Resipi Rendang Kerang Frozen
Orang lain sibuk buat rendang daging, saya buat rendang kerang. Rendang kerang ni menu semalam. Harini saya puasa. Tapi tak terfikir nak masak apa lagi ni untuk berbuka. Separuh kerang frozen yang saya beli dan buat sambal kerang.
Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.
Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.
Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu.
Ada juga rendang kerang tanpa santan. Tapi belum pernah lagi masak rendang tanpa santan. Macam tak feel pulak masak rendang tak rasa lemak santan. Ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)
Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.
Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan.
Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.
Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.
Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu.
Resipi rendang kerang frozen
Cuci dan rebuskan kerang dengan serai, halia dan garam sikit. Dah masak, angkat dan toskan.Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)
Cara masak rendang kerang
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
- Tumis sampai naik bau, baru masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.
- Masukkan kerang dan kacau rata. Biarkan kejap. Baru masukkan air, santan, garam dan gula.
- Biarkan sampai kuah hampir kering. Sambil sambil tu kacau supaya bahagian bawah tu tak melekat hangit. Akhir sekali baru masukkan daun kunyit. Kacau rata dan siap!
Rendang kerang makan dengan apa sedap ye? Makan dengan nasi pun dah menyelerakan. Sedap juga makan dengan pulut, ketupat atau lemang. Semua pun sedap lah.
Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.
Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan.
Nanti hendak cuba juga buat rendang kerang. Terima kasih bagi idea.
ردحذفSilakan cuba kak :)
حذفpernah beli kerang frozen, rasa mcm kurang juicy..masak sambal atau rendang baru sedap..
ردحذفya, kurang juicy sikit. dah masak bersambal atau rendang dia rasa sedap sikit. Kalau rebus saja mungkin kurang sikit kot.
حذفwowww... rendang menarik tp k ret x makan kerang plak hehhe...
ردحذفkat rumah ni pun br je masak rendang daging :D
ohh tak makan rendang ye. Takpe, boleh buat rendang lain yang makan. Wahh best tu rendang daging
حذفNampak sedap kejadiannya
ردحذفAlhamdulillah..ikut selera sendiri je wak :)
حذفYa Allah nampak sedapnya.. dah lama tak makan kerang. This is so mouthwatering
ردحذفRaya ni boleh masak rendang kerang Tqa :)
حذفSedapnya
ردحذفAlhamdulillah
حذفSedapnya ni kalau dimakan dengan nasi lemak....slurppp 🤤🤓
ردحذفSedap juga tu makan dengan nasi lemak :)
حذفIngatkan rendang kerang ni menu raya. Salam Aidiladha Fizah
ردحذفeh tak lah Sal. Menu sebelum raya. Selamat Hari Raya Aidiladha Sal :)
حذفMakan dengan apa pun sedap rendang kerang nie.. Suka juga makan.. Kalau dapat isi kerang yang besar-besar lagi puas makan..
ردحذفSetuju KakSha. Sedap makan dengan apapun. Isi kerang besar memang puas makan. Dapat yang fresh lagi sedap.
حذفsedapnyaaa...tadi ada jirang hulur rendang buat juadah raya esok. selamat hari raya eid adha kak Az!
ردحذفAlhamdulillah...rezeki dapat rendang dari jiran.
حذفHappy Eid AO :)
Tak pernah rasa rendang kerang..
ردحذفRaya di bandor... hm
Next time ada rezeki jumpa rendang kerang, jangan lupa rasa tau
حذفtak pernah pula makan rendang kerang ni. boleh cuba :)
ردحذفboleh cuba kalau ada rezeki jumpa rendang kerang.
حذفsedapnya nmpk rendang kerang tu. nyums.
ردحذفSedap untuk peminat kerang :)
حذفAduhai, tergodanya tengok. Sedap ni...
ردحذفPasni boleh cuba merendang kerang pulak kak. dah tergoda tu kena cuba pulak.
حذفFirst time tengok rendang kerang, dan nampakkkk sedappp! Ahhhhh semua makanan yang berunsurkan kerang semua sedap sedap belake hehehe :D
ردحذفPeminat kerang ke? Samalah kita. ada unsur kerang pasti sedap saja.
حذفFevret saya ni. Klu beli nasi lemak tp jalan ade rendang kerang, mesti saya beli…
ردحذفSambal kerang makan dengan nasi lemak memang sedap tu
حذفSedapnya rendang kerang. Makan dengan nasi lemak... yum yum..
ردحذفSepanjang hidup naniey ni belum pernah masak rendang lagi ni. InshaAllah nak try masak minggu ni buat pertama kali. Harap harap jadilah. Selalu makan yg orang masak je..
Macam kena cuba masak rendang tu nanti. Selamat mencuba dan semoga hasilnya memuaskan selera.
حذفsedapnya. makan nasi sedap, dgn nasi impit pun sedap gak
ردحذفRendang semestinya sedap dimakan bila raya. yup, makan dengan apa pun sedap juga :)
حذفSELALU MAKAN SAMBAL KERANG , KERABU KERANG , RENDANG KERANG BELUM PERNAH CUBA LAGI , MENARIK JUGAK NI
ردحذفNext time boleh cuba rendang kerang pulak Lyana
حذفwah, sedap sedap, terima kasih sudah berbagi idea memasak kerang, kak Fiza, saya biasa hanya memasak kerang bumbu kuning je, lain kali nak coba memasak rendang kerang.. hmm
ردحذف