Header Ads

Sukan Olimpik Tokyo 2020 #GanbatteMalaysia

Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah pun bermula pada hari ini 23 Julai 2021 dan berlansung sehingga 8 Ogos 2021. Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan dan akhirnya berlansung juga Sukan Olimpik Tokyo 2021.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 #GanbatteMalaysia

Sejarah Sukan Olimpik

Sukan Olimpik, sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan Olimpik dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.

Sukan ini dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Manakala Sukan Olimpik Musim Sejuk pula dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1996

Sukan Olimpik Tokyo 2020

Pada tahun ni agak mencabar untuk Negara Jepun menjadi tuan rumah dalam menjayakan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang gah ni. Samada mahu meneruskan atau membatalkan kerana dunia masih bergelumang dengan pandemik COVID-19.

Akhirnya Sukan Olimpik diteruskan. Harini dalam sejarah bila Sukan Olimpik agak kurang meriah dan janggal dengan upacara pembukaan tanpa penonton yang ramai. 

Ikut waktu Malaysia berdasarkan intisari rancangan TV, Siaran Langsung Pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 18:45, 23 Julai 2021.

Hanya seramai 1,000 perwakilan akan hadir ke Stadium Olimpik yang mampu memuatkan 68,000 tempat duduk pada upacara pembukaan yang selalunya diraikan secara besar-besaran oleh tuan rumah.

Upacara pembukaan akan melibatkan pertunjukan berteknologi tinggi termasuklah menggunakan dron. Sedia maklum kita tahu Jepun memang maha hebat dengan teknologi mereka. 

Jom sokong Malaysia! Tonton live streaming Sukan Olimpik Tokyo 2020 : https://tokyo2020.rtm.gov.my/olympics

Senarai acara sukan dan atlet yang mewakili Malaysia Sukan Olimpik Tokyo 2020

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

sumber : BH Online 

#GanbatteMalaysia Malaysia Boleh! Majulah sukan untuk negara.

Ganbatte adalah perkataan Jepun yang bermaksud " Do you best" in english

Semoga ada emas akan dibawa pulang.


هناك 30 تعليقًا:

  1. Eh kul bp perasmian dia eh.. Semlm chck time x jumpa lagi..

    ردحذف
  2. All the best untuk semua para atlet! Ganbatte!!

    ردحذف
  3. Insya Allah tengok sedikit persembahan pembukaan nanti. Apa yang berbeza olimpik kali ini. Takdelah hendak tengok sampai habis

    ردحذف
  4. Good luck Team Malaysia. Kalau tak kerana pandemik mesti gempak upacara pembukaan. Sedih terkenang trip ke Tokyo kononnya untuk tengok Olimpik tahun lepas.

    ردحذف
    الردود
    1. Tahu takpe. Lagi lagi negara Jepun tuan rumah dia. Mesti gempak. Jangan sedih Sal, layan dulu Olimpik amek feel.

      حذف
  5. Goodluckkkk team Malaysia! All the best! Fighting! Hehehehe :D

    ردحذف
  6. Harap2 ada pingat utk M'sia...fighting! utk atlet2 negara..

    ردحذف
  7. moga emas yg ditunggu2 akn menjelma di bumi Tokyo. aminnnn

    ردحذف
  8. Moga semua atlet kita selamat pergi dan selamat kembali dengan membawa pingat impian!

    ردحذف
  9. stress semalam. jenuh menunggu team malaysia masuk, siap tahan diri nak pi toilet. last-last android tv hang.... terlepas apa yang ditunggu

    ردحذف
  10. Good Luck Malaysiakuu.. Nampak Brunei pun masuk tu... dalam musim Covid ni.. tetap ada sukan ni ek.. semua dah vaksin kot... Saya minat nak tengok memanah, basikal, terjun dan gimmastik... Kalau ada tarian dalam air.. itu pun sy suka nengok..ralit la jugak.. hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah ada juga. Banyak negara yang join. Ikut SOP. harap harap tak ada penularan virus. Memang fokus kalau tengok sukan yang kita minat.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.