حذفCantik buatan karipap pusing tu.. Rasaoun pasti sedap.
ردحذفYup, menjual kena cantik dan sedap seiring :)
حذفKan kak fiza, benda ada dijual, kalau bukan untuk dibeli, takkan untuk dilihat saja kan? Hehehe. Kalau saya punn, setakat nak lepas ngidam sikit, saya beli aje hehehe. Senang.
ردحذفHihi..kalau tak reti kita serahkan pada yang pakar buat. itulah setakat nak lepas mengidam tu okaylah beli je.
حذفlama sgt shida xjumpa karipap pusing..kdg2 ade yg buat jenis rapuh..kan fiza..
ردحذفSusah jugak nak jumpa. Fza suka jenis rapuh Shida :)
حذفsama lah kite. leceh nak buat karipap ni sebenarnya dan penat. sanggup beli jer.. hahaha
ردحذفMampu beli je setakat ni..nak buat tak mampu nak tengok ending dia. huhu
حذفnampak kesedapannya tu..tapi akak tak berapa suka inti sardin berbanding yang lain..
ردحذفohh bukan peminat sardin. Kena cari inti selain sardin gitu.
حذفSaya suka gak inti sardin... Karipap memang kena kulit nipis tapi rangup..Agituh..... isi kt dlm pulak bukan oxygen, barulah jadi pilihan....
ردحذفisi padat kulit nipis baru syok makan, kannn
حذفsenang beli yg frozen ni, tinggal nak goreng dan makan :)
ردحذفSenang beli frozen tp kan fiza memang teringin nk buat karipap pusing sendiri sampai ke sudah tak dpt2
ردحذفSha selalu ada stok karipap sardin frozen kat rumah.. tapi bukan pusing lah.. susah juga nak jumpa kat sini.. senang.. nak makan keluarkan dan goreng..
ردحذفNak buat sendiri tak tahulah jadi ke idak..