Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap

Semalam husband keluar untuk derma darah. Beberapa hari lepas dah dapat text reminder untuk derma darah selepas 3 bulan. Semalam kali ke 31 derma darah. Kali terakhir derma darah bulan April 2021 lepas dapat planner.

Semalam balik derma darah tak bawak apa-apa pulak. Paling tidak pun air kotak dan roti. Bajet tak ada agaknya kot. Takpelah, bukan itu tujuan derma pun. Derma darah untuk mereka yang memerlukan. Hospital pun dah banyak kekurangan darah sekarang.

Eh, bukan itu tajuk utama dia. Balik dari menderma darah, saya pesan beli cendol dan rojak. Maka, tak memasak tengahari lah kiranya. Senang kerja, saya boleh rehat dan buat kerja lain. Sempat juga berblogwalking lama sikit semalam. Sampai ke rumah Indonesia saya terjah.

Macam biasa, pilihan saya rojak mee dan cendol Haji Shariff. Alang-alang nak beli rojak beli cendol sekali. 

Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap

Cendol dipandang sepi tepi tu. Dah cair tak adalah gambar cendol. Nanti cakap air teh pulak. Selain rojak mee dan cendol, husband beli rojak kuih untuk dia sebab dia tak suka rojak mee. Rojak kuih tu macam pasembur lah. Beza dia tak ada mee je. 

Cucur dalam rojak mee ni saya suka sebab rangup, ada rasa udang dia. Tak kedekut timun, sengkuang pun banyak, taugeh pun ada. Menepati selera saya yang suka sayur lebih. Telur sebiji!

Kuah pulak pekat dan sedap. Sebelum ni macam saya tak suka sangat kuah dia. Tapi rasa macam sedap lah pulak kali ni. Boleh kira maintain sedap lah kot.

Rojak satu bekas RM4.50 dan cendol RM3. Mula mintak cendol RM4 tapi dia bagi diskaun pulak. RM3 je lah katanya. Alhamdulillah ada diskaun lagi tu. Jimat RM1.

45 comments:

  1. lama nya x makan rojak shariff ni...
    Bila la bole kluar 'negeri' kan...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah boleh jalan jalan jangan lupa singgah..eh boleh kirim kat mama Uyum :)

      Delete
  2. tengok pun boleh imagine kerangupan cucur dia. Dah lama tak makan rojak sejak pkp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. PKP ni banyak benda tak dapat beli dan tak dapat nak makan.huhu..kena cari online kalau ada yang boleh delivery.

      Delete
  3. Replies
    1. Ye kak. teringin makan apa yang dah lama tak dapat makan.

      Delete
  4. Oh..kita berbeza selera..akak lebih suka Rojak Berahim Kuala Pilah...yg rojak haji shariff ni x kena ngan tekak akak...tapi kadang2 dia sedap..kadang2 dai kureng..lain2 orang kot masak kuah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..memang berselera ni kak. saya pulak tak suka Rojak Berahim Pilah tu. Kalau rojak pilah suka rojak mama kat pilah perdana tu. Mungkin lah kot tukang masing bertukar tukar agaknya.

      Delete
    2. eh rojak berahim x pernah plak try... maybe sebab dia hanya ada kat kuala pilah je ke? hahaha akak rasa 2x je jejak pilah tu oii walau kg kat n9 :D

      Delete
    3. Kat Pilah je KakRet. Tak ada tempat lain rasanya. haha..next time kena round pilah pulak

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap rojak mee ni Syu. nnti boleh cuba kalau tersinggah Seremban

      Delete
  6. Sedap nampak rojaknya. Akak dah lama tak pekena rojak, Fizah. Huhu.. sini takde kedai sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lah jugak dari tempat lain yang pernah rasa. Dapat yang better beli situ je lah. betul kak, susah juga nak cari rojak sedap.

      Delete
  7. Kerap juga makan mee rojak Hj Shariff ni Fizah.. memang tak lengkap kalau takde cendol :) ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau teringin je baru membeli kak. Betul sangat. Dua dua kena beli :)

      Delete
  8. Kurang minat rojak begini. Kalau makan sekadar merasa. Hehe suka rojak buah.

    ReplyDelete
  9. Bagus suami kak fiza, selalu derma darah. Dah 31 kali ya.
    Uishh lamanya tak makan rojakk, dulu masa duduk rumah kakak kedua seminggu sekali makan sebab kedai jual rojak dekat je dengan rumahh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Atiqah. Saya je penakut nak derma. faham tu, bila susah nak jumpa yang kena dengan selera jadi lama tak makan. Moga ada rezeki Atiqah dapat rasa rojak mee sedap juga.

      Delete
  10. Mak saya suka rojak mee, rojak asma . kalau saya . kurang sikit bab bab rojak... sesikit bolehla... tapi biasa tak habis.. hubu

    ReplyDelete
  11. Sedapnya rojak dan cendol. Area rumah saya tak ada yang betul-betul pandai buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali layan sedap juga Sal. Musim PKP ni lagilah susah nak jumpa makanan macam macam kan. Sabar je lah

      Delete
  12. Sedapnya... terus terliur tengok. Lama dah rasanya akak tak makan rojak. Jamu mata di sini jelah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.sedap juga kena dengan selera sikit. Rojak ni antara makanan yang susah juga nak dapat. jarang orang jual. Semoga ada rezeki kak Farrah juga. Aaaminnn..

      Delete
  13. murah tu rojak macam tu cume rm4.50. klu kat kl ni paling murah pon rm5, itu pon susah nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih murah lagilah harganya ni. Kat KL serba serbi mahal. faham sangat..

      Delete
  14. Beberapa hari lepas Encik Suami ada sebut-sebut rojak mee, tapi Kak Amie diam-diam saja hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tanda tanda kena bersiap sedia bahan bahan tu kak Amie :)

      Delete
    2. kan :)
      da disebut tu, tanda nyer ngidam ler tu, kak.
      da kena buat.

      Delete
  15. Kalau Sha pun tak berapa suka rojak mee.. lebih suka rojak kuih.. Macam tak kena dengan tekak.. hehehe.. Lama pula tak makan rojak ini.. haiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh geng dengan husband saya tak suka rojak mi. Berbeza selera kita :)

      Delete
  16. kalau belah utara panggil pasembor. bila tulis rojak ingat rojak buah tadi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul.
      time ke penang, teringin sgt aida nak makan pasembor.
      bila dpt, ooooo mcm rojak je.
      sedap!

      Delete
  17. Utara panggil pasembor tp harga boleh tahan mahal le. Bestnya dpt mkn. Rasanya dh lama tak mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasemboq memang boleh tahan mahal. Terkejut juga masa makan kat padang kota tu.

      Delete
  18. sgt suka rojak mee gini, fiza.
    sedap dimakan dgn kuih nya tu.
    lama sungguh tak makan ni, sebab thn ni jarang keluar makan sgt.
    kalu dolu kala, tiap ptg kekadang makan luar :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka rojak mi dann kuih goreng rangup. Baru syok makan. Ye lah kan kak, musim pkp ni tak keluar sangat. Kalau tidak, nampak apa yang sedap boleh juga beli.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.