Spider Plant vs Curly Spider plant
Jumaat dah. Lama tak membelek pokok kat luar. Pokok kat luar ni jagaan husband. Saya jaga pokok dalam rumah je. Bila lama tak membelek pokok luar rumah ni, tengok-tengok dah rimbun betul spider plant dan curly spider plant ni.
Spider plant tu ambil kat rumah mak je. Curly spider plant saya beli bulan November tahun lepas. Elok hidup sihat. Tak pernah jatuh sakit pun.
Jenis spider plant ni mudah nak jaga. Boleh jadikan tumbuhan hiasan dalam rumah atau dalam rumah. Boleh diletakkan dalam pasu, digantung atau tanam terus di tanah.
Spider plant ni ada banyak jenis. Jangan di tanya jenisnya sebab bukan pakar bab pokok. Tahu mana yang tahu je. Yang ada pun spider plant dan curly spider plant je.
Curly spider plant ni macam dah kurang curly. Tak tahu lah kenapa. Ada siapa tahu? Eh takyah fikir lah kenapa. Asalkan dia hidup sihat cukup. Hijau sedap mata memandang. Terapi untuk mata juga.
Terabai sungguh pokok kat luar ni sejak kucing luar datang singgah membuang dalam pasu-pasu. Pasu pasu kosong dibiarkan kosong. Malas dah nak tanam pokok kari, pokok kunyit, pokok limau. Semua dah mati kena baja buangan kucing.
Bukan setakat pokok mati, kawasan tu pun dah berbau semacam je. Aduhaiii...tak leh nak kata apa. Sabar je lah. Jiran rumah sebelah pun hangin je kena cuci depan rumah bila ada buangan kucing menyinggah. Kucing sapa tak tahu. Ada rantai loceng. Bukan kucing liar.
sama lah kita malas dah nak menanam sejak kucing suka buat onar dengan pokok tanaman.
ReplyDeleteItulah pasal. Terkubur camtu je lah semangat rajin tu. huhu
Deletebetul, pasu dekat rumah ni abis dah dikerjakan kucing, terus give up dah nak tanam pokok..
ReplyDeletesamalah kita..biarlah dulu. Tanda suruh rehat kot :)
DeleteWHY SO RAJIN NI.. mai ambil pokok rumah un tolong jaga lah.
ReplyDeleteHihi..tak rajin dah kak sejak kucing buat hal.
Deletespoil sungguh klo kucing buat hal..pasu mak saya pon depa dok men, habis pokok tersiat depa main
ReplyDeleteIye Ad. Agak spoil semangat tu. macam sia sia je rasa. sabar je lah. Pokok hiasan okay lagi. ini pokok tanaman untuk masak, memang sedihlah
DeleteOoo namanya spider plan..Saya selalu panggil pokok lidah ayam jer...hihihi
ReplyDeleteye mamacella. First time dengar pokok lidah ayam. belajar ilmu baru harini :)
DeleteYa dulu duduk kawasan tempat perumahan lama memang kena terima kucing berak pintu dapur luar.
ReplyDeleteSusahlah kan hendak tanam tanaman dapur.
Nak tak nak terima je lah. Dah buat macam macam tips elak kucing berak still lagi bertandang. Tak ada rezeki nak tanam. kena beli jugaklah nampaknya
DeleteSusah jugak tu, takkan la sebab kucing nak bergaduh dengan jiran. Huhu
ReplyDeleteSetakat ni xbergaduh lah Sal. Cuma hangin tu memang hangin tapi sabar je lah kita.
DeletePOKOK SPIDER PLANT NI MEMANG MUDAH NAK JAGA DAN MEMANG MUDAH NAK DIBIAKKAN
ReplyDeleteYe, betul tu Lyana
DeleteSihat walafiat pokok spider tu, cantik, bila membiak di hujung macam bunga..
ReplyDeleteAlhamdulillah..ya ada bunga sikit :)
Deletespider plant ni cantik.. :) kalau lebat lagi cantik. sedap mata memandang..
ReplyDeleteYa Naniey. Bila rimbun lagi lawa
DeleteAngin jugak lah kalau kucing suka membuang macam tuuu, biasa kucing ada rantai ni kucing bertuannn, takkanlah tuan dia tak ambik kisah pasal kucing dia tuuuu, sian jiran jiran lain kena tempias sekali :')
ReplyDeleteBiasa macam tu lah. Kucing liar jarang ada rantai loceng tu. Melainkan tak jumpa rumah. Tuan dia memang biarkan je kot bagi kucing bebas. entahlah Atiqah..sabar je lah.
Deletesabo je laa kalu ada gangguan makhluk berbulus ni😆
ReplyDeleteNampaknya macam tu lah Anies. Sabar je lah
Deletepokok spider plant ni kena rajin belek nak bagi nampak cantik. itulah sekarang mood malas pokok kat rumah pun dah malas nak tengok..hehe
ReplyDeleteTak rajin jugak nak belek. Asalkan cukup makanan dia inshaAllah rimbun elok. Samalah nak keluar rumah pun malas dah. huhu
DeleteBaja buangan kucing memang mengganggu tumbesaran pokoklah Fizah.
ReplyDeleteitulah pasalnya Kak Amie. redha je lah.
Deletesegar bugar pokok... saya tanam asik mati jer, tak pandai jaga kot
ReplyDeleteSaya pun kurang pakar bab pokok ni. Ada masa elok ada masa tak menjadi. huhu
DeleteOoooo.. itu namanya.. ok.. baru perasan.. memang macam spider.. tapi berkaki lebih dari lapan... Moga terus segar, sedap mata memandang
ReplyDeleteYe Nona. banyak kaki spider ni ha :)
DeleteAduh.. kalau kucing dah mula datang, memang susah sikitlah pokok nak hidup..
ReplyDeleteitulah pasalnya. terus mogok taknak tanam dah. Huhu
Delete