Mencuba Kek Marmar Baker's Cottage
Jarang sekali orang sebut kek marmar. Yang popular kek marble. Kan? Kek marble zaman sekarang pun bukan macam kek dulu. Dah upgrade dapat title kek marble jelita. Memang jelita betul.
Saiz kek marmar pun agak besar. Harga lebih kurang RM8 lebih kalau tak silap. Okaylah kan? Saya suka kek marble campuran coklat macam ni. Kek marmar klasik eh nama dia? Kek marble kampung? Ke ada nama lain? Rasa kek butter berselang seli rasa coklat. Sedap!
Perasan juga dekat instagram prettygula pun ada jual kek marble motif floral. Kemain cantik dia punya lukisan bunga atas kek. Macam lukisan! Kagum lah. Anugerah masing-masing Allah dah bagi elok-elok. Apa yang ada tu, kita gunakan sebaiknya.
Sebenarnya dah biasa beli kek marble tok wan di Kedai Kerepek Paroi tu. Murah dan sedap seiring dengan saiznya. Tapi disebabkan raya, banyak stok kek tak topup. Tak ada sebarang kek dekat rak. Makanya, kenalah mencari kat kedai kek lain.
Alang-alang Baker's Cottage yang tu terdekat baru bukak, maka kesana lah membeli kek marmar kot kot ada. Alhamdulillah rezeki saya dapatlah kek marmar yang di inginkan sekali dapat pakej kek red velvet.
Melayankan PMS (Premenstrual syndrome). Mood turun naik biasalah. Dia punya teringin mengalahkan orang mengidam. Ini bukan penangan cucuk vaksin ni. Side effects cucuk vaksin dah berlalu pergi. Setakat kebas kebas, mengantuk dan lapar itu biasa.
Sebenarnya dah biasa beli kek marble tok wan di Kedai Kerepek Paroi tu. Murah dan sedap seiring dengan saiznya. Tapi disebabkan raya, banyak stok kek tak topup. Tak ada sebarang kek dekat rak. Makanya, kenalah mencari kat kedai kek lain.
Alang-alang Baker's Cottage yang tu terdekat baru bukak, maka kesana lah membeli kek marmar kot kot ada. Alhamdulillah rezeki saya dapatlah kek marmar yang di inginkan sekali dapat pakej kek red velvet.
Melayankan PMS (Premenstrual syndrome). Mood turun naik biasalah. Dia punya teringin mengalahkan orang mengidam. Ini bukan penangan cucuk vaksin ni. Side effects cucuk vaksin dah berlalu pergi. Setakat kebas kebas, mengantuk dan lapar itu biasa.
Okay, berbalik kepada kek marmar Baker's Cottage. Pertama kali saya nampak kek saiz besar gunakan bekas kertas. Yang biasa kita nampak guna bekas aluminium. Kek marble tok wan lagi rilek guna balut plastik je. Tak kisah lah bekas apa sekalipun, asalkan sedap.
Saiz kek marmar pun agak besar. Harga lebih kurang RM8 lebih kalau tak silap. Okaylah kan? Saya suka kek marble campuran coklat macam ni. Kek marmar klasik eh nama dia? Kek marble kampung? Ke ada nama lain? Rasa kek butter berselang seli rasa coklat. Sedap!
Tekstur kek yang lembut dan moist. Makan kek butter klasik tanpa sebarang krim pun sedap jugak. Kek lama dilupa jangan.
Melayan PMS kalau craving takpe, jangan mood swing. Huhu
ReplyDeleteHehe..mood swing tak boleh bawak bincang lansung. Huhu
DeleteHa'ah..jarang panggil kek marmar...hehe..kek ni mkn dgn teh O nipis..mmg layan..
ReplyDeleteItulah kan. Janggal pulak cakap kek marmar. Memang ngam dengan Teh O nipis.
Deletewah cantiknya dalam bekas paper macam tu, warna kek pun menawan hati aih. jom minum petang eh.. :)
ReplyDeleteKann..cantik nampak dalam bekas kertas tu. Jom kita!
DeleteSaya rasa, asben pernah order kek Baker's Cottage masa anniversary lepas.
ReplyDeleteSedap kek dia (saya memang suka kek). Suka juga kek marble dedulu, sekarang byk yg upgrade sampai pnh cakap ngn member pandai bakering minta buat yg old version punya.
so far kek/pastry Baker's Cottage memang sedap. Tahu takpe, old version jugak sedap
DeleteJarang makan kek marmar. Biasalah kek pun ada peningkatan rupa dan rasa.
ReplyDeleteYe kak. Kek pun dah macam macam sekarang
Deletelama tak makan dan tak buat kek ni.
ReplyDeleteAda masa nanti bolehlah baking dan makan 😊
DeleteSedap ni..lama tak makan kek marmar ni.
ReplyDeleteYe kak. Sedap makan kek klasik ni
DeletePandai Fizah amik gambar close-up. Sampai akak rasa nak cari pulak kek marble baker's cottage esok. Hehe..
ReplyDeleteTerima kasih kak. Hehe.. selamat mencari esok
DeleteNampak sedap
ReplyDeleteSedap boleh tahan wak. Cubalah nanti 😊
Deletekalau kek macam ni, buat sarapan pagi sedap...
ReplyDeleteBetul makan pagi pun sedap
Deletesemalam masuk Bakers Cottage, cakap kat suami nak cari kek minum petang. Tp MY keluar kedai jinjit dua ekor ayam panggang untuk minum petang...RM 11.23 seekor tinggal nak makan. Sekali lalu je habis
ReplyDeleteHaha.. lain nak beli lain pulak bawak balik ye. Time promo memang berbaloi grab ayam roasted tu
DeleteUishhh sedapnya
ReplyDeleteTerliur pulak tgk
Selamat menjamu selera
Cantik gmbr
Ye sedap Rabia.
DeleteTerima kasih 😊
Tak tahu pulak ada kek marmar dekat Baker's Cottage. Selalu order ayam je hehe
ReplyDeleteItulah pasal. Saya pun baru tahu ada jual. Mujur juga ada yg dicari
DeleteJadi lapar deh baca cake semua hahaha.
ReplyDeleteSaya sering bikin cake gini, di sini namanya cake marmer :D
Tapi mungkin rasa cake buatan saya nggak seenak ini nih, hehehehe.
Jadi ingin bikin lagi, bahannya juga sederhana nih, dan cepat bikinnya :)
lebih kurang sama sebutannya tu. Mesti pakar buat kek ni. Saya tak pandai, jadi beli aja deh
Deletesedapnya nak tryla nanti, akak suka kek marble mcmni yang simple je...
ReplyDeletepastu kalau jenis buat sendiri suka tambah parutan kulit limau, buat terliur lah dik oi.... kene buat nih
Sedap Kak Dana. Nanti boleh cuba. Tambah parutan kulit limau lagi best aroma dia, kan.
DeleteHarap- harap esok lusa akak dah boleh buat kek pandan plak...sedapnya nampak kek marmar tu...
ReplyDeletesemoga menjadi kak. Baker's Cottage baru ni dekat sikit dengan rumah akak. Nanti boleh cuba yang ni pulak :)
DeleteFuh.. Menari sekali, mesti sedap..
ReplyDeletehaha..tak sampailah nak menari..Alhamdulillah, sedap.
DeleteHahaha.. Nak tulis MENARIK tertulis MENARI pulak..
Deletehahahaa..terus jadi lain bila satu huruf tak ada.
DeleteTerima kasih :)
Belum pernah rasa lagi marble cake Baker's Cottage ni. Tapi akak pun macam Fiza, suka kek marmar kampung. Tak payah fancy banyak-banyak perasa sangat... janji rasa butter dan coklat tu ketara.
ReplyDeleteNext time boleh cuba kak kalau ke Baker's Cottage. Ya, sedap makan kek kampung tanpa fancy segala krim dan hiasan. Butter cake pun dah cukup sedap :)
DeleteIngatkan kek marmar tu kek apa lah tadi.. hehehe..
ReplyDeleteNampak gayanya lepas bebas kuarantin, ke Baker's cottage lah Sha.. nak cari kek marmar nie.. Tak perasan pula ada jual..
Hehe..sebab jarang disebut. Itu yang agak pelik. Boleh cuba nanti. Saya tengok dalam foodpanda pun tak ada kek marmar tu. Ayam, whole cake dan pastry je ada.
Deletenampak sedappp
ReplyDeleteSedap Kak Nor :)
Deletenmpk sedap je... kakmim pn suka kek marble kalo ada campuran coklat.. peminat coklat la katakan.. hehe
ReplyDeleteSedap kakmim bila kek butter ada campur coklat tu :) ohh peminat coklat rupanya.
Deletecantik kejadiannya... haihhh sedap pulak tngok ni.. hehe
ReplyDeleteKedai buat memang cantik hasilnya Busyra. Memang sedap pun :)
DeleteHehe. Memang dah tak sebut dah kek marmar. Dulu mase sekolah sebut la. Sekarang dah terbiasa sebut kek marble..
ReplyDeleteitulah pasal. Kek marble je lah yang disebut sebut :)
DeleteAkak suka kek yg kurang manis..
ReplyDeleteYa, kurang manis tu better :)
DeleteOhhh marmar = marble la ek hahaha. Tak pernah dengar orang panggil kek marmar.
ReplyDeleteSesekali layan PMS, sebulan sekali aje hehehe. Setuju dengan kak nur, tengok gambar kak fiza ni rasa nak mencari jugak kek marmar. Nampakkk sedapp! Setakat ni tak pernah makan lagi hehehe.
ye, marmar is marble in english. hihi..itulah, sebulan sekali layankan je. Nanti boleh cari kat Baker's Cottage tau :) Sedap! Murah pun murah.
Deletefuhh, terus jadi lapar , cantik corak kek marmar tu
ReplyDeleteHihi..kek marble memang cantik kejadiannya :)
Deletesedap juga..shida pun suka makan..
ReplyDeletekann..kek sedap sepanjang zaman
DeleteHarga RM8 tu ok sangatkan Fizah. Kek evergreen ni. Sedap!
ReplyDeleteBetul kak Amie. Murah juga dengan saiz kek tu. Memang sedap!
Delete