Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha. Tarikh Hari Raya Aidiladha 2021 di Malaysia tahun ni jatuh pada 20 Julai 2021. Ada yang cuti Hari Raya Aidiladha ni tak? Hari raya tahun 2021 ni agak hambar sebab tak semeriah sebelum dunia dilanda COVID-19.

Tahun lepas merasa juga balik kampung masa Hari Raya Aidiladha sebab boleh merentas negeri. Lepas tu dapat balik kejap je sebab mak warded. Sampai sekarang tak berpeluang nak balik kampung. Tunggu lepas habis PKP lah nampaknya.

Waktu tu harapnya kes tak tinggi macam sekarang. Hari Raya Aidiladha ni kita duduk rumah diam diam je lah. Jangan kesana kesini tanpa hala tujuan. Nak kena saman ke nak kena COVID?

Dengar-dengar lepas raya ni Perdana Menteri kita akan umumkan sesuatu. Mungkin juga ada berita baik untuk mereka dah terima 2 dos vaksin. Akan diberi kelonggaran boleh rentas daerah/negeri katanya. Kita nantikan saja.

Hari Raya Aidiladha

Dalam bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Aḍḥa, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji adalah hari perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari ini diraikan bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi menurut perintah Allah.

Bagaimanapun, Allah telah menggantikan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai gantinya. Sebagai memperingati peristiwa ini, haiwan dikorbankan secara rutin. Sepertiga daging mereka dimakan oleh keluarga yang melakukan korban. Selebihnya dibahagikan kepada orang miskin dan yang memerlukan.

Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha disambut bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh. Disusuli dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah. Kemudian barulah sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, yang dikenali sebagai Hari Tasyrik.

Cerita Satu Pagi Di Hari Raya Aidiladha

Pagi raya baru masak rendang. Mulanya macam malas nak masak nak order foodpanda je. Tapi TERmasak rendang ayam juga dengan pulut kuning. Masak lebih kononnya nak bagi jiran. Tapi jiran tak ada pulak pergi cucuk vaksin, lepas tu agaknya stay rumah anak dia kot. Takpelah, kita simpan makan sendiri ulang sampai malam.

Husband solat sunat raya sorang pagi ni. Saya cuti. Syukur semalam selepas habis puasa. Lepas tu bervideo Call dengan family, then baru lah ambik gambar sekeping dua. Itupun tak ada mood sebab semua gambar saya nampak gemuk. Kah! Terus tak ada mood. PMS pun iye jugak. Tak ada lah OOTD sangat.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Nah gambar candid dan tak formal sekeping dua dengan tema kuning si ceria. Abaikan kegemukan kami, bila nak mengkurus tak tau



Harini juga birthday mak mentua. Dah siap siap order brownies 2 hari lepas, baker pun dah selamat hantar. Order sekali food delivery by foodpanda untuk birthday anak buah esok. Esok dia dah masuk kerja. Alang alang cuti hari, hantar sekali lah untuk makan dihari raya tak dapat balik rumah.

Dah berposing tak sakan sangat. Lepas tu bukak uniform raya dan tidur. Sakit perut 'yang itu' memang tak boleh bawak bincang. Rasa macam dah lama tak tidur siang lama. Itu yang sepi sikit blog harini. Dah malam rasa okay sikit barulah update dan blogwalking. 

Cerita raya yang serba ada apa adanya. Rendang ayam dan pulut tu pun tak sempat nak digambarkan. Haiyaaaa..

46 comments:

  1. Selamat hari raya aidiladha buat kak fiza dan husband! Wah kalau betul boleh rentas daerah or negeri bagi yang dah terima vaksin, memang seronoklerr. Kita ni masih menanti first vaksin huhuhu. Cantikkk sedondon warna bajuuuu! Tapi betul la, kalau period memang kureng sikit mood nya hahaha. Apa apa pun, selamat hari lahir mak mentua dan anak buah kak fiza! Semoga sihat selalu dan dilimpahkan rezeki yang berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Atiqah. Harap bolehlah merentas nanti.
      Terima kasih untuk doanya Atiqah. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Atiqah jugak :)
      Aaaminnn...

      Delete
  2. Selamat menyambut raya qurban
    maag zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya kak fizah.Syu masak nak hujan panas jer hari ni. Barangkali, esok baru nak berendang😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Syu. Sedap tu Syu nasi hujan panas. Selamat merendang :)

      Delete
  4. salam Aidil Adha...moga tahun depan kita dapat beraya bersama keluarga tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha. Harapnya begitulah. Aaaminnn...

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Aidil Adha Fiza..

    semoga ada good news from PM..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya AidilAdha Fiza sekeluarga.. :)Bestnya tengok orang ada gambar raya. Naniey tahun ni xde gambar raya pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha.
      Apa yang ada je ni Naniey.

      Delete
  7. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf juga andai ada salah dan silap :)

      Delete
  8. Selamat hari raya fiza, happy birthday untuk MIL juga 😘

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya aidil adha buat Fiziah dan suami. Happy belated birthday buat mak mentua. Sempat bergambar raya ye Fizah.
    Entah apa pengumuman PM nanti, kita tunggu sajalah. Mudah-mudahan ada berita baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Kak Amie. Terima kasih Kak Amie. Ye, sempat lah jugak. Marilah sama sama kita nantikan. Harapnya begitulah.

      Delete
  10. Selamat Hari Raya Aidil Fiza. Semalam pun tidak jalan ke blog sangat. Kurang semangat semalam.
    Haha samalah angkat bendera merah Hari Arafah. Awal pula.
    Hehe ter 'rajin' buat rendang ayam dan pulut kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Raya Aidiladha kak. Faham kak. sama pulak ye :)
      Itulah datang rajin pulak nak merendang

      Delete
  11. Rajin Fizah buat rendang ayam dan pulut kuning. Sempat posing kenangan hari raya. Selamat hari raya korban, Fizah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena merajinkan diri juga ambil feel raya. Sempat juga sekeping dua tiga empat keping bergambar. Selamat Hari Raya Korban kak.

      Delete
  12. Masih belum terlambat nak ucapkan ucapan selamat hari raya aidiladha pada kak fiza sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya fiza. Yang penting cukup makan dann kite happy kan fiza 😉

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya AidilAdha fiza. Tu la kan.. Raya tahun ni rasa hambar sikit.. Langsung tak dapat balik kampung jumpa orang tua.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga KakSha. InshaAllah tahun depan tak hambar dah.

      Delete
  15. Selamat Hari Raya Aidiladha Fiza. Kami pun order brownies utk Raya, pies, dll... pendek kata, ddk rmh & makan dgn famili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak. Ya, konsep raya pkp duduk rumah je lah kita :)

      Delete
  16. Selamat Hari Raya azhafizah comel...
    Hihihi dh raya ke3 pun takpa kan...Hari tashriq sampai esok kan...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha kak. Boleh je kak, tak ada masalah :)

      Delete
  17. Aaaa.. masih lom terlambat kannn.... Salam Aidiladha kak... Gamnar kalau nampak gemuk, memang hilang mood.. hahahaa.. Padahal memang hakikatnya begitu kan... saya faham... tapi tetap kalau boleh nak nampak kurusss dalam gambo... pssstt... baru nak nengok gambo pulit kuning ngn rendang you.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha Nona. haha..tak boleh terima kenyataan.
      takde mood terus malas nak ambil gambar makanan. huhu

      Delete
  18. Salam AidilAdha Fiza.. cantik gambar candid tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha KakSha.
      Terima kasih :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.