Header Ads

Mencuba Kek Marmar Baker's Cottage

Jarang sekali orang sebut kek marmar. Yang popular kek marble. Kan? Kek marble zaman sekarang pun bukan macam kek dulu. Dah upgrade dapat title kek marble jelita. Memang jelita betul. 

Perasan juga dekat instagram prettygula pun ada jual kek marble motif floral. Kemain cantik dia punya lukisan bunga atas kek. Macam lukisan! Kagum lah. Anugerah masing-masing Allah dah bagi elok-elok. Apa yang ada tu, kita gunakan sebaiknya.

Sebenarnya dah biasa beli kek marble tok wan di Kedai Kerepek Paroi tu. Murah dan sedap seiring dengan saiznya. Tapi disebabkan raya, banyak stok kek tak topup. Tak ada sebarang kek dekat rak. Makanya, kenalah mencari kat kedai kek lain.

Alang-alang Baker's Cottage yang tu terdekat baru bukak, maka kesana lah membeli kek marmar kot kot ada. Alhamdulillah rezeki saya dapatlah kek marmar yang di inginkan sekali dapat pakej kek red velvet.

Melayankan PMS (Premenstrual syndrome). Mood turun naik biasalah. Dia punya teringin mengalahkan orang mengidam. Ini bukan penangan cucuk vaksin ni. Side effects cucuk vaksin dah berlalu pergi. Setakat kebas kebas, mengantuk dan lapar itu biasa.

Okay, berbalik kepada kek marmar Baker's Cottage. Pertama kali saya nampak kek saiz besar gunakan bekas kertas. Yang biasa kita nampak guna bekas aluminium. Kek marble tok wan lagi rilek guna balut plastik je. Tak kisah lah bekas apa sekalipun, asalkan sedap.

Kek Marmar Baker's Cottage

Saiz kek marmar pun agak besar. Harga lebih kurang RM8 lebih kalau tak silap. Okaylah kan? Saya suka kek marble campuran coklat macam ni. Kek marmar klasik eh nama dia? Kek marble kampung? Ke ada nama lain? Rasa kek butter berselang seli rasa coklat. Sedap!

Kek Marmar Baker's Cottage

Tekstur kek yang lembut dan moist. Makan kek butter klasik tanpa sebarang krim pun sedap jugak. Kek lama dilupa jangan.


هناك 58 تعليقًا:

  1. Melayan PMS kalau craving takpe, jangan mood swing. Huhu

    ردحذف
  2. Ha'ah..jarang panggil kek marmar...hehe..kek ni mkn dgn teh O nipis..mmg layan..

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah kan. Janggal pulak cakap kek marmar. Memang ngam dengan Teh O nipis.

      حذف
  3. wah cantiknya dalam bekas paper macam tu, warna kek pun menawan hati aih. jom minum petang eh.. :)

    ردحذف
  4. Saya rasa, asben pernah order kek Baker's Cottage masa anniversary lepas.
    Sedap kek dia (saya memang suka kek). Suka juga kek marble dedulu, sekarang byk yg upgrade sampai pnh cakap ngn member pandai bakering minta buat yg old version punya.

    ردحذف
    الردود
    1. so far kek/pastry Baker's Cottage memang sedap. Tahu takpe, old version jugak sedap

      حذف
  5. Jarang makan kek marmar. Biasalah kek pun ada peningkatan rupa dan rasa.

    ردحذف
  6. Pandai Fizah amik gambar close-up. Sampai akak rasa nak cari pulak kek marble baker's cottage esok. Hehe..

    ردحذف
  7. kalau kek macam ni, buat sarapan pagi sedap...

    ردحذف
  8. semalam masuk Bakers Cottage, cakap kat suami nak cari kek minum petang. Tp MY keluar kedai jinjit dua ekor ayam panggang untuk minum petang...RM 11.23 seekor tinggal nak makan. Sekali lalu je habis

    ردحذف
    الردود
    1. Haha.. lain nak beli lain pulak bawak balik ye. Time promo memang berbaloi grab ayam roasted tu

      حذف
  9. Uishhh sedapnya
    Terliur pulak tgk
    Selamat menjamu selera
    Cantik gmbr

    ردحذف
  10. Tak tahu pulak ada kek marmar dekat Baker's Cottage. Selalu order ayam je hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah pasal. Saya pun baru tahu ada jual. Mujur juga ada yg dicari

      حذف
  11. Jadi lapar deh baca cake semua hahaha.
    Saya sering bikin cake gini, di sini namanya cake marmer :D
    Tapi mungkin rasa cake buatan saya nggak seenak ini nih, hehehehe.

    Jadi ingin bikin lagi, bahannya juga sederhana nih, dan cepat bikinnya :)

    ردحذف
    الردود
    1. lebih kurang sama sebutannya tu. Mesti pakar buat kek ni. Saya tak pandai, jadi beli aja deh

      حذف
  12. sedapnya nak tryla nanti, akak suka kek marble mcmni yang simple je...
    pastu kalau jenis buat sendiri suka tambah parutan kulit limau, buat terliur lah dik oi.... kene buat nih

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap Kak Dana. Nanti boleh cuba. Tambah parutan kulit limau lagi best aroma dia, kan.

      حذف
  13. Harap- harap esok lusa akak dah boleh buat kek pandan plak...sedapnya nampak kek marmar tu...

    ردحذف
    الردود
    1. semoga menjadi kak. Baker's Cottage baru ni dekat sikit dengan rumah akak. Nanti boleh cuba yang ni pulak :)

      حذف
  14. Belum pernah rasa lagi marble cake Baker's Cottage ni. Tapi akak pun macam Fiza, suka kek marmar kampung. Tak payah fancy banyak-banyak perasa sangat... janji rasa butter dan coklat tu ketara.

    ردحذف
    الردود
    1. Next time boleh cuba kak kalau ke Baker's Cottage. Ya, sedap makan kek kampung tanpa fancy segala krim dan hiasan. Butter cake pun dah cukup sedap :)

      حذف
  15. Ingatkan kek marmar tu kek apa lah tadi.. hehehe..
    Nampak gayanya lepas bebas kuarantin, ke Baker's cottage lah Sha.. nak cari kek marmar nie.. Tak perasan pula ada jual..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..sebab jarang disebut. Itu yang agak pelik. Boleh cuba nanti. Saya tengok dalam foodpanda pun tak ada kek marmar tu. Ayam, whole cake dan pastry je ada.

      حذف
  16. nmpk sedap je... kakmim pn suka kek marble kalo ada campuran coklat.. peminat coklat la katakan.. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap kakmim bila kek butter ada campur coklat tu :) ohh peminat coklat rupanya.

      حذف
  17. cantik kejadiannya... haihhh sedap pulak tngok ni.. hehe

    ردحذف
  18. Hehe. Memang dah tak sebut dah kek marmar. Dulu mase sekolah sebut la. Sekarang dah terbiasa sebut kek marble..

    ردحذف
  19. Ohhh marmar = marble la ek hahaha. Tak pernah dengar orang panggil kek marmar.
    Sesekali layan PMS, sebulan sekali aje hehehe. Setuju dengan kak nur, tengok gambar kak fiza ni rasa nak mencari jugak kek marmar. Nampakkk sedapp! Setakat ni tak pernah makan lagi hehehe.

    ردحذف
    الردود
    1. ye, marmar is marble in english. hihi..itulah, sebulan sekali layankan je. Nanti boleh cari kat Baker's Cottage tau :) Sedap! Murah pun murah.

      حذف
  20. Harga RM8 tu ok sangatkan Fizah. Kek evergreen ni. Sedap!

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.