Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Tiba-tiba rasa macam nak makan peanut butter. Lama gila kot tak rasa peanut butter. Bila husband keluar membeli barang, saya pun listkan sekali peanut butter. 

Tak mention pun any jenama peanut butter. Asalkan peanut butter. Murah-murah dan saiz bekas kecil pun okay. Asalkan peanut butter.

Tak tahu nak pilih apa katanya. Dia pun beli peanut butter Skippy. Tak pernah lansung saya rasa peanut butter Skippy ni. 

Seingat saya, last makan peanut butter Lady's Choice. Tahun bila tak ingat. Punyalah lama kannnn. Sekarang ni dah macam-macam jenama dan banyak pilihan.

Nampak macam menarik je peanut butter skippy Super chunk. Peanut butter dengan ketulan kacang yang banyak. Kaya dengan ketulan kacang. Seronok mengunyah kacang. Sakit gigi mengunyah sila jangan makan. Nanti potong mood.

Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Saya suka je ada kekacang ni. Katanya peanut butter skippy untuk diet. Sesuailah untuk mereka yang berdiet sebab kurang kalori dan kurang gula. Siapa-siapa tengah diet tu, bolehlah cuba peanut butter skippy super chunk ni dalam menu diet.

Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Makan dengan roti memang mengenyangkan. Rasa dia memang tak manis pun. Sebelum ni husband beli yang bekas 350g. Second time beli terus dia beli yang besar 500g. Tak nak kalah dia pulak yang terlebih suka. Siapa yang teringin makan ni sebenarnya?

Peanut Butter Skippy Super Chunk Untuk Diet

Saya taklah dalam fasa diet pun. Dapat yang peanut butter untuk diet ni bolehlah makan tanpa rasa bersalah. Tak lah menternak lemak sangat. Sangatttttt....

56 comments:

  1. Amboi cepat habis. Akak habiskan stok mentega kacang jenis Yogood pun tidak habis-habis. Seksa habiskan.
    Mesti sedap sangat jenis ketulan kacang Skippy ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cepat habis pun kak. Lama dah beli yang bekas kecik tu. Ini baru beli baru beli besar terus. Ye, sesekali rasa sedap. nanti dah jemu dah makan dah :)

      Delete
  2. peanut butter mmg sedap! febret sy kalo mkn ngn roti skali pisang.. haha..
    sy mkn yg jenama steffi's.. no salt n no sugar.. utk diet sgt sesuai..

    peanut butter ni kalo cmpor skit dlm latte pon sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steffi's eh..nanti cari nak try jugak. cambest je campur dalam latte. Tapi kita kurang sikit latte

      Delete
  3. Suka yang ni..crunchy2 makan ngan roti...memang sesuai utk sesiapa yang diet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan crunchy² tu. Ye, katanya sesuai untuk diet :)

      Delete
  4. Hehe.. baiklah, nanti akak beli, lepas nutella akak habis. Kikiki.. :D

    ReplyDelete
  5. Akak kalau beli peanut butter ikut mood... Kalau time suka makan yang bertekstur dan berkacang tu memang beli yang chunky. Tiba-tiba rasa tak suka kacang banyak beli yang creamy 😆
    Skippy tu dap dap dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jemu dan terganggu dengan kekacang boleh cuba yang klasik creamuy nyummy pulak :)

      Delete
  6. Sedap kalau peanut butter ada ketulan kacang.. Sedap mengunyah.. Kalau makan yang ini memang tak rasa bersalahlah.. untuk diet kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sedap juga mengunyah kekacang. Ya, untuk diet. Boleh makan tanpa rasa bersalah

      Delete
  7. betul tu mkn dgn roti mengenyangkan
    anak no 2 ciknor suka peanut butter

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. sedap dan mengenyangkan. Boleh geng peminat peanut butter :)

      Delete
  8. Timm pun xpernh try lgi jenma ni, slalu lady's choice jugk, ihihi

    ReplyDelete
  9. Mneggiurkan betul presentation tu. Akak pakai phone apa gambar jadi lawa macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya ada inform sebelum ni pakai iPhone 12 Pro Max.

      Delete
  10. sekali sekala layan peanut butter syok jugak... anak2 kakmim suka yg ladys choice ada lapisan anggur tu.. mmg kena ada stok tu dh la selalu je xde botol besar di supermarket... kalo jumpa mmg grab 2-3 terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada lapisan anggur or strawberry pun sedap gak. Lamanya tak makan yang tu. nanti nak beli gak lah. Budak budak lagilah suka ada dua flavour macam tu

      Delete
  11. femes jgk brand ni... nampak sedap la.. busyra belum pernah cuba lg,

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak makan macam ni. Sesekali makan sedap juga. Tengok peanut butter ni teringin waffle peanut butter chocs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali makan benda yang dah lama tak makan best gak. Sedapnya waffle peanut butter chocs

      Delete
  13. Ya...memang sedap..krup krap krup krap bila kunyah..

    ReplyDelete
  14. bagus ini untuk sarapan besok pagi
    kebetulan udah beli roti tawar juga ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, hidangan sarapan yang mudah, sedap dan mengenyangkan :)

      Delete
  15. 'Sangattt' hahahahaha, tergelak kejappp.
    Saya selalu makan dalam waffle, eeii sedappnyaaa! Waffle garing garing then sapu peanut butter, memang mantapppp hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..makan dengan waffle, tambah chocolate lagi padu rasa dia Atiqah :)

      Delete
  16. tgk butter tu berketul2 mmg masih da kacang yg x hancur jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Butter tak berketul. Tu chunk, ketulan kacang yang tak hancur :)

      Delete
  17. Yaa.. memang untuk kurus.. tapi sy pun x pernah try.. sy suka amek yang creamy kalau peanut butter ni.. haritu masa diet jap.. sy try brand CED tu ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang creamy memang lagi sedap. CED tak pernah dengar pulak. nanti boleh cari.

      Delete
  18. setiap kali nak beli peanut butter, memang kak akan cari yg peanut dulu kat depan. kebanyakan tu sugar kat depan :(

    ReplyDelete
  19. seakan peanut butter , tapi yang ni nampak lagi menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang peanut butter Lyana. Ada ketulan kacang sekali tu :)

      Delete
  20. selalu shida suka pkai ladychoice..xpernah curang lg hahaaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh lady's choice creamy nyummy. Kot diet, boleh cuba Skippy :)

      Delete
  21. suka peanut butter yg ada kekacang ..lagi 1 yg ada 2 layer mcm jem tu..tp biasa mkn yg brand ladychoice

    ReplyDelete
  22. Setiap gambar ada cerita dan seninya.. Saya suka..

    ReplyDelete
  23. mama ada 2 versi kat umah, chunky dgn creamy.. sebab anak tak suka yg chunky tu. skippy mmg sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu ada dua. Agak agak dah bosan dengan chunky boleh makan yang creamy pulak. Yup, skippy sedap.

      Delete
  24. Sedap sangat ni makan roti sapu peanut butter yang berkacang kasar. Kalau di rumah Kak Amie ada roti dengan peanut butter begini memang tak panjanglah umurnya! Kak Amie lah orang pertama yang tak tahu berhenti makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kak Amie peminat peanut butter ye. Sedap kan peanut butter ada kacang kasar. Sedap mengunyah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.