Header Ads

Limau Kesturi Bukan Kasturi

Selama ni dok sebut limau kasturi, rupanya limau kesturi. Banyak betul bahasa melayu yang salah ejaanya. Contohnya seperti dibawah.

resepi = resipi
kuey teow = kuetiau
mee = mi
nenas = nanas
garfu = garpu
istirehat = istirahat

Sebenarnya banyak lagi ejaan yang perlu diperbetulkan. Lepas ni kena sebut limau kesturi, bukan kasturi. Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pun tak ada istilah limau kasturi.

Limau Kesturi

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Limau Kesturi Calamansi

Limau kesturi menurut wikipedia pula adalah (Citrus microcarpa, limau kasturi in english adalah Calamansi). Sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Filipina. Kemudiannya tanaman limau kesturi tersebar ke asia tenggara.

Di negara Amerika pula dipanggil Kalamasi atau limau Panama yang tumbuh di kawasan tropika.

Jus limau kesturi sedap dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Menyejukkan tekak dan badan serta menghilangkan rasa dahaga.

Selain dijadikan minuman, limau kesturi juga digunakan dalam pelbagai masakan melayu seperti mi kari, mi rebus, laksa dan menu-menu yang berkaitan. Tak ketinggalan, jeruk mangga asam boi. Wajib tambah perahan jus limau kesturi. Baru kick rasa masam dia. Kecur pulak rasa!

Siapa suka makan limau kesturi dengan asam boi merah tu? Uishh hebat lah tahan masam. Saya tengok orang makan pun dah rasa kemasaman dia. Tak sanggup nak cuba. Setakat perah jus dalam air dan makanan je mampu.

Limau Kesturi Calamansi

Limau kesturi ni saya guna untuk cuci ayam ikan juga. Hilangkan bau hanyir. Pernah beli pokok limau kesturi kat nursery tapi tak hidup lama sebab kucing buat onar kencing dalam pasu. Konon tanam senang nak guna bila perlu. Tapi hajat tak kesampaian.

Sebab bila beli limau kesturi ni dia dah pack sebungkus banyak. Kalau tahan lama takpe jugak. Takkan hari hari nak kena minum air limau pulak. Bocor perut! 



هناك 52 تعليقًا:

  1. Hehe.. akak pun baru tahu tentang ejaan kesturi, bukan kasturi. Pokok ni, tanam kat tanah, boleh tumbuh tinggi. Goreng mee, eh bukan, goreng mi, sedap kalau perah limau kesturi ni. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi, saya pun baru tahu jugak. Tanam dalam tanah cepat besar. Tapi itulah tanah dalam pasu je ada kak Nur. Mi goreng mamak perah limau sikit memang mabeles.

      حذف
  2. Kesturi rupanya sebutan yang betul. Samalah, guna buat basuh ikan dan ayam. Sedap nama in English

    ردحذف
    الردود
    1. Ya betul. Kalau beli dah banyak sangat buat basuh apa yang patut. Kann..calamansi cam best bunyinya

      حذف
  3. Hehe limau kesturi buat teh o limau ais sodap ni heheh minum ptg2 time panas.. Mmg perghh menyrgarkan

    ردحذف
  4. sebutan dan ejaan yg berbeza kadng kita sebut jd lain ejaan
    limau ni masa ayah cik nor tanam dulu buah lebat2 kutip buat basuh ikan

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Kak Nur. ada baku ada tak. Pokok limau kalau tanam direct tanah terus memang menjadi pokoknya. Masa lebat tu memang terbiar jatuh tak larat nak guna dah. Berguna abuat basuh ikan segala

      حذف
  5. Paling senang panggil, limau sambal.. hahaha.. kakmim pn mcm tu jugak.. kalau byk sgt tu rajinlah buat 'air limau mantak' buh garam secubit.. hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh kakmim panggil limau sambal. Oh ya, sambal belacan pun kena perah asam limau kesturi juga. Mantak tu maksudnyaa apa pulak kakmim?

      حذف
    2. mantak dlm bahasa sarawak mentah.. aah sambal belacan sini kering x cair mcm sambal belacan sana kn? sbb kami tumbuk cili, belacan yg dibakar, then ikan bilis.. pastu perah limau ni utk seimbangkan rasa pedas masam masin (belacan).. hihihi

      حذف
    3. Ohh mentah rupanya. Ada juga kat kampung mak buat sambal belacan mentah. Cara sama cuma tak letak ikan bilis je. Kadang letak asam belimbing kalau tak ada limau.

      حذف
  6. Oh..baru tau namanya cenggitu...kita sesuak ke tukar kan..hehehe..akak ada sepokok...galak betul berbuah...apapun gambar2 Fiza cantik sangat...

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah pasalnya kak..hihi kadang ada dibaharukan. Untung ada juga pokoknya kak dan banyak buah. Senang nak guna bila perlu.
      Alhamdulillah..terima kasih kak

      حذف
  7. Paling tidak sangka perkataan isterahat. Takut lupa pula sebab pertama kali mahu guna.

    ردحذف
    الردود
    1. Maaf kak, saya typo. Istirahat bukan isterahat. Saya dah betulkan dalam post di atas. Selamat menggunakan yang betul :)

      حذف
  8. dah cuba baetulkan..tp orang tetap akan search gunakan ejaan yg dah jadi kebiasaan...

    ردحذف
  9. Banyak sebenarnya perkatan yg bercampur baur ejaan ni. Kadang tu rasa betul dah tapi bila semak dgn DBP salah dan kadang tu lain sangat bunyinya dari yg kita biasa sebut/eja.

    Jus limau kasturi sedap!

    ردحذف
  10. Oo..kesturi rupanya. Akak suka limau ni makan saja cicah garam. Heheh

    Akak pun ada tanam pokok limau ni. Setakat ni ok lagi. Masih cantik. Naik lambat pulak. Padahal dah dekat 3 bulan tanam. Kena sabar je la menunggu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ini rare ni. Alhamdulillah tanaman menjadi. Saya tak ada rezeki nak merasa. Habis kena kencing kucing. Mati terus. huhu..tak sempat menunggu dapat hasilnya

      حذف
  11. Kalau diikutkan, memang banyak ejaan salah yang biasa kita sebut or eja kan kak fiza. Tapi itulah, dah terbiasa eja yang ejaan salah hahaha.

    ردحذف
  12. ada lagi fiza...bendi, bukan bende...hahahahha jenuh konpius kalo orang eja pokok bendi sebagai pokok bende...adoiii ape bendeeee ko tulis ni? 🤣

    ردحذف
  13. Limau ni kalau boleh pilih naniey cari yang gemuk dan lembik sebab banyak air.
    Dan biasanya limau kesturi ni naniey buat kerabu atau perah dalam maggi kari..

    ردحذف
  14. menarik betul lah gambar2 fiza..boleh nk berguru hehee

    ردحذف
  15. Baru tahu kesturi ekk....Pertama kali sepanjang belajar bahasa Melayu... yang resepi tu tahu resipi tapi tetap nak eja resepi sebab rasa lagi sedap eja gitu.. Hahahahaha.. Baik.. noted Kesturi...

    ردحذف
  16. Cantik giler gambau.. dah boleh jual di Shutterstock.. Ooo.. Limau Kesturi ke? Dah kena buat kajian semula ni bagaimana Hang Kasturi mendapat nama..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Susah juga nak lepas shutterstock ni. Dapat lepas beberapa tapi belum terjual lagi. Silakan buat kajian tersebut. hihi

      حذف
  17. ejaan mama semua tak betul haha.. k bai
    tq for sharing fiza

    ردحذف
  18. Itulah banyak ejaan salah,terima kasih atas perkongsian. Suka lihat gambar, cantik.

    ردحذف
  19. Memang banyak salah ejaan untuk kosa kata yang kita selalu gunakan. Itu belum lagi tatabahasanya. Kak Amie pun selalu tersalah eja terutamanya perkataan resepei yang sepatutnya dieja resipi. Mari biasakan yang betul dan betulkan yang salah.

    ردحذف
  20. baru tahu ejaan sebenar limau kesturi, word yang lain dah biasa dengar orang tegur :)

    ردحذف
  21. aida beli seplastik, pastu terus potong & perah air nya, fiza.
    masuk dlm bekas, simpan dlm peti ais.
    tahan la hingga abis guna.
    buat sambal belacan, buat sambal kicap, goreng ikan pekasam.
    kerap guna.
    if tak dibuat gitu, cepat busuk limaunya :( rugi!

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh macam tu okay jugak kan. Tak membazir. Sebab beli banyak tu cepat sangat busuknya. Tq share kak :)

      حذف
  22. bab ejaan tu, betul.
    terlalu byk kesalahan ejaan aida.
    ye la. aida ni da otai. guna ejaan zaman sekolah aida dulu kala.
    tak tau langsung perubahan ejaan :( hu hu hu hu...

    ردحذف
    الردود
    1. Don't worry kak. Saya pun ada je salah ejaan. Saja share untuk perkongsian bersama :)

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.