Nak Nasi Beriani, Dapat Nasi Arab Sekali

Hari berganti hari sampai lah berbulan bulan lamanya terasa nak makan nasi beriani. Tapi tak dapat. Haritu order kat foodpanda, restaurant cancel begitu je sebab jauh katanya. Ape daaaa..dah ada dalam foodpanda kita pilihlah. Dah pilih dan bayar, eh eh dia cancel pulak. Bukan rezeki kita namanya tu. 

Mujur dapat refund sehari je. Kali kedua order food delivery by foodpanda juga. Order Pizza kalau tak silap. Kena cancel order jugak sebab tak ada rider nak hantar. Refund pun lambat sikit dapat dalam 3-4 hari kalau tak silap. Takpelah, asalkan dapat refund nya.

Semalam husband keluar beli pelampung flush toilet rosak pulak. Nak tak nak kena beli juga, tak pasal nanti bil air pulak melambung. Perasan sehari sebelumnya bunyi air dan air mengalir keluar dari flush. Mujur juga ada Mr DIY yang bukak semua section. 

Terpaksa husband pergi Mr. DIY jauh sikit sebab yang dekat section tu ditutup. Itupun staff situ suggest dan katanya ada yang bukak semua. Alhamdulillah..Jenuh juga nak tunggu kalau beli online.

Balik balik husband bawa nasi beriani dan nasi Arab. Eh, tiba tiba je beli nasi Arab. Lahhh kata aritu nak nasi beriani katanya. Tak sangka pulak husband belikan sekali nasi beriani. Nak nasi beriani dapat nasi arab sekali. Rezeki betul.

Sebungkus nasi beriani dan sebungkus nasi arab. Nasi beriani dia banyak. Kami bahagia dua untuk lunch. 

nasi baryani kambing 30 hari Senawang

Seketul lauk ayam  besar bahagian isi. Bahagi dua pun kenyang makan. Ada acar nanas timun dan sambal belacan. Pelik pulak ada sambal belacan tiba-tiba. Ke sambal nasi arab?

nasi baryani kambing 30 hari lauk ayam

Nasi Arab portion pun banyak cuma ayam kecil sikit. Sekali dengan timun dan juga yogurt. Kami kongsi berdua untuk dinner. Senang cuti masak sehari terus. Alhamdulillah...

nasi arab nasi baryani kambing 30 hari Senawang

Sebelum ni teringin sangat nak makan nasi baryani kambing 30 hari Senawang. Kali terakhir makan entah tahun bila entah. Sebelum COVID kot rasanya. Itu yang teringin sungguh. Kat situ je yang sedap dan menepati selera. 

Menu Nasi Baryani Kambing 30 Hari

  • Nasi biryani gam Johor
  • Mee bandung Muar
  • Nasi arab
  • Pelbagai menu western dan masakan panas yang lain

Next time nak try mee bandung Muar pulak. Sebenarnya ada je nasi beriani yang dekat, nasi beriani warisan Hj Ayob tapi semalam Jumaat kedai tutup. Rezeki dapat nasi baryani kambing 30 hari yang dah lama teringin makan. 

Alhamdulillah dapat juga merasa nasi arab. Nasi Arab yang popular di Seremban ni Nasi Arab Damsyik. Pernah makan sekali je kot rasanya. Menarik dia punya decoration macam kat Arab tu. Tapi faham fahamlah bila dah popular dan jadi tumpuan, sentiasa ramai orang.

Satu cawangan lagi kurang sibuk tapi dah tutup pulak. Nasi Arab Damsyik pun sedap juga. Isi ayam dia lembut. 

Nasi baryani, biryani, beriani..macam macam ejaannya. Saya suka nasi di Baryani Kambing 30 hari lagi. Rasa lauk ayam di sedap. Teringin nak rasa yang Kambing 40 Hari tu tapi tak dapat dapat. Dapat yang 30 Hari pun jadilah ye tak. 

Balik Johor pun bukan lalu sana pun. Semata-mata nak pergi makan kat sana memang taklah. Ada yang dekat pun syukurlah. Tak dekat sangat pun sebenarnya.

Lokasi Restoran Baryani Kambing 30 Hari
2, Jalan Orkid 2,
Taman Senawang Indah,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan

Ini bukan paid review ya. Dah sedap, kita recommend lah.

54 comments:

  1. Suka2 je depa cancel order...kita dahlah teringin..Alhamdulillah, dapat akhirnya, dgn nasi Arab sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. Sedih betul. Finally dapat jugak. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Ahhhh, jadi kepengin nak makan nasi briyani :D. Segala macam menu timur tengah aku tuh sukaaaa sangat :D. Mungkin karena banyak rempah yaaa. Karena masakan sumatrapun banyak rempah. Tapi aku prefer lauk mutton daripada ayam kak :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. nasi rempah ratus memang enak. Ohh peminat daging kambing :)

      Delete
  3. penasaran banget sama nasi briani, mau nyobain. sepertinya enak ya

    ReplyDelete
  4. Nasi beriani ini sebab rempah padang nasi dan gabungan lauk. Ada acar yang kurangkan rasa lemak dan muak.
    Alhamdulillah Fiza dapat rasa 2 jenis nasi. Hikmah kena pergi DIY jauh. Untung Fiza dapat suami yang prihatin dengan keinginan Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat jugak kak. ada hikmah keluar jauh sikit. Suka nasi berempah ni. Sedap!

      Delete
  5. x dpt refund kite bako je food panda tu hahahaha...


    beriani ni, sy percaya kalau nasi dia sedap lauk paul lain sure sedap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..berani pulak nak membako...ye, nasi pun dah sedap cukup rasa rempah ratusnya.

      Delete
  6. wah sedapnya. Lama tak makan nasi beriani.
    Naniey tak pernah guna food panda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Its okay kalau tak guna pun kalau tak ada keperluan :)

      Delete
  7. gambar makanan kak Az selalu buat telan liur. lapaq nasi arab la pulak. sib baik dah kenyang makan nasi lemak pagi sat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih. Next time boleh cuba nasi arab pulak :)

      Delete
  8. sedapnya dapat makan nasi arab dan nasi beriani :)
    sakit hati bila tengah lapar tunggu foodpanda dia boleh cancel macam tu je..rasa nak mengamuk je lah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tahu takpe, sedih dan sakit hati. Tak order dah guna foodpanda. huhu

      Delete
  9. Kalo di cancel rasanya kesel banget ya kak, nasinya keliatanya enak banget kak .
    Salam kenal yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. kesal dan sedih banget. Memang sedap banget.
      Salam kenal juga :)

      Delete
  10. Lawa lawa gambar yg Fiza ambil... Takyah bekas mahal2..bekas plastik 50 sen pun nampak naik selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih KakYan. Hehe..Menyelerakan tu point penting dalam gambar makanan :)

      Delete
  11. Sedapnya, Fizah. Dua-dua pun sedap. Kalau order nasi arab, akak lebih suka nasi arab kambing. Ada sos pudina. Huuu... best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. dua dua pun sedap. Sos pudina tak pernah jumpa pulak kak. Biasa sos yogurt je lah ada.

      Delete
  12. Oh! Versi baru pula ya.... sambal belacan nasi arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Kak Amie. Saya pun confuse kat situ. hihi

      Delete
  13. YaAllah sedapnya nasi beriani ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Esok nak ajak family nasi beriani juga lah hihihi. btw,tempat kak fiza leta kuah putih tu cute lah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjamu selera dengan family esok.
      Bekas comel tu beli kat shopee je Nad :)

      Delete
  14. antara nasi beriyani dengan nasi arab, saya suke lagi nasi beriyani

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillahh. Semalam saya dapat merasa nasi beriani. Jiran bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat nasi beriani jiran bagi.

      Delete
  16. Gendang gendut tali kecapi,kenyang perut memang suka hati endingnyer ni!!😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa happy ending kisahnya dapat nasi beriani idaman :)

      Delete
  17. Pas banget nih, saya barusan nulis resep nasi kebuli, eh datang ke blog ini dan membaca tentang nasi biryani.
    Dari fotonya saja, sudah terlihat betapa sedapnya.
    Saya suka sekali nasi dengan tekstur seperti itu, yang butirannya terpisah-pisah :)
    Sedapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Rey. saya pun baru ke blog Rey. Lebih kurang nasi kebuli juga. Sedap sangat. Saya pun jenis suka nasi sebutir sebutir.

      Delete
  18. Wow.... Ada ek 30 hari punya.. kih kih... Kalau yang 40 hari tu.. kuah kari kambing tu ahak manisss... x da pedas pedas kari sikit..tapi xde bau hanyir and isi daging lembut ..... Err..cuma kat tekak sy, mcm kurang minat bila karinya maniss gitu.. huhu.. Nanti try la.. lepas dah leh merentass... hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Nona. tapi 30 hari lah. Tak boleh guna 40 hari melainkan cawangan 40 hari sendiri. Oh ye ke manis? Tak pernah makan kat situ. kalau pedas sikit sedaplah juga kan..next time boleh cuba 30 hari ni punya pulak :)

      Delete
  19. wah! nasi arab. last makan bulan puasa tahun nii. laki nadya beli yang 1 dulang tuu.. free dulang skali.hehe terbayang dah rasa dia. sedapppp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh serius lah siap dapat free dulang sekali. Baru feel makan nasi arab gitu.

      Delete
  20. sedapnya , tgh lapar ni nampak apa-apa makanan pun nampak sedap. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..memang sedap. Betul sangat, tengah lapar semua pun sedap

      Delete
  21. Kecewanyaaaa kalau order kena cancel, saya selalu kena, alasan jauhhhh. Habistu yang masuk dalam list foodpanda kita dah kenapa? Betul dak kak fiza :') Saya selalu kalau refund memang makan masa almost satu minggu. Tak pernahlah sehari je terus dapat, tapi takpelah janji dapat balik hehehe.

    Alhamdulillah dapat makan nasi beriani dengan nasi arab sekali! Saya pun dah lama tak makan nasi arab dengan beriani, tengok gambar kak fiza ni eeii perut meminta pulak hahahaha :D Tapi susah nak dapat kat sini :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Kalau jauh supposed tak ada lah dalam list kawasan kita kan. Refund tu bergantung juga. Ada cepat ada lambat. Itulah, asalkan dapat refund.

      Alhamdulillah dapat akhirnya. Hehe..kadang cari kat facebook. Ada rezeki dapat yang dekat.

      Delete
  22. Alhamdulillah.. cuti memasak terus ye Fizah.. hehehe..

    ReplyDelete
  23. lately ni selalu mkn beriani sbb setiap jumaat jiran akn open order beriani.. kalau x ayam, lamb shank... malas nk masak mmg order je lah lagipun sedapppp.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh best tu. Every week dapat menjamu selera makan nasi beriani. Sedapnya :)

      Delete
  24. Hmm sedap betul, kak.. saya sebut iaitu nasi briyani, banyak pula ejaannya ya kak.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Naia. Ye, ada macam macam ejaan nasi beriani, briyani, beriyani..hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.