Header Ads

Spaghetti Carbonara Asbol

Semasa menulis entri ni semacam déjà vu. Rasa macam pernah berada di tempat yang sama, waktu yang sama, keadaan yang sama. Déjà vu, siapa je tak pernah alaminya. Semua orang pernah kot. Tapi bukan itu tajuk utama dia. 

Nak cerita pasal Spaghetti Carbonara Asbol. Tahu tak Asbol tu apa? Asal boleh namanya. 

Sebenarnya tengah fokus buat design menu makanan. Tengok gambar makanan italian food and western, rasa terliur pulak kita wak. Tak boleh jadi ni. 

Terus scan memori dalam kepala ni, ingat apa yang ada kat dapur. Hebat kuasa perempuan ni kalau nak tahu. Segala pelusuk dapur dia tahu mana celah duduknya barang barang dapur termasuk yang dalam peti ais. Betul tak?

Stop kejap buat kerja design. Jomlah ke dapur. Mintak tolong husband rebuskan spaghetti sebab nak buat spaghetti carbonara super duper creamy style gaul sekali tu. Tak perlu asingkan sos.

Spaghetti Carbonara

baca juga : resipi spaghetti carbonara super creamy nyummy

Tak cukup bahan sangat pun sebenarnya. Bawang holland pun nan hado. Guna bawang biasa pun boleh. Waktu terdesak ni kena kreatif gunakan apa yang ada.  Stok cheese dan susu segar pun ada, sos carbonara pun tinggal separuh botol lagi.

Bila bergabung slice cheese, susu segar dan sos carbonara tu jadi pekat likat lah sos carbonara tu. Ada mushroom soup lagilah sedap penambah rasa dia. Tapi tak ada, tak letak pun takpe. Tambah accesories udang seketul dua dengan capsicum hijau yang stok tinggal hujung hujung. 

Eloklah kita habiskan mana stok yang ada. Dari terbiar membusuk, baik kita gunakan. Kadang tu beli satu, gunanya sikit je. Lepas tu buntu tak tahu nak gunakan masak apa lagi.

Kebetulan ada extra chilli flakes dominos. Kita taburkan je atas spaghetti. Mixed herbs saya taburkan sikit untuk tambah seri food plating. Padahal dah siap siap letak dalam adunan sos tu. Asal boleh je lah. Kita sendiri yang nak makan pun. Ikut selera kita. Tak gitu?

Waktu makan sekarang pun tak menentu. Tak macam PKP1.0. Sekarang ikut konsep makan bila lapar. Masak bila lapar. Bila dah makan pagi kenyang membawak sampai ke petang. Minum petang merangkap makan malam. 

هناك 40 تعليقًا:

  1. anak dara suka sgt menu ni..mmg kt umh ada je stock pasta

    ردحذف
  2. terliur plak tgk spageti..
    2ari lepas baru topap stok barang dapo.. tp tu la.. lama sgt duk umh dh xtau nk masak ape..
    mngkin blh try spageti carbonara ni pulak.. hihi

    ردحذف
  3. Alaaaa...lapar plak perut ha....fav kakak dania ni....

    ردحذف
  4. amboiiii, asal boleh pun dah macam ni..yang ikut resepi betul confirm lagi canggih ni :)

    ردحذف
    الردود
    1. One fine day kena ikut resepi betul betul pulak. Harapnya sedap lah :)

      حذف
  5. super creamy ni..tambah cili flakes, rasa pedas2 sikit..

    ردحذف
  6. Aduh terliur. Selalu akak buat bolognese tapi tengok pinggan Fiza teringin buat pula tapi malas hendak beli barang untuk kuah itu.

    ردحذف
    الردود
    1. Next time beli barang boleh selit barang untuk spaghetti carbonara sekali kak :)

      حذف
  7. Sedapnya, spagetti carbonara Fizah buat. :)
    Tak boleh camtu. Muda takpe kot. Nanti dah tua macam akak, makan kena on time. Nanti perut masuk angin, susah. Tak lapar pun, jamah sikit bila sampai waktu makan. Jaga diri ye, Fizah.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah kak Nur. ikut selera sendiri je ni. Terima kasih Kak Nur atas nasihat. Kalau dah kenyang tak lapar sangat tak masak tapi makan buah ke atau kudapan macam tu. InshaAllah..semoga diberikan kesihatan yang baik.

      حذف
  8. Ingat Asbol tu nama chef. Hehe. Betullah pkp ni tak boleh ke kedai selalu. Pandai-pandai la reka menu dengan apa yang ada

    ردحذف
  9. Ohhh asal boleh ya, ingatkan merujuk kepada sesuatu benda hahaha.
    Kreatif namanya! Betul kak fiza, kita je nak makan, bukan nak serve kepada orang lain pun, ikut tekak kita je. Janji kena selera dan kenyang perut :D

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, merujuk kepada Asal boleh je. tak merujuk kepada yang lain. Itulah pasal kena kreatif je guna apa yang ada ikut selera sendiri.

      حذف
  10. caebonara k ret kurang minat tp bole la makan...
    klu kat rumah ni mmg masak cabonara je la utk bdk2...
    paling suka klu dpt makan olio...
    adoii ni yg mcm nk makan je esok ni hahha

    ردحذف
    الردود
    1. saya pun kurang minat sebenarnya. tapi husband suka. dan memang nak habiskan stok yang tinggal lama tak masaknya. Aglio olio dan bolognese saya suka. Selamat memasak esok :)

      حذف
  11. Nampak menarik.. Tapi saya tak makan spaghetti.. hihi

    ردحذف
  12. Lama x makan... kalau masak pun bolognese punya jee...

    ردحذف
    الردود
    1. Pasni teringin boleh masak nona. saya pun prefer bolognese. ini ikut selera husband :)

      حذف
  13. Baca tajuk terus fikir restoran mana pula ya yang nama asbol ni...rupanya asal boleh! Kah ka h kah!

    ردحذف
  14. saya kalau buat spegeti carbonara ni semata2 spegeti ngan kuah carbonara prego tu jer lah... malas nak masuk mende2 laen...

    ردحذف
  15. Asal boleh pun sedap je Fiza..
    Sha selalu je buat spagheti asal boleh nie.. kikiki..

    ردحذف
  16. singgah cari resepi carbonara. nampak mcm sedap. nnti nk try :)

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.