Header Ads

Aiskrim Onde Onde Nestlé Sedap Ke?

Agak mencabar kesabaran ye nak dapatkan aiskrim onde onde Nestlé ni. Cari tak jumpa cari tak jumpa. Akhirnya mendapat juga. Ada rezeki mencuba onde-onde ice cream Nestlé yang dikatakan sedap itu. Selagi tak dapat, dok tertanya tanya. Sedap ke aiskrim onde onde nestle tu?

Sedap ke tidak, diri sendiri lah kena cuba rasa. Selera orang lain-lain. Mungkin sedap pada orang lain tapi tidak pada kita, kan?

Setiap kali Encik Suami beli barang, saya pesan kalau ada aiskrim onde onde Nestlé jangan lupa beli. Agak kecewa jugalah bila beberapa kali pergi tak ada.  

Baru-baru ni je lah ada rezeki jumpa aiskrim onde onde ni. Beli 2 terus.

Aiskrim Onde Onde Nestlé

Gigit punya gigit, dekat separuh barulah muncul isi dalam aiskrim ni. Tapi rasa aiskrim tanpa isi dalam tu pun dah sedap sebenarnya. Dia manis manis lemak santan dan rasa pandan. 

onde-onde ice cream nestlé

Aiskrim onde onde ni luaran dia berperisa pandan dan kelapa dengan inti gula melaka dan kelapa parut. Inti dia macam kuih ketayap atau kuih bantal peluk tu. Kurang jelas pulak dalam gambar. Almaklumlah sekarang musim mendung. Mendung juga hasilnya. 

Aiskrim Onde Onde Nestlé

Rasa Aiskrim Onde Onde Nestlé ni memang sedap. Manis yang biasa biasa. Cuma isi dalam tu manis luar biasa sikit. Termanis sikit kot. Ke manis sangat. Tahap rasa kemanisan lidah masing masing berbeza kan. Kalau dah biasa makan atau minum manis takde hal kot.

Tapi jenis kurang manis, mungkin akan rasa manis sikit lah. Kalau rasa manis sangat, makan luaran je. Sesekali kita into the scene lah cuba benda baru. Dah rasa sekali tu sudahlah. Melainkan kalau teringin nak makan lagi.

Selain jenama Nestlé, aiskrim onde onde 7e dan aiskrim potong onde onde pun ada. Tapi dua tu tak pernah cuba lagilah. Ada yang dah cuba?

هناك 48 تعليقًا:

  1. Ada nampak kat kedai tapi tak terbeli. Terfikir onde-onde mesti manis eskrem ni.. Boleh kut nanti cuba beli sebatang je dulu.

    ردحذف
    الردود
    1. Onde onde sinonim dengan manis. Boleh cuba dulu. Inti dia manis dan aiskrim luaran tu tak berapa manis. Lemak lemak sedap

      حذف
  2. pernah cuba dan akak tak berapa suka... entah lah mungkin gula melaka tu manis sangat kot

    ردحذف
  3. ada ternampak aritu tp x terpk nak cuba hehehe..
    tp dah terbyg rasa manis eskrem ni hheheh

    ردحذف
  4. Nampakkk sedapp! Nak beli haritu tapi takut rasa pelik hahaha. Takpe next time boleh try, mana tahu kena dengan selera ke hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh beli satu untuk rasa. Pada saya tak pelik sangat pun rasa dia

      حذف
  5. Lama tidak jenguk tempat icebox aiskrim.
    Boleh bayang rasa apabila Fiza terangkan.

    ردحذف
    الردود
    1. Aiskrim ni kalau teringin makan je baru pergi jengah kan. Takpe, next time boleh membelek kot ada aiskrim baru boleh cuba

      حذف
  6. Belum cuba semuanya.tapi hari tu encik suami ada cakap, dia ada nampak airkrim macam kuih katanya..onde-onde..hehehehe.

    ردحذف
  7. roti xsempat lagi dah kluaq aiskrim pulak ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi. Macam macam keluaran baru keluar kan. Tak sempat nak mengejar

      حذف
  8. الردود
    1. Masih terlajak laris kat sana kot. Harap ada rezeki ain dapat rasa juga

      حذف
  9. semua tak pernah cuba Fizah. Sebab ramai cakap manis, saya pulak tak suka makan manis

    ردحذف
  10. Tak teringin lagi.. walaupun dh tengok banyak kali... Haha.. sebab su terbayang rsenye mcm kuoh onde onde yg manisss.... gula Melakaa..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe.. iye. Inti gula melaka tu manis. Kalau berdiet jangan beli tau

      حذف
  11. Belum pernah cuba tapi nampak sedap. Lama tak makan onde onde..

    ردحذف
  12. so far dah rasa 2 kali. mmg �������� tp syg x tebal mcm solero��

    ردحذف
  13. Belummm....Baru cuba onde2 buah melaka bulan puasa tu ja🤭

    ردحذف
  14. Allah, ice cream tu meamng nampak sedap. Saya kurang gemar ice cream ni sebab gigi sensetif bila benda sejuk. Dia jadi macam tak best nak makan. But if nampak ice cream ni berminat nak try warna hijau dia nampak sedap sangat-sangat

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau gigi sensitif jadi auto tak suka dengan benda sejuk ni. Seksa ngilu tu. sesekali teringin makan aiskrim rasa sikit okaylah

      حذف
  15. Tak cuba lagi aiskrim ni . Ibarat makan onde2 buah melaka x rasanya .

    ردحذف
  16. Macam sedap jew rasanya tu Fizah. Kalau jumpa di kedai nanti, nak cuba juga sebatang.

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap kak amie. Sekali rasa okaylah sebab inti dia boleh tahan manis

      حذف
  17. Belum cuba lagi. Beberapa kali terserempak tapi tak beli sebab takut manis sangat untuk taste akak :)

    ردحذف
  18. ok, bole lah cube nanti.. sekarang ni kalau pegi kedai jarang2 nak jenguk dalam peti ais krim tu..

    ردحذف
    الردود
    1. Sejak pandemik ni jarang nak membelek barang makanan tepi ni kan. Nanti kalau jumpa bolehlah membeli

      حذف
  19. saya belum cuba, kak.. dan penasaran pula. Tampaknya manis sangat di bagian dalam karena gula yang meleleh, tapi nak cuba dulu lah, menghilangkan rasa penasaran. Hehehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, isi dalamnya manis naia. Saya pun cuba untuk lepas rasa teringin mencuba je

      حذف
  20. Belum cuba lagi, teringin pula onde-onde betul..

    ردحذف
    الردود
    1. Buat onde onde mudah je kak. Boleh guna pelbagai perisa asli. Pandan, labu, keledek. Sedap jugak tu.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.