Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap
Semalam husband keluar untuk derma darah. Beberapa hari lepas dah dapat text reminder untuk derma darah selepas 3 bulan. Semalam kali ke 31 derma darah. Kali terakhir derma darah bulan April 2021 lepas dapat planner.
Semalam balik derma darah tak bawak apa-apa pulak. Paling tidak pun air kotak dan roti. Bajet tak ada agaknya kot. Takpelah, bukan itu tujuan derma pun. Derma darah untuk mereka yang memerlukan. Hospital pun dah banyak kekurangan darah sekarang.
![Rojak Mee Haji Shariff Seremban Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY5oUomU6eOBSRDDRHpP8VG6lgbZh0FCSUhKoChWVNEGcUjM73KQyHUI4UAaBF_RNiXrzSCs1NOCdReWRrCTJXBR28DetFuDrsKymIIEcXKXoBz4EecTEqlIUaJhKMTIkYya0R57d3PSsz/s16000-rw/Rojak+Mee+Hj+Haji+Shariff.jpg)
Cendol dipandang sepi tepi tu. Dah cair tak adalah gambar cendol. Nanti cakap air teh pulak. Selain rojak mee dan cendol, husband beli rojak kuih untuk dia sebab dia tak suka rojak mee. Rojak kuih tu macam pasembur lah. Beza dia tak ada mee je.
Cucur dalam rojak mee ni saya suka sebab rangup, ada rasa udang dia. Tak kedekut timun, sengkuang pun banyak, taugeh pun ada. Menepati selera saya yang suka sayur lebih. Telur sebiji!
Kuah pulak pekat dan sedap. Sebelum ni macam saya tak suka sangat kuah dia. Tapi rasa macam sedap lah pulak kali ni. Boleh kira maintain sedap lah kot.
Rojak satu bekas RM4.50 dan cendol RM3. Mula mintak cendol RM4 tapi dia bagi diskaun pulak. RM3 je lah katanya. Alhamdulillah ada diskaun lagi tu. Jimat RM1.

Eh, bukan itu tajuk utama dia. Balik dari menderma darah, saya pesan beli cendol dan rojak. Maka, tak memasak tengahari lah kiranya. Senang kerja, saya boleh rehat dan buat kerja lain. Sempat juga berblogwalking lama sikit semalam. Sampai ke rumah Indonesia saya terjah.
Macam biasa, pilihan saya rojak mee dan cendol Haji Shariff. Alang-alang nak beli rojak beli cendol sekali.
![Rojak Mee Haji Shariff Seremban Rojak Mee Haji Shariff Maintain Sedap](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY5oUomU6eOBSRDDRHpP8VG6lgbZh0FCSUhKoChWVNEGcUjM73KQyHUI4UAaBF_RNiXrzSCs1NOCdReWRrCTJXBR28DetFuDrsKymIIEcXKXoBz4EecTEqlIUaJhKMTIkYya0R57d3PSsz/s16000-rw/Rojak+Mee+Hj+Haji+Shariff.jpg)
Cendol dipandang sepi tepi tu. Dah cair tak adalah gambar cendol. Nanti cakap air teh pulak. Selain rojak mee dan cendol, husband beli rojak kuih untuk dia sebab dia tak suka rojak mee. Rojak kuih tu macam pasembur lah. Beza dia tak ada mee je.
Cucur dalam rojak mee ni saya suka sebab rangup, ada rasa udang dia. Tak kedekut timun, sengkuang pun banyak, taugeh pun ada. Menepati selera saya yang suka sayur lebih. Telur sebiji!
Kuah pulak pekat dan sedap. Sebelum ni macam saya tak suka sangat kuah dia. Tapi rasa macam sedap lah pulak kali ni. Boleh kira maintain sedap lah kot.
Rojak satu bekas RM4.50 dan cendol RM3. Mula mintak cendol RM4 tapi dia bagi diskaun pulak. RM3 je lah katanya. Alhamdulillah ada diskaun lagi tu. Jimat RM1.
Sedap dan murah..
ردحذفAlhamdulillah..sedap dan harga pun masih murah
حذفlama nya x makan rojak shariff ni...
ردحذفBila la bole kluar 'negeri' kan...huhu...
Nanti dah boleh jalan jalan jangan lupa singgah..eh boleh kirim kat mama Uyum :)
حذفtengok pun boleh imagine kerangupan cucur dia. Dah lama tak makan rojak sejak pkp ni
ردحذفBetul tu. PKP ni banyak benda tak dapat beli dan tak dapat nak makan.huhu..kena cari online kalau ada yang boleh delivery.
حذفSesekali makan rojak sedap jugakan.
ردحذفYe kak. teringin makan apa yang dah lama tak dapat makan.
حذفSedapnya rojak
ردحذفyup, sedap rasa rojak mee ni.
حذفOh..kita berbeza selera..akak lebih suka Rojak Berahim Kuala Pilah...yg rojak haji shariff ni x kena ngan tekak akak...tapi kadang2 dia sedap..kadang2 dai kureng..lain2 orang kot masak kuah dia
ردحذفhihi..memang berselera ni kak. saya pulak tak suka Rojak Berahim Pilah tu. Kalau rojak pilah suka rojak mama kat pilah perdana tu. Mungkin lah kot tukang masing bertukar tukar agaknya.
حذفeh rojak berahim x pernah plak try... maybe sebab dia hanya ada kat kuala pilah je ke? hahaha akak rasa 2x je jejak pilah tu oii walau kg kat n9 :D
حذفKat Pilah je KakRet. Tak ada tempat lain rasanya. haha..next time kena round pilah pulak
حذفsedapnya...terliur tengok.hi2
ردحذفSedap rojak mee ni Syu. nnti boleh cuba kalau tersinggah Seremban
حذفSedap nampak rojaknya. Akak dah lama tak pekena rojak, Fizah. Huhu.. sini takde kedai sedap.
ردحذفSedap lah jugak dari tempat lain yang pernah rasa. Dapat yang better beli situ je lah. betul kak, susah juga nak cari rojak sedap.
حذفKerap juga makan mee rojak Hj Shariff ni Fizah.. memang tak lengkap kalau takde cendol :) ..
ردحذفSaya kalau teringin je baru membeli kak. Betul sangat. Dua dua kena beli :)
حذفKurang minat rojak begini. Kalau makan sekadar merasa. Hehe suka rojak buah.
ردحذفRojak buah pun favourite saya gak tu kak
حذفBagus suami kak fiza, selalu derma darah. Dah 31 kali ya.
ردحذفUishh lamanya tak makan rojakk, dulu masa duduk rumah kakak kedua seminggu sekali makan sebab kedai jual rojak dekat je dengan rumahh hehehe
ye Atiqah. Saya je penakut nak derma. faham tu, bila susah nak jumpa yang kena dengan selera jadi lama tak makan. Moga ada rezeki Atiqah dapat rasa rojak mee sedap juga.
حذفMak saya suka rojak mee, rojak asma . kalau saya . kurang sikit bab bab rojak... sesikit bolehla... tapi biasa tak habis.. hubu
ردحذفfaham faham. selera berbeza gitu
حذفSekali tengok ala-ala pasembor pun ada
ردحذفLebih kurang je sebenarnya kan Lyana :)
حذفSedapnya rojak dan cendol. Area rumah saya tak ada yang betul-betul pandai buat
ردحذفSesekali layan sedap juga Sal. Musim PKP ni lagilah susah nak jumpa makanan macam macam kan. Sabar je lah
حذفSedapnya... terus terliur tengok. Lama dah rasanya akak tak makan rojak. Jamu mata di sini jelah :)
ردحذفAlhamdulillah.sedap juga kena dengan selera sikit. Rojak ni antara makanan yang susah juga nak dapat. jarang orang jual. Semoga ada rezeki kak Farrah juga. Aaaminnn..
حذفmurah tu rojak macam tu cume rm4.50. klu kat kl ni paling murah pon rm5, itu pon susah nak dapat
ردحذفmasih murah lagilah harganya ni. Kat KL serba serbi mahal. faham sangat..
حذفBeberapa hari lepas Encik Suami ada sebut-sebut rojak mee, tapi Kak Amie diam-diam saja hihihiii.
ردحذفHihi..tanda tanda kena bersiap sedia bahan bahan tu kak Amie :)
حذفkan :)
حذفda disebut tu, tanda nyer ngidam ler tu, kak.
da kena buat.
Kalau Sha pun tak berapa suka rojak mee.. lebih suka rojak kuih.. Macam tak kena dengan tekak.. hehehe.. Lama pula tak makan rojak ini.. haiah..
ردحذفOhh geng dengan husband saya tak suka rojak mi. Berbeza selera kita :)
حذفkalau belah utara panggil pasembor. bila tulis rojak ingat rojak buah tadi..hehe
ردحذفyes betul.
حذفtime ke penang, teringin sgt aida nak makan pasembor.
bila dpt, ooooo mcm rojak je.
sedap!
Utara panggil pasembor tp harga boleh tahan mahal le. Bestnya dpt mkn. Rasanya dh lama tak mkn
ردحذفpasemboq memang boleh tahan mahal. Terkejut juga masa makan kat padang kota tu.
حذفsgt suka rojak mee gini, fiza.
ردحذفsedap dimakan dgn kuih nya tu.
lama sungguh tak makan ni, sebab thn ni jarang keluar makan sgt.
kalu dolu kala, tiap ptg kekadang makan luar :) ha ha ha ha...
saya pun suka rojak mi dann kuih goreng rangup. Baru syok makan. Ye lah kan kak, musim pkp ni tak keluar sangat. Kalau tidak, nampak apa yang sedap boleh juga beli.
حذف