Resipi Donut Mudah Sukatan Cawan

Cerita petang semalam. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Tiba-tiba, eh macam teringin makan donut je pulak. Tanya kat husband. Nak donut tak? Mulanya dia macam nak tak nak je. Dia cakap nanti susahkan saya nak buat.

Nak ke tak nak? Itu persoalannya. Jawab nak atau tak nak. Itu je. Laju je jawab nak. Kita pun laju terus ke dapur. Tinggalkan sekejap kerja untuk membuat donut. Bila teringin, dia rajin lain macam sikit.

Inilah hasil mendonut tiba-tiba semalam. Saya tak tunggu lama sampai 1 jam sebab dah limit masa minum petang. Jadinya gebu dia sikit je. Sebab stok beryl's milk chocolate ada lagi, saya makan dengan coklat je sebabnya gula halus @aising tak laku.

resepi donut mudah sukatan cawan

Resepi donut sukatan cawan

Adunan A
Isi air suam setengah cawan, masukkan 2 sudu besar gula, 2 sudu besar susu pekat kacau bagi larut. Baru masukkan yis sepeket. Kacau lagi dan tutup cawan. Tunggu lebih kurang 10 minit macam tu yis dah mengembang dah.

Adunan B
Sambil menunggu saya ayakkan tepung 3 cawan dalam bekas besar. Masukkan 1 sudu besar marjerin dan 2 sudu besar minyak masak serta secubit garam. 

Bila yis dah mengembang dengan jayanya curahkan ke dalam adunan tepung tadi. Cara saya, curah sikit sikit sambil tu uli sikit sikit. Senang nanti nak adjust doh. Uli sampai doh tak melekat. 

Lepas doh dah siap diuli, tutup bekas doh dengan plastik dan biarkan doh mengembang lebih kurang 1jam. 

Selepas 1 jam, doh dah mengembang. Ambil doh sikit bentukkan bulat  dan donut hole gunakan jari je. Buat sampai doh habis. Sebelum tu, sapukan marjerin pada dulang untuk elakkan doh donut melekat.

Selepas doh bentuk donut dah mengembang, gorengkan dalam api yang panas. Untuk kurangkan minyak meresap, terbalikkan hanya sekali. Maksudnya lepas dah masukkan donut, bila bertukar warna baru terbalikkan. Lepas tu jangan terbalikkan lagi. Nanti minyak meresap.

baca juga : resipi donut perisa pandan

resepi donut mudah sukatan cawan

Kejadian selepas tunggu donut yang dibentuk kembang. Malas nak tunggu lama, agak-agak dah kembang elok, kita gorengkan je.

Disebabkan tak ada donut maker atau acuan, kita buat cara tradisional je lah. Biarlah rupa tak seberapa janji rasanya sedap. 

Kalau ada stok sambal tumis, sedap juga buat donut burger Malaysia yang tengah viral tu. Tapi sambal tak ada pulak. Next time jika rajin tiba-tiba.


27 comments:

  1. uishhh sedapp donut tu tambahan lagi dgn coklat tu

    ReplyDelete
  2. dah lama saya pun tak buat donut, hmm tampak sedap, kak.

    ReplyDelete
  3. wow gebu nya donut dia...
    ni mcm makan cakoi pun sodap gak ni heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gebu sikit je KakRet. Tak sabar nak makan cepat malas nak tunggu kembang lagi. hihi..lebih kurang sebab asasnya lebih kurang je kan.

      Delete
  4. lama. tak mendonut
    ada permintaan ank2 baru buat 😊😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak buat mesti ada anak anak teringin makan nanti tu kak :)

      Delete
  5. Nampak senang jaa buat donut tu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je kalau ikut video resipi donut pandan tu

      Delete
    2. Pernah try buat,ngok video tetap xjadi jugak. Huhu sedihhh

      Delete
  6. Sedapnya tengokk coklat atas tu! Donut punn gebuuuu. Saya punnnn makan donut jugak harini kak fiza tapi beli lah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat tu penambah sedap. Beli lagi senang..ngap terus :)

      Delete
  7. Pandainya buat donut...akak pandai makan je...x pandai la nak buat...tp baca kat sini mcam senang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Donut okay lagi nak buat kak. mana yang reti dan biasa buat je ni. kalau tengok video resipi donut pandan tu mesti akak pun boleh buat jugak

      Delete
  8. Hehe apabila teringin terus buat tanpa bertangguh lagi.
    Susah sekarang jumpa donut gebu dan lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. itupun sebab biasa dan tahu buat. kalau tak, membeli juga

      Delete
  9. rajinnya buat donat. lepas ni bolehlah buat donut ala2 big apple..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab teringin, auto rajin. Kena menguli dan biarkan kembang lama macam tu baru gebu macam big apple.

      Delete
  10. Seumur hidup tak pernah buat donut sendiri. Nengok orang buat macam senang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kerajinan nanti boleh cuba buat Sal. Kot menjadi siapa tahu kan

      Delete
  11. Gebunyaaa donut fiza hehe kalau ada topping lg sedap ni tp nina suka juga letak gula icing sedap juga

    ReplyDelete
  12. Sedap . Sira pulak,dengan coklat kan .lagi bertambah kesedapan

    ReplyDelete
  13. Yummeh! Kelmarin akak pun buat donut sebab nak test yis yang ada hidup lagi ke idak :)

    ReplyDelete
  14. Best betul makan donut dengan coklat...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.