Spider Plant vs Curly Spider plant
Jumaat dah. Lama tak membelek pokok kat luar. Pokok kat luar ni jagaan husband. Saya jaga pokok dalam rumah je. Bila lama tak membelek pokok luar rumah ni, tengok-tengok dah rimbun betul spider plant dan curly spider plant ni.
Spider plant tu ambil kat rumah mak je. Curly spider plant saya beli bulan November tahun lepas. Elok hidup sihat. Tak pernah jatuh sakit pun.
Jenis spider plant ni mudah nak jaga. Boleh jadikan tumbuhan hiasan dalam rumah atau dalam rumah. Boleh diletakkan dalam pasu, digantung atau tanam terus di tanah.
Spider plant ni ada banyak jenis. Jangan di tanya jenisnya sebab bukan pakar bab pokok. Tahu mana yang tahu je. Yang ada pun spider plant dan curly spider plant je.

Curly spider plant ni macam dah kurang curly. Tak tahu lah kenapa. Ada siapa tahu? Eh takyah fikir lah kenapa. Asalkan dia hidup sihat cukup. Hijau sedap mata memandang. Terapi untuk mata juga.

Terabai sungguh pokok kat luar ni sejak kucing luar datang singgah membuang dalam pasu-pasu. Pasu pasu kosong dibiarkan kosong. Malas dah nak tanam pokok kari, pokok kunyit, pokok limau. Semua dah mati kena baja buangan kucing.
Bukan setakat pokok mati, kawasan tu pun dah berbau semacam je. Aduhaiii...tak leh nak kata apa. Sabar je lah. Jiran rumah sebelah pun hangin je kena cuci depan rumah bila ada buangan kucing menyinggah. Kucing sapa tak tahu. Ada rantai loceng. Bukan kucing liar.
sama lah kita malas dah nak menanam sejak kucing suka buat onar dengan pokok tanaman.
ردحذفItulah pasal. Terkubur camtu je lah semangat rajin tu. huhu
حذفbetul, pasu dekat rumah ni abis dah dikerjakan kucing, terus give up dah nak tanam pokok..
ردحذفsamalah kita..biarlah dulu. Tanda suruh rehat kot :)
حذفWHY SO RAJIN NI.. mai ambil pokok rumah un tolong jaga lah.
ردحذفHihi..tak rajin dah kak sejak kucing buat hal.
حذفspoil sungguh klo kucing buat hal..pasu mak saya pon depa dok men, habis pokok tersiat depa main
ردحذفIye Ad. Agak spoil semangat tu. macam sia sia je rasa. sabar je lah. Pokok hiasan okay lagi. ini pokok tanaman untuk masak, memang sedihlah
حذفOoo namanya spider plan..Saya selalu panggil pokok lidah ayam jer...hihihi
ردحذفye mamacella. First time dengar pokok lidah ayam. belajar ilmu baru harini :)
حذفYa dulu duduk kawasan tempat perumahan lama memang kena terima kucing berak pintu dapur luar.
ردحذفSusahlah kan hendak tanam tanaman dapur.
Nak tak nak terima je lah. Dah buat macam macam tips elak kucing berak still lagi bertandang. Tak ada rezeki nak tanam. kena beli jugaklah nampaknya
حذفSusah jugak tu, takkan la sebab kucing nak bergaduh dengan jiran. Huhu
ردحذفSetakat ni xbergaduh lah Sal. Cuma hangin tu memang hangin tapi sabar je lah kita.
حذفPOKOK SPIDER PLANT NI MEMANG MUDAH NAK JAGA DAN MEMANG MUDAH NAK DIBIAKKAN
ردحذفYe, betul tu Lyana
حذفSihat walafiat pokok spider tu, cantik, bila membiak di hujung macam bunga..
ردحذفAlhamdulillah..ya ada bunga sikit :)
حذفspider plant ni cantik.. :) kalau lebat lagi cantik. sedap mata memandang..
ردحذفYa Naniey. Bila rimbun lagi lawa
حذفAngin jugak lah kalau kucing suka membuang macam tuuu, biasa kucing ada rantai ni kucing bertuannn, takkanlah tuan dia tak ambik kisah pasal kucing dia tuuuu, sian jiran jiran lain kena tempias sekali :')
ردحذفBiasa macam tu lah. Kucing liar jarang ada rantai loceng tu. Melainkan tak jumpa rumah. Tuan dia memang biarkan je kot bagi kucing bebas. entahlah Atiqah..sabar je lah.
حذفsabo je laa kalu ada gangguan makhluk berbulus ni😆
ردحذفNampaknya macam tu lah Anies. Sabar je lah
حذفpokok spider plant ni kena rajin belek nak bagi nampak cantik. itulah sekarang mood malas pokok kat rumah pun dah malas nak tengok..hehe
ردحذفTak rajin jugak nak belek. Asalkan cukup makanan dia inshaAllah rimbun elok. Samalah nak keluar rumah pun malas dah. huhu
حذفBaja buangan kucing memang mengganggu tumbesaran pokoklah Fizah.
ردحذفitulah pasalnya Kak Amie. redha je lah.
حذفsegar bugar pokok... saya tanam asik mati jer, tak pandai jaga kot
ردحذفSaya pun kurang pakar bab pokok ni. Ada masa elok ada masa tak menjadi. huhu
حذفOoooo.. itu namanya.. ok.. baru perasan.. memang macam spider.. tapi berkaki lebih dari lapan... Moga terus segar, sedap mata memandang
ردحذفYe Nona. banyak kaki spider ni ha :)
حذفAduh.. kalau kucing dah mula datang, memang susah sikitlah pokok nak hidup..
ردحذفitulah pasalnya. terus mogok taknak tanam dah. Huhu
حذف