Header Ads

Antara Menu The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia Tersedap

Pertama kali rasa menu The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia masa dapat surprise birthday bulan February haritu. Dapat pure double chocolate ice blended drink, chai tea latte dan sepotong kek nuts about you.

Lepas tu jumpa pulak entri jalapeno cheese bagel review dari beberapa blog. Terjebak dalam kancah pengaruh rakan blogger. Tapi masa tu taklah rasa teringin sangat nak cuba pun. Punyalah lama pendam rasa nak cuba tu, baru semalam mendapat.

Dah janji dengan encik suami nak belanja The Coffee Bean & Tea Leaf  lah untuk dinner semalam. Letak siap siap jalapeno cheese bagel dalam list. Selain tu order spaghetti, cakesicle dan iced cappuccino.

Jalapeno cheese bagel

Diakui lah jalapeno cheese bagel ni memang sedap gila!. Cili jalapeno tu memang pedas tapi sedap. Roti bentuk donut dengan taburan cheese dan juga jalapeno. Dihidangkan bersama cream cheese sebagai pencicah. Sedap makan panas panas ni weiiii.

Kalau letak jalapeno lebih sikit pun takpe. Saya okay je boleh tahan pedas. Beli 1 kongsi berdua sebab nak rasa je mulanya. Rupanya sedap pulak. Lepas ni kena beli 2.

Coffee Bean Jalapeno Cheese Bagel
jalapeno cheese bagel RM8.96

Chicken and mushroom spaghetti

Chicken and mushroom spaghetti pilihan encik suami. Sedap baq hang! Barulah terasa erti kesedapan spaghetti sebenar. No wonder lah harga dia mahal sikit dari harga standard spaghetti. Sedap dia level lain. Tersedap! 

Sambil makan tak sudah sudah memuji kesedapan chicken and mushroom spaghetti ni. Pasti repeat order nanti. Rencah dia pun banyak. Sos spaghetti pun pekat dan portion besar juga. Kami makan kongsi berdua.

Coffee Bean Chicken and mushroom spaghetti
chicken and mushroom spaghetti RM19.81

Cakesicle

Cakesicle Coffee Bean ni rasanya menu baru kot. Coffee bean petite cake size selain saiz sebiji kek dan sepotong kek. Sebab tak pernah nampak lagi sebelum ni. Sajalah tambah dalam list sebab nak cuba rasa. 

Kek coklat yang disalut dengan white chocolate yang dibentuk seperti aiskrim batang. Cute and pretty cakes on sticks! Topping atas tu taburan cebisan warna warni white chocolate kot rasanya. Manis je rasa dia.

Cakesicle Coffee Bean
cakesicle RM9.33


Saiz kek yang comel je. Tapi harga tak comel. Ini kali je lah kita beli sebab tertarik dengan kecomelan cakesicle tu dan nak cuba rasa juga sebenarnya. Dalam cakesicle ada kek coklat yang sedap. Moist dan agak manis bila makan sekali dengan salutan white coklat tu.

Disarankan nak makan cakesicle ni makan masa tengah lapar. Cepat habis for sure. Kalau makan benda lain dulu tak terasa nak habiskan.

Cakesicle Coffee Bean

Iced Cappcuccino

Tak Coffee Bean lah kalau tak order kopi. Maka, order secawan kopi juga pilihan saya. Tak tahu nak order apa sebab semua air minuman pun sedap. Iced cappuccino yang sedap dan kaw gila. Padu rasa pahit pahit tu.

Coffee Bean Iced Cappcuccino
iced cappuccino RM12.54

So far menu pilihan menepati KPI selera. Yang sedap boleh repeat order. Tapi sekali sekala bolehlah. Harga dia tu rasa kena fikir banyak kali sebelum order. 

Kalau guna food delivery mahal lah sikit. Apa apa pun tepuk poket tengok duit banyak mana. Ada rezeki lebih bolehlah teruskan membeli. 

هناك 48 تعليقًا:

  1. bagel dia best..ammi penah gak beli carrot cake dia. tp sumpah mmg tak beli lagilah sbb manis leting to the max. Kyra si "sweettooth" tu pun kata so sweettt

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju bagel dia sedap. Kalau manis leting, memang tu sekali je lah membelinya kan.

      حذف
  2. Sedap bila baca ulasan sis, nampak sedap cakesicle tu, comel tapi harga tak comel ye hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih. Cakesicle tu agak manis sikit. Harga tak setara dengan saiz. Mungkin pricey sebab rupa dia kot.

      حذف
  3. Nampak menarik.. Dulu pernah breakfast kt coffee bean makan bagel with cream cheese and hot latte.. yummy yummy..

    ردحذف
    الردود
    1. bagel tu memang sedap. Kenyang makan untuk breakfast. Sedapnya dengan hot latte tu.

      حذف
  4. Dulu selalu juga ke coffee bean ni tp tak pernah cube menu2 ni. Next time bole la cube jalapenos bagel tu

    ردحذف
    الردود
    1. Selalu minum kopi eh? Bolehlah suggest mana yang sedap. Nanti cuba jalapeno cheese bagel pulak ye afeezz.

      حذف
    2. sekarang dah tak selalu dah, selalu beli caramel machiato jer, jarang makan2

      حذف
    3. Boleh nipis poket kalau selalu makan sini. Macam sedap je caramel machiato tu. nanti boleh cuba :) TQ Afeezz

      حذف
  5. Belum pernah cuba lagi.. Teringin nak cuba kopi kat situ.

    ردحذف
  6. bagel tu pernh mkn yg original punya tu pn kwn yg beli so dpt la merasa...yg pasta tu mmg fav ..yg cakesicle tu ingt nk try tp tgk kecik rege mahal so tk jd hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti nak cuba yang original pulak. Serius kak, spaghetti ni memang sedap gila kan. Yup, cakesicle tu saiz dia kecik. harga besar. saja nak cuba. Pasni tak beli dah kot.

      حذف
  7. woh mmg sedap2 la. tetiba terigin nak pi makan kat restoran huhu rindu la nak dine in

    ردحذف
    الردود
    1. Memang sedap mamapp. Beli tapau pun boleh. Dine in tu memang dirindui. Sangatttt

      حذف
  8. Ok nanti nak try, tapi dine in la. Hehe. Terpikat plak Jalapeno bagel tu

    ردحذف
    الردود
    1. Dah cukup tempoh 2 dos bolehlah dine in nanti. Cuba tau nanti Sal.

      حذف
  9. Ok tengok harga iced cappuccino itu tiadalah mahal sangat. Kopi di Coffee Beans kurang orang ulas berbanding Starbucks.
    Hehe nantilah tunggu seru untuk beli bagel itu.
    Teringin pula cuba rasa bagaimana.

    ردحذف
    الردود
    1. Harga minuman dia macam standard kopi. Tapi harga makanan dia agak overprice lah pada bajet saya. Starbucks pernah sekali je order kak. huhu
      Nanti cuba rasa bagel tu kak. Sedap!

      حذف
  10. Ya allahhhhhh....dugaan apa la ni....memang terjebak la nanti ni....td tergoda kat FB..skrg kat sini plak...

    ردحذف
  11. Kalau coffee bean sekali je baru saya pernah try. Itupun beli kek red velvet kot kalau tak silap. Dah bertahun dah rasanya. Betul tu kak fiza, nak beli acap kali, kena tengok ketebalan duit ahahaha. Sekali sekala boleh la. Buat lepas mengidam gituuu hehehe.

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti nak try red velvet lah. Sedap tak Red velvet? Ke manis jugak? Itulah, ada bajet bolehlah membeli. Selalu tu memang tak lah. Tapi akan repeat mana yang sedap.

      حذف
  12. menarik betul cake sicle fiza tu..yg bulat2 tu pun nampak sedap..yerlah dah mlm2 ni..ape je nampak sedap hahaaa ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Memang menarik rupa paras dia cakesicle tu Shida. Bagel tu sedap. Boleh cuba kalau singgah Coffee Bean. Betullah tu, malam malam ni tengok makanan perut pun ikut lapar.

      حذف
  13. Nak kena try juga ni.. biasa lalu je Coffe Bean tapi tak pernah singgah beli pun.. menariklah review Fiza ni.. mencengkam perut gitew.

    ردحذف
    الردود
    1. Pasni bolehlah singgah sebentar kak. Membeli apa yang berkenan 😁

      حذف
  14. Cam tak pernah g je kat sini.. Hubu.. Tapi aiskrim tu memang comel dan cantik nampaknya... Yang penting enak dan menyelerakan.. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Pasni boleh cuba try menu sini pulak nona. Boleh try cakesicle :)

      حذف
  15. menarik..boleh cuba..cakesicle nmpk cantik..sayang nak makan..hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Jangan lupa cuba nanti kak. cakesicle tu kena beli dia saja baru sedap makan tanpa menu lain. Hihi..itulah, cantik sayang nak makan.

      حذف
  16. Iced Cappuccino itu.... alahai terbau aromanya yang menggoda!

    ردحذف
  17. dessert dia nampak rare betul. teringin nak rasa yg cakesicle tu:)

    ردحذف
  18. Jalapeno cheese bagel tu kesukaan akak. Memang wajib belilah setiap kali masuk coffee bean :)

    ردحذف
    الردود
    1. Sedaplah kak Jalapeno cheese bagel tu. First time makan terus suka :)

      حذف
  19. salam singgah. nampak sedap bagel tu. menu yg sama masih ade lagi ke kat coffe bean skrg?

    ردحذف
  20. berkali2 masuk CB tak pernah terfikir nak order cakesicle. nanti kena order gak. merasa.

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti cubalah kalau available. Sesekali kan...why not.
      Selamat mencuba.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.