Resipi Rendang Kerang Frozen
Orang lain sibuk buat rendang daging, saya buat rendang kerang. Rendang kerang ni menu semalam. Harini saya puasa. Tapi tak terfikir nak masak apa lagi ni untuk berbuka. Separuh kerang frozen yang saya beli dan buat sambal kerang.
Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.
Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.
Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu.
Ada juga rendang kerang tanpa santan. Tapi belum pernah lagi masak rendang tanpa santan. Macam tak feel pulak masak rendang tak rasa lemak santan. Ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)
Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.
Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan.
Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.
Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.
Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu.
Resipi rendang kerang frozen
Cuci dan rebuskan kerang dengan serai, halia dan garam sikit. Dah masak, angkat dan toskan.Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)
Cara masak rendang kerang
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
- Tumis sampai naik bau, baru masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.
- Masukkan kerang dan kacau rata. Biarkan kejap. Baru masukkan air, santan, garam dan gula.
- Biarkan sampai kuah hampir kering. Sambil sambil tu kacau supaya bahagian bawah tu tak melekat hangit. Akhir sekali baru masukkan daun kunyit. Kacau rata dan siap!
Rendang kerang makan dengan apa sedap ye? Makan dengan nasi pun dah menyelerakan. Sedap juga makan dengan pulut, ketupat atau lemang. Semua pun sedap lah.
Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.
Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan.
Nanti hendak cuba juga buat rendang kerang. Terima kasih bagi idea.
ReplyDeleteSilakan cuba kak :)
Deletepernah beli kerang frozen, rasa mcm kurang juicy..masak sambal atau rendang baru sedap..
ReplyDeleteya, kurang juicy sikit. dah masak bersambal atau rendang dia rasa sedap sikit. Kalau rebus saja mungkin kurang sikit kot.
Deletewowww... rendang menarik tp k ret x makan kerang plak hehhe...
ReplyDeletekat rumah ni pun br je masak rendang daging :D
ohh tak makan rendang ye. Takpe, boleh buat rendang lain yang makan. Wahh best tu rendang daging
DeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteAlhamdulillah..ikut selera sendiri je wak :)
DeleteYa Allah nampak sedapnya.. dah lama tak makan kerang. This is so mouthwatering
ReplyDeleteRaya ni boleh masak rendang kerang Tqa :)
DeleteSedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSedapnya ni kalau dimakan dengan nasi lemak....slurppp 🤤🤓
ReplyDeleteSedap juga tu makan dengan nasi lemak :)
DeleteIngatkan rendang kerang ni menu raya. Salam Aidiladha Fizah
ReplyDeleteeh tak lah Sal. Menu sebelum raya. Selamat Hari Raya Aidiladha Sal :)
DeleteMakan dengan apa pun sedap rendang kerang nie.. Suka juga makan.. Kalau dapat isi kerang yang besar-besar lagi puas makan..
ReplyDeleteSetuju KakSha. Sedap makan dengan apapun. Isi kerang besar memang puas makan. Dapat yang fresh lagi sedap.
Deletesedapnyaaa...tadi ada jirang hulur rendang buat juadah raya esok. selamat hari raya eid adha kak Az!
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki dapat rendang dari jiran.
DeleteHappy Eid AO :)
Tak pernah rasa rendang kerang..
ReplyDeleteRaya di bandor... hm
Next time ada rezeki jumpa rendang kerang, jangan lupa rasa tau
Deletetak pernah pula makan rendang kerang ni. boleh cuba :)
ReplyDeleteboleh cuba kalau ada rezeki jumpa rendang kerang.
Deletesedapnya nmpk rendang kerang tu. nyums.
ReplyDeleteSedap untuk peminat kerang :)
DeleteAduhai, tergodanya tengok. Sedap ni...
ReplyDeletePasni boleh cuba merendang kerang pulak kak. dah tergoda tu kena cuba pulak.
DeleteFirst time tengok rendang kerang, dan nampakkkk sedappp! Ahhhhh semua makanan yang berunsurkan kerang semua sedap sedap belake hehehe :D
ReplyDeletePeminat kerang ke? Samalah kita. ada unsur kerang pasti sedap saja.
DeleteFevret saya ni. Klu beli nasi lemak tp jalan ade rendang kerang, mesti saya beli…
ReplyDeleteSambal kerang makan dengan nasi lemak memang sedap tu
DeleteSedapnya rendang kerang. Makan dengan nasi lemak... yum yum..
ReplyDeleteSepanjang hidup naniey ni belum pernah masak rendang lagi ni. InshaAllah nak try masak minggu ni buat pertama kali. Harap harap jadilah. Selalu makan yg orang masak je..
Macam kena cuba masak rendang tu nanti. Selamat mencuba dan semoga hasilnya memuaskan selera.
Deletesedapnya. makan nasi sedap, dgn nasi impit pun sedap gak
ReplyDeleteRendang semestinya sedap dimakan bila raya. yup, makan dengan apa pun sedap juga :)
DeleteSELALU MAKAN SAMBAL KERANG , KERABU KERANG , RENDANG KERANG BELUM PERNAH CUBA LAGI , MENARIK JUGAK NI
ReplyDeleteNext time boleh cuba rendang kerang pulak Lyana
Deletewah, sedap sedap, terima kasih sudah berbagi idea memasak kerang, kak Fiza, saya biasa hanya memasak kerang bumbu kuning je, lain kali nak coba memasak rendang kerang.. hmm
ReplyDelete