Header Ads

Telefilem 6 Hari

Telefilem 6 hari, telefilem 2020 ulang siaran pada Sabtu ini 3 Julai 2021 jam 9:00 malam di saluran Astro Citra. Sebuah telefilem arahan Yusry Abdul Halim yang dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020.

Telefilem 6 Hari Astro Citra

TELEFILEM 6 HARI

Waktu siaran : 3 Julai 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra | Citra HD
Pengarah : Yusry Abdul Halim

SINOPSIS TELEFILEM 6 HARI

Mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan semula bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry A. Halim) datang ke rumah. Faizal juga merupakan seorang bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan setelah dipenjarakan selama lapan tahun.

Suzi yang kini sudah berubah menjadi seorang muslimah tiada pilihan lain dan terpaksa menerima kehadiran Faizal yang tidak diduga kerana bekas teman lelakinya itu telah mengugut untuk memberitahu kisah jenayah mereka kepada Ismal.

Suzi juga sering berhubungan dengan kawan baiknya, Linda (Neelofa) untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dalam usaha menyelesaikan konflik tersebut.

Apakah yang akan berlaku? Adakah Ismal akan mengetahui sejarah silam Suzi? Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka?

PELAKON DAN WATAK

  • Lisa Surihani sebagai Suzi
  • Yusry Abdul Halim sebagai Faizal
  • Dato Aaron Aziz sebagai Ismal
  • Neelofa sebagai linda

هناك 31 تعليقًا:

  1. Suzi ada latar belakang jenayah. Kira ugutan Faizal untuk kembali semula bersama Suzi. Plot menarik.

    ردحذف
  2. pernah tengokkk... hihi... Kelako.. romantik pun ada.. sedih pun iyee

    ردحذف
  3. Suspen juga kisahnya ni. Peleraian cerita tentu mendebarkan.

    ردحذف
  4. Baru nak tayang ya, ingatkan dah tayang lama dahhh.
    Sinopsis macam menarikk, pelakon punn boleh tahannnn. Neelofa punn ada jugak ya :D

    ردحذف
    الردود
    1. Dah tayang. ni siaran ulangan seperti yang ditulis dalam entri di atas :)

      حذف
  5. eh ni bukan cerita lama ke? rasa mcm dah pernah tgk....

    ردحذف
  6. Walaupun ada pelakon2 yang saya tak minat, tapi jalan ceritanya menarik minat utk ditonton..

    ردحذف
  7. Macam pernah tengok la citer ni...tapi dah lupa plaka bila...

    ردحذف
    الردود
    1. dah pernah tayang kak sebelum ni kat astro. Tahun lepas masa PKP 1.0

      حذف
  8. dah tengok. bolehlah layan citer dia time bosan..hehe

    ردحذف
  9. Hero heroin best laaa. Nak tengokkkk tapi xde astro pulak 😅

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.