Header Ads

Air Lai Chi Kang Penyejuk Tekak

Fuhh..lama betul tak minum air lai chi kang. Kalau dulu setiap kali beli tomyam dan nasi kerabu mesti akan beli lai chi kang. Sejak kedai favourite bertukar tukang masak, dah tak membeli kat situ. Tomyam pun dah tak sesedap dulu.

Beberapa hari lepas membeli makanan di food panda. Nampak ada pilihan menu air lai chi kang. Eh, macam sedap je kalau dapat minum air lai chi kang. Kita pun order sekali sebungkus lai chi kang.

Tengah musim panas atau panas badan memang sesuai sangatlah minum air lai chi kang ni. Bahan-bahan yang ada dalam air lai chi kang dapat menyejukkan badan. Sejukkan tekak juga. 

Air lai chi kang dipanggil air dengan nama air cikong. Dari mana dan maksud lai chi kang tu tidaklah saya tahu. Dari nama tu sendiri rasanya dah boleh agak ianya sejenis menu tradisi dari kaum Cina. Tapi tak adalah campur bahan-bahan haram ye.

Semua bahan-bahan tu mempunyai khasiat tersendiri. Mungkin juga pada zaman itu, minuman lai chi kang dijadikan ubat penyejuk badan satu masa dulu. 

Bahan-bahan dalam lai chi kang 

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Laici
  • Buah kundur
  • Kismis
  • Goji bery
  • Barli
  • Sagu 
  • Snow fungus
  • Biji selasih
  • Kacang Shandong
  • Gula batu
  • Gula perang

Air Lai Chi Kang

Itu antara bahan yang biasa dimasukkan dalam air minuman lai chi kang. Tapi selalunya tak lengkap pun semua ada. Yang biasa jumpa ada laici, biji selasih, sagu besar warna warni, cincau, kacang dan snow fungus.

saya suka jenis kacang lebih. Tapi yang saya beli ni tak ada pulak. Lupa nak letak note tambah kacang. Lupa letak note satu hal. Yang dapat ni pun satu biji kacang pun nan hado. Agak agak kena mintak baru dapat kot. Takpun peniaga habis stok kacang.

Khasiat lai chi kang

  • Mengurangkan panas badan
  • Membantu penghadaman
  • Sesuai diminum ketika demam atau lesu
  • Melegakan sembelit
  • Tingkatkan antibodi badan
  • Agen milkbooster
  • Menaikkan HB (hemoglobin) untuk ibu hamil
  • Awet muda

Bagus kan khasiat lai ci kang ni. Setiap bahan tu ada manfaatnya. Boleh minum selalu tanpa rasa bersalah. Sedap pun sedap.

هناك 60 تعليقًا:

  1. sbot lai chi kang ingt kat bazar ramadhan..
    tp xpernah beli pon.. xpernah rs.. haha..
    mngkin lps ni sy kena rs..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe. Macam tu pulak ye. Kedai makan ada jual air lai chi kang jugak. Boleh cuba rasa. Nak tunggu bazar lambat lagi 😅

      حذف
  2. memang nikmat air lai chi kang sejuk ni bile minum time panas. susah gak nak dapat air ni. selalunya time blan ramadhan banyak le kat bazar ramadhan

    ردحذف
  3. meme sedap ler dapat minum time panas-panas ni..macam lama dah tak minum lai ci kang ni tau

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn.. syok je minum time cuaca tengah panas ni. Kena cari lah kedai yang ada jual air lai chi kang.

      حذف
  4. Rupanya bahan-bahannya banyak daripada biasa.
    Suka kacang juga dengan kembang semangkuk.

    ردحذف
    الردود
    1. Ye kak. Macam macam boleh letak. Kembang semangkuk tu sedap mengunyah

      حذف
  5. Isi laici boleh tukar kepada isi rambutan
    Jadilah mok tan kang

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha.. terhibur baca komen wak. Ada betul gak tu. musim rambutan pulak tu sekarang ni kan. Moktan buang biji buat air gitu

      حذف
  6. Nikmat cuaca panas pekena laichikang ni . Sejuk je tekak .

    ردحذف
  7. Kalau ikutkan bahan-bahannya memang ia minuman yang bagus untuk badan. Tapi tulah, kadang beli tak berapa ada isi sangat.

    ردحذف
  8. Air ni kalau cukup lengkap memang sedap dan senyum lebar rasanya. dapat hilangkan dahaga dan pada masa yang masa ada banyak khasiat air ni. Lama dah naniey tak minum air ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Dapat banyak isi dalam tu memang bestlah. Baru betul betul berkhasiat gitu kan. Itulah kan. Lama tak minum. Sekali nampak ada menu ni terus beli

      حذف
  9. Lai chi kang ala teh berbagai bahan didalam banyak khasiatnya, tak da kacang macam tak lengkap kan..

    ردحذف
  10. Aduhai, sedapnya... sejuk tekak sejuk badan kalau dapat minum ni 😊

    ردحذف
    الردود
    1. itulah, syok rasa sejuk tekak minum air lai chi kang ni. Kena membeli pasni kak Farrah 😊

      حذف
  11. air feveret mama ni. mama mmg suka versi sejuk. takyah letak gula letak gula batu aje dah sedap

    ردحذف
  12. sejuk nyamannn terasa menikmati air feberet ni
    lama jga x dpt mkn ni
    he hee biasa kat kedai baru best

    ردحذف
    الردود
    1. tahu takpe kak nur. sejuk tekak dapat minum air lai chi kang ni. Itulah, kalau dine in rasa macam selalu gak order kan

      حذف
  13. lama jg x mkn LCK ni... nak cari jugalah sebungkus

    ردحذف
  14. wah baru tahu adanya Air Lai Chi Kang nih, kak.. nampak banyak bahan makanan bergizi..

    ردحذف
    الردود
    1. mungkin di sana ada tapi nama berbeza. Ya, bahan bahannya banyak khasiat.

      حذف
  15. mmg sedap ni kalau dapat minum time panas...
    tp kadang x puas sebekas, mesti nak order satu lagi... :D

    ردحذف
    الردود
    1. Tahu takpe! Kalau share confirm tak puas minum. hihi
      Kena beli extra.

      حذف
  16. Rasanya sebab sudah dimelayukan, jadilah sebutan lai chi kang. Kak Amie pernah terbaca asalnya minuman ini namanya lin chi kang, minuman herba campuran biji teratai, white fungus, longan, laohan gau dan kundur untuk sejukkan badan.

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh macam tu ye kak. Dah banyak kecelaruan maklumat sampai tak jumpa pulak nama lin chi kang tu. Yang ada lai chi kang je. Terima kasih kak Amie untuk info ni.

      حذف
  17. sedapnyaa. lama x mnum lai chi kang. mnum time cuaca panas mmg best ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah kan. Syok minum waktu panas panas ni. kalau ada jual, beli tau Syu

      حذف
  18. aaaaa. my favoriteeee.. hilang rasa dahaga seketika minum air ni

    ردحذف
  19. Jarnag minum air ni.. tpai ada campur gula x ek.. ker semulajadi dari buah buahan jee.. hshs

    ردحذف
    الردود
    1. Biasanya akan guna gula batu atau gula perang seperti yang ditulis dalam entri di atas.

      حذف
  20. Ada yang campur juga telur puyuh rwbus kan...
    Haaa..apa la rasanya kan..
    Minumam penyejuk badan ni...Coollllll

    ردحذف
    الردود
    1. biar betul??? Pelik pulak campur telur puyuh rebus.
      Memang cool dapat minum air lai chi kang ni.

      حذف
  21. Aduhhh sedapnya minum waktu panas2 mcm ni..sejuk ja tekak..lagi banyak bahan2nya lg sedap kan

    ردحذف
    الردود
    1. air terpaling sedap dan berkhasiat untuk sejukkan tekak dan badan. Banyak bahan lagilah sedap

      حذف
  22. Minum time cuaca panas memang nikmat sungguh! Banyak gak bahan bahan dia eh, paling favorite saya gula batuuu hehehe. Baru tahu ada banyak gak khasiat minum air lai chi kang ni, ingatkan sekadar minum untuk hilangkan haus je hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Air lai chi kang ni jenis tak muak. Laju je minum kalau tengah cuaca panas tu. gula batu tu wajib ada. Ye, bukan sekadar menghilangkan dahaga.

      حذف
  23. Lama betul xmkn.. bestnya kalau dpt buat sendiri.

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh buat sendiri Nina. Kat shopee macam banyak je orang jual dalam pek. Banyak pilihan juga

      حذف
  24. Akak pun suka minum air laichi kang ni....dan lama dah rasanya x minum...tp nak minum kat kedai...hahahaha

    ردحذف
  25. tak minat lai chi kang ni. walaupuun tengok orang sebelah order, sekali pun tak rasa nak try..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.